Salad Buah

Salad buah merupakan hidangan gabungan beberapa jenis buah-buahan. Kadang-kala dihidangkan dalam bentuk cecair seperti jus. Boleh juga untuk dihidangkan tanpa perlu dikisar. Makanan ini selalunya akan digemari oleh peminat buah-buahan.

Salad sememangnya sangat mudah dibuat kerana hanya perlu mengabungkan buah-buahan kesukaan kita sahaja. Jadi, sekiranya ada buah-buahan yang kita tidak suka atau gemar, kita boleh asingkan daripada memasukkan buah-buahan tersebut.

Selain pengemar buah-buahan, ia juga sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan. Almaklumlah dalam keadaan kita sekarang, semenjak PKP, ramai yang mula melakukan senaman di rumah kerana tidak boleh keluar dari rumah.

Melakukan senaman dan aktiviti di rumah merupakan usaha yang sangat baik tetapi jangan lupa untuk menjaga pemakanan. Maka, antara cara yang mudah untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan nutrisi untuk badan adalah dengan menikmati salad buah.

Tahukah anda? Salad buah mampu melengkapkan keperluan vitamin yang diperlukan dalam badan kita. Apabila vitamin dalam badan kita mencukupi, kita boleh membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Malah, ia mampu bertindak sebagai antioksida yang boleh merendahkan kadar kolestrol, penyakit jantung dan pelbagai lagi.

Jadi, sekarang mari kita terus belajar cara-cara untuk membuat salad buah dengan mudah. Ada 3 resepi salad buah yang akan dikongsikan dan bermanfaat untuk para pembaca.

Resepi pertama: Salad Buah Segar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan nenas segar yang telah dipotong kiub
  • Buah strawberi yang telah dipotong
  • Buah beri hitam yang dibelah dua
  • Buah kiwi yang telah dikupas dan dipotong
  • 1 cawan yogurt limau salad buah (Pilihan. Boleh diubah mengikut cita rasa)

Cara-cara untuk menyediakan:

  • Campurkan nenas, strawberi, beri htam dan kiwi yang telah disediakan dalam satu mangkuk yang sama
  • Hidangkan dengan yogurt limau salad buah

Resepi ini hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk dibuat. Antara kebaikannya adalah rendah kalori, kabohidrat, lemak dan tinggi fiber.

Resepi kedua: Bersama Yogurt Madu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 jenis buah-buahan yang mudah diperolehi yang telah dipotong (Jenis buah-buahan dan saiz potongan adalah pilihan sendiri)
  • Jus oren segar yang dikisar sendiri
  • Madu (Isipadu adalah pilihan sendiri)
  • Vanila (Isipadu adalah pilihan sendiri)
  • Yogurt (Isipadu adalah pilihan sendiri)

Cara-cara untuk menyediakan:

  • Potong buah-buahan kesukaan anda mengikut saiz potongan yang bersesuaian samada separuh, kiub dan sebagainya
  • Siramkan jus oren segar yang dikisar sendiri ke atas buah-buahan yang telah dipotong untuk mengelakkan daripada teroksida
  • Campurkan madu, vanila dan yogurt dalam satu mangkuk. Isipadu mengikut saiz hidangan yang disediakan
  • Gaulkan madu, vanila dan yogurt sehingga sebati
  • Tuangkan yogurt madu ke atas potongan buah-buahan yang telah disediakan

Resepi ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sedang diet atau berusaha untuk mengurangkan berat badan dan menjaga nutrisi pemakanan.

Resepi ketiga

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar jus limau
  • 6 cawan strawberi yang dipotong separuh (Dipotong suku jika terlalu besar)
  • 2 cawan beri hitam segar

Cara-cara untuk menyediakan:

  • Gaulkan madu dan jus liamu dalam sebuah mangkuk besar
  • Masukkan strawberi dan beri hitam ke dalam mangkuk
  • Gaulkan dengan berhati-hati untuk menyalut strawberi dan beri hitam
  • Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam

Resepi ini memerlukan purata masa sebanyak 40 minit untuk disediakan. Antaranya adalah tinggi fiber, rendah kalori dan sesuai untuk pesakit kencing manis.

Untuk makluman anda, jika ada sesiapa yang mempunyai masalah penghadaman, salad buah juga boleh membantu memperbaiki masalah penghadaman. Hal ini kerana salad buah mempunyai vitamin yang boleh membantu mempermudahkan masalah sembelit.

Sebenarnya masih banyak lagi kebaikan salad buah yang boleh kita jumpai jika anda rajin membaca mengenai khasiat buah-buahan.

Nampak menarik bukan ketiga-tiga resepi di atas? Banyak khasiat yang boleh diperolehi dengan mengambil salad buah sebagai makanan seharian. Jadi, cubalah di rumah anda dan rasai sendiri resepi yang telah dinyatakan.

SUMBER:

https://www.eatingwell.com/recipe/258256/fresh-fruit-salad

https://www.eatingwell.com/recipe/253056/strawberry-fruit-salad/

https://gimmedelicious.com/fruit-salad-with-healthy-honey-yogurt-sauce/

Summary
3 Resepi Salad Buah Yang Menyihatkan
Article Name
3 Resepi Salad Buah Yang Menyihatkan
Description
Salad buah merupakan hidangan gabungan beberapa jenis buah-buahan. Kadang-kala dihidangkan dalam bentuk cecair seperti jus. Boleh juga untuk dihidangkan tanpa perlu dikisar. Salad buah selalunya akan digemari oleh peminat buah-buahan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: