sambal hijau

Sambal hijau boleh diibaratkan seperti pelengkap rasa dalam setiap hidangan satu pinggan. Resepi sambal hijau yang padu akan meningkatkan selera makan anda secara tidak langsung.

Sambal hijau sedap dimakan dengan nasi panas beserta menu sederhana seperti ayam goreng dan ikan goreng. Resepi juga mudah, ringkas dan cepat.

Jadi, kami ini kami bawakan 3 resipi yang mampu memikat serta menambat selera seisi keluarga anda. Mari kita cuba resepi-resepi yang disediakan di bawah.

RESEPI 1 – SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan A – bahan kisar:

  • 20 – 25 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi
  • 4 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tomato hijau – potong 4 bahagian

Bahan-bahan B – bahan perasa:

  • 1/2 sudu kecil ajinamoto
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil jus limau

Cara-cara penyediaan:

  1. Kukus bahan-bahan A selama 5 minit.
  2. Setelah dikukus, kisar bahan-bahan tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.
  4. Perasakan dengan bahan-bahan B dan masak sebentar hingga sabal betul-betul masak.
  5. Hidangkan dan makan dengan nasi panas beserta lauk.

RESEPI 2 – AYAM MASAK SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan A – bahan kisar:

  • 7 biji cili hijau
  • 7 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan B:

  • 6 ketul ayam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (hiris kasar)
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
  2. Kisar bahan-bahan A.
  3. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut.
  4. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau terlalu pedas boleh tambah sedikit gula.
  6. Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api dan siap untuk dihidang.

RESEPI 3 – RENDANG KAMBING SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan A – bahan kisar:

  • 5 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai

Bahan-bahan B:

  • 1kg daging kambing (potong kecil)
  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (disiat)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat
  2. Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging kambing, serai, daun kunyit dan santan pekat. Didihkan hingga sebati.
  4. Tambah kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak rendang sehingga kuah pekat dan agak kering.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Jadi anda sudah mengetahui tiga resipi sambal hijau yang sangat berbaloi untuk dicuba dan dihidangkan untuk seisi keluarga. Ketiga-tiga resipi diatas tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak jadi tiada lagi alasan untuk malas memasak. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://www.ajinomoto.com.my/recipes/green-sambal

2) https://dailymakan.com/resepi-ayam-masak-sambal-hijau-yang-sedap/18650/

3) https://www.rasa.my/cara-masak-3-versi-menu-berasaskan-cili-hijau-sungguh-sedap-ini/

Tagged: