popia goreng

Popia goreng adalah menu yang sangat ringkas tetapi sangat sedap untuk dimakan. Ia adalah kulit popia yang digulung bersama pelbagai jenis inti sama ada sayur-sayuran, kentang, daging, isi ayam, dan sebagainya.

Menu ini sering dimakan ketika sarapan pagi ataupun minum petang. Resepi popia goreng ini sangat ringkas dan boleh dijadikan rujukan untuk anda di rumah.

Di bawah ini, kami kongsikan 3 variasi resepi popia goreng untuk anda buat sendiri di rumah. Mari kita lihat resepi-resepinya.

RESEPI POPIA GORENG INTI SAYUR

Resipi simple Popia goreng inti sayur yang sedap -

Bahan-bahan:

  • Kulit popia 1 paket
  • Timun 1 biji
  • Lobak 1 biji
  • Sengkuang cina 1 biji
  • Udang kering satu gengam
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • Telur 2 biji
  • Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan kulit popia dan leraikan satu persatu.
  2. Timun, lobak dan sengkuang disagat terlebih dahulu menjadi hirisan yang nipis.
  3. Kisar atau tumbuk bahan-bahan bawang merah, bawang putih dan udang kering bersama.
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk atau kisar tadi setelah minyak panas.
  5. Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah disagat iaitu timun, lobak, dan sengkuang kamudian goreng sehingga garing.
  6. Campurkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda sendiri.
  7. Inti sayuran yang telah siap di goreng tadi perlu ditoskan terlebih dahulu sebelum digulung bersama kulit popia.
  8. Kemudian, anda boleh mula menggulung popia anda dengan kemas.
  9. Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya popia tidak terbuka atau terlerai ketika digoreng.

RESEPI POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

Resepi Popia Sira Lada | untungresepi.forshope.com

Bahan-bahan popia:

  • Kulit popia
  • Bawang putih 2 ulas dicincang halus
  • Sengkuang 1 biji
  • Lobak 1 biji
  • Biji kobis dicincang kasar
  • Taugeh
  • Bawang besar 1 biji
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Udang kering
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sos sira pedas:

  • Minyak masak 2-3 sudu besar
  • Bawang putih 1 ulas
  • Bawang merah 1 ulas
  • Cili kisar 2 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar
  • Cuka makan 1 sudu besar
  • Sedikit garam
  • Bijan disangai

Cara-carapenyediaan popia:

  1. Letakkan inti pada kulit popia kemudian balut dengan kemas.
  2. Lekatkan bahagian hujung lipatan popia dengan bancuhan tepung sebagai pelekat.
  3. Goreng popia sehingga popia menjadi kekuningan dan rangup, kemudian angkat dan toskan minyak.

Cara-cara penyediaan sos sira pedas:

  1. Minyak dipanaskan terlebih dahulu untuk menumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
  2. Cili kisar dimasukkan dan dimasak seketika sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, gula dan cuka makan untuk dimasak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Setelah sos masak, masukkan popia goreng ke dalam kuali dan kacau dengan cepat bersama sos sehingga menyaluti semua permukaan popia.
  5. Popia diangkat dan disusun di atas pinggan dengan taburan bijan sebagai hiasan.  

RESEPI POPIA GORENG OTAK-OTAK

bazar24 popia otak otak - RASA

Bahan-bahan:

  • Kulit popia segera
  • 300 gm ikan tenggiri – ambil isi ikan sahaja dan dikisar halus
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 3 sudu kecil santan pekat
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 2 tangkai cili merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, sediakan inti otak-otak.
  2. Ambil isi ikan tenggiri dan satukan bersama semua bahan-bahan kisar yang telah dikisar.
  3. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit, dan juga tepung jagung.
  4. Masukkan juga garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Gaul sebati dan ketepikan dahulu.
  6. Akhir sekali, ambil kulit popia.
  7. Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
  8. Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan. 
  9. Hidangkan dan nikmati ketika ia masih panas.

Popia goreng sangat sedap dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas dan baru digoreng. Anda sendiri boleh membuat popia goreng di rumah anda dengan menjadikan resepi di atas sebagai rujukan anda. Pastinya ia akan menjadi lebih sedap dan puas dimakan bersama ahli keluarga. Selamat mencuba!

Sumber:

https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/resipi-simple-popia-goreng-inti-sayur-yang-sedap/

https://resepichenom.com/resepi/popia-goreng-bersira-pedas/show

https://cikmatahariku.blogspot.com/2017/05/resepi-mudah-popia-goreng-inti-sayur.html

http://untungresepi.forshope.com/2021/resepi/resepi-popia-sira-lada/4263/

https://www.rasa.my/idea-30-hidangan-buka-puasa-ala-bazar/bazar24-popia-otak-otak/

https://www.mstar.com.my/lain-lain/jamu-selera/2014/07/27/popia-otak-otak

Summary
3 Resepi Popia Goreng Yang Mudah Dan Sedap
Article Name
3 Resepi Popia Goreng Yang Mudah Dan Sedap
Description
Popia goreng adalah menu yang sangat ringkas tetapi sangat sedap untuk dimakan. Ia adalah kulit popia yang digulung bersama pelbagai jenis inti sama ada sayur-sayuran, kentang, daging, isi ayam, dan sebagainya.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: