sambal ayam

Sambal ayam sesuai dimakan bersama ulam-ulaman, nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng. Penggemar nasi ayam penyet, mari belajar buat sambal ayam sendiri di rumah! Bila-bila masa nak makan pun ada! Tak payah pergi beli lagi!

Mak-mak boleh buat sendiri sambal ini dirumah. Makan Bersama-sama dengan anak-anak dan suami dalam talam mesti lagi seronok. Paling best sambal ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Tunggu apa lagi, jom cuba beberapa resepi sambal di bawah ini

RESEPI 1: SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahan:

  • Cili Padi Merah (15 biji digoreng)
  • Cili Merah (6 biji dipotong-potong dan digoreng)
  • Tomato (2 biji dipotong 2 dan digoreng)
  • Bawang Merah (3 biji digoreng)
  • Bawang Putih (2 ulas digoreng)
  • Belacan (1/2 inci dibakar)
  • Air Asam Jawa

Cara Membuatnya:

  1. Gorengkan sekejap semua bahan.
  2. Tumbuk semua bahan-bahan. Kalau nak pakai blend pun boleh, lebih cepat dan mudah!
  3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.

NOTA: sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti dan kalau dekat chiller 3-4 minggu pun okey, tapi pastikan masa menumis tu masakkan cili nya betul betul ye.

RESEPI 2: SAMBAL AYAM GEPUK

Bahan-bahan:

  • Segenggam kacang gajus – digoreng dan dikisar
  • 2 genggam cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak yang panas mendidih secukupnya

Cara Membuatnya:

  1. Dalam pengisar kering atau lesung batu, masukkan cili dan bawang putih. Hancurkan jangan sampai halus. Masukkan kacang gajus dan garam. Setelah semua bahan sebati, masukkan minyak panas mendidih.
  2. Biasanya, dekat kedai diorang guna minyak goreng ayam. Nak ala-ala makan dekat ayam gepuk, anda boleh goreng kobis mentah dalam minyak yang panas tu sampai dia bertukar warna.

RESEPI 3: SAMBAL AYAM GEPREK KURANG PEDAS

Bahan-bahan:

  • 12 biji cili merah besar
  • 8 biji cili hijau kecil
  • 4 biji cili merah kecil
  • 3 biji bawang merah
  • 8 biji bawang putih
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2 biji limau nipis – Ditumbuk dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan jus limau

Cara Membuatnya:

  1. Goreng bahan tadi dalam api yang panas lebih kurang 3-4 minit. Toskan
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam lesung batu.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tumbuk separuh lumat.
  4. Masukkan jus limau nipis sebanyak 2 biji. Kemudian masukkan cuka
  5. Masukkan minyak menggoreng tadi sebanyak 2 atau 3 sudu.
  6. Masukkan Ajinomoto dan gaul sehingga rata. Siap! Sedia untuk dihidang Bersama ayam goreng tepung.

Sambal ini anda boleh kurangkan dan lebihkan cili mengikut tahap kepedasan masing-masing. Selamat mencuba!

SUMBER

https://mymedia.my/resepi-sambal-ayam-penyet/

http://www.aunitalib.com/2019/02/resepi-sambal-ayam-gepuk-original.html

https://iluminasi.com/bm/resepi-sambal-ayam-geprek-versi-kurang-pedas.html

Tagged: