popia sayur

Popia sayur antara menu sihat untuk disediakan oleh suri rumah kepada ahli keluarga mereka. Ringkas tapi enak ini boleh diibaratkan sebagai sinonim bagi resepi sihat ini.

Popia sayur bukan sahaja sedap malah penyediaannya juga sangat muda. Anda boleh juga buat bersama dengan anak-anak. Ia boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan selebihnya boleh di simpan di dalam peti sejukbeku, dan apabila nak makan pada bila-bila masa tinggal boleh gorengkan sahaja.


Untuk mendapatkan popia sayur yang rangup, lepas masak intinya, toskan inti tadi sampai airnya habis keluar, jika tidak kulit popia akan basah dan mudah terkoyak. Selepas letak inti pula, gulung popia dengan kemas dan anda perlu lipat kiri kanan kulit tu dengan padat supaya semasa menggoreng popia tu nanti tidak berminyak dan popia sayur anda juga tidak lembik apabila sejuk.

Jangan tunggu lagi, om kita belajar buat popia sayur untuk minum petang hari ini dan hidangkan untuk keluarga anda!

POPIA SAYUR GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 paket kulit popia (50 keping )
  • 1 batang timun sederhana besar
  • 1 batang lobak merah sederhana besar
  • 1 biji sengkuang cina
  • satu gengam udang kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menumis

Kaedah penyediaan:

  1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari peti sejuk supaya senang untuk menggunakannya nanti.
  2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan menggunakan sagat buat kerepek.
  3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.
  5. Sudah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala sayur yang sudah disagat. Kalau mahu inti yang rangup ketika dimakan, tidak perlu goreng lama-lama.
  6. Masukkan gula, garam dan perasakan.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebentar. Tutup api.
  8. Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.
  9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.
  10. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya tidak terbuka time ketika digoreng nanti.

POPIA SAYUR BERINTI HOTDOG

Bahan-bahan:

  • 5 batang hotdog (potong dadu)
  • 1 mangkuk sayur campur
  • 1/2 bawang holland (potong dadu) *
  • 2 ulas bawang putih(cincang)*
  • 2 biji kentang (potong dadu, rebus + sedikit garam)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 10 keping kulit popia

Kaedah penyediaan:

  1. Sediakan bahan.
  2. Rebuskan ubi kentang bersama sedikit garam kemudian toskan.
  3. Tumis bawang bahan bertanda * sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan sayur campur beserta hotdog dan gaul rata.
  5. Masukkan sos tiram dan ubi kentang. Gaul rata.
  6. Sediakan kulit popia, letakkan inti tadi kemudian gulung seperti biasa dan ulang sehingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng popia sehingga garing.

POPIA SAYUR CARBONARA

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Lada banggala (dihiris panjang)
  • Bawang Holland (cincang)
  • Sosej (potong dadu)
  • Isi ayam (potong kecil)
  • Lobak merah (hiris nipis dan panjang)
  • Sos carbonara
  • Keju mozzarella
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • Oregano
  • Kulit popia

Kaedah penyediaan:

  1. Tumis lada banggala dan bawang holland sehingga naik bau.
  2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah.
  3. Masukkan sos carbonara.
  4. Perasakan dengan garam, gula, black pepper dan oregano.
  5. Tunggu sejuk sampai agak pekat sikit baru boleh bungkus dengan kulit popia.
  6. Panaskan minyak untuk goreng popia yang telah dibungkus.
  7. Sedia untuk dihidang.

Cara bungkus popia sayur:

  1. Bentang kulit popia. Letakkan inti.
  2. Taburkan keju mozzarella.
  3. Lipat kemas.
  4. Bungkus sekali lagi dengan kulit popia untuk mengelakkan daripada berlaku kebocoran.

3 resepi popia sayur sudah ditunjukkan kepada anda. Resepi yang mana satu menjadi kegemaran anda? Jom kongsi resepi ini bersama rakan-rakan mahupun ibu bapa supaya mereka boleh mencuba resepi baru popia sayur! Selamat mencuba di rumah ya kepada para pembaca semua.

Sumber:

https://www.greatbritishchefs.com/recipes/spring-rolls-recipe

https://ilovecooking.ie/recipe-items/crispy-vegetable-spring-rolls/

https://www.myrecipes.com/recipe/spring-vegetable-carbonara

http://cikmatahariku.blogspot.com/2015/04/cara-buat-inti-popia-sayur-yang-mudah.html

Tagged: