pisang goreng cheese

Pisang goreng cheese ialah makanan ringan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan terdapat banyak gerai pisang goreng di Lembah Klang.

Pisang ialah buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan serat .Selain daripada memakannya mentah, buahnya dapat berubah menjadi goreng, kerepek dan sejenis pencuci mulut tempatan yang disebut sebagai serawa.

Namun pada zaman sekarang, masyarakat Malaysia telah mencipta satau menu baharu iaitu pisang goreng cheese yang sangat enak dan menjadi kegemaran ramai.

Mari kita lihat 3 resepi pisang goreng cheese yang kami kongsikan seperti di bawah.

RESEPI PISANG RAJA GORENG CHEESE

Pisang Goreng Cheese Leleh - Mommy Shahab

Bahan-bahan:

  • sesikat pisang raja
  • 1/2 cawan ‘FairPrice Natural Coconut Cream’
  • 1/2 cawan ‘FairPrice Plain Flour’
  • 1/2cawan Tepung Beras
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/4 sudu teh Kunyit
  • 20 ml air
  • Garam

Bahan-bahan sos:

  •  1 sudu ‘ FairPrice Butter’
  •  2 sudu ‘FairPrice Condensed Milk’

Bahan-bahan hiasan:

  • Keju cheddar
  • Bijian coklat

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung biasa dan tepung beras ke dalam  mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan santan, serbuk penaik, garam, telur, minyak dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan air ke dalam adunan hingga anda mencapai konsistensi yang diinginkan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk.
  5. Bahagikan pisang menjadi dua, salutkan dengan sedikit tepung beras, dan celupkan ke dalam adunan.
  6. Gorengnya dengan menggunakan minyak sehingga warnanya menjadi kekuningan.
  7. Dalam periuk, cairkan mentega bersama susu pekat dengan api kecil hingga sebati.
  8. Tuangkan sos di atas pisang goreng, dan hiaskan dengan keju cheddardan juga dengan bijian coklat.

RESEPI PISANG GORENG CHEESE SIMPLE

Din Pisang Goreng Cheese, — FoodAdvisor

Bahan-bahan:

  •  Beberapa biji pisang
  •  50 gram mentega
  •  50 gram keju
  •  50 gram coklat ‘Ceres’
  •  Susu pekat
  • Minyak menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Kupaskan kulit pisang.
  2. Goreng dalam minyak panas hingga warnanya menjadi keperangan.
  3. Kemudian, belah pisang menjadi dua bahagian.
  4. Masukkan mentega ke dalam pisang.
  5. Masukkan coklat ‘Ceres’.
  6. Masukkan keju parut.
  7. Masukkan susu pekat.
  8. Hidangkan.

RESEPI PISANG GORENG CHEESE DENGAN SOS COKLAT

WELCOME OCTOBER! PLEASE BE NICE TO US YA :)

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang yang mudah untuk anda goreng
  • 75 gram tepung
  • 75 ml susu
  • 3 sudu gula
  • setitik esen vanila
  • minyak untuk menggoreng
  • keju parut
  • susu pekat
  • sos coklat

Cara penyediaan:

  1. Anda perlu mencampurkan semua bahan-bahan kecuali susu bagi bahagian adunan.
  2. Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit. Cara ini adalah untuk mendapat adunan yang tebal tetapi berair.
  3. Kemudian masukkan pisang yang telah dipotong menjadi saiz yang mudah untuk dimakan.
  4. Campurkan semuanya.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Setelah minyak itu menjadi panas, goreng pisang satu persatu. Goreng sehingga habis semua pisang.
  7. Goreng pisang hingga warnanya menjadi coklat keemasan. Lakukan langkah ini sehingga semuanya selesai. Tiriskan minyak daripada pisang.
  8. Untuk menghidangkan, masukkan pisang ke dalam pinggan.
  9. Kemudian, tambahkan keju dan susu pekat.
  10. Letakkan sos coklat sebanyak yang anda mahu dan hidangkan.

Sekiranya anda nak makan pisang goreng cheese yang sedap, jangan lupa ikut resepi kami ni ya! Pasti anda dan keluarga anda akan teruja dengan rasa pisang goreng yang lembut dan ditambah dengan rasa manis daripada susu dan sos coklat, dan yang paling penting, rasa cheese yang menyedapkan hidangan. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.thestar.com.my/food/eating-out/2020/03/12/going-bananas-over-cheese-fritters

https://www.fairprice.com.sg/recipes/pisang-goreng-with-cheese

https://cookpad.com/us/recipes/6717343-fried-banana-with-cheese-chocolate

Summary
3 Resepi Pisang Goreng Cheese yang Mudah
Article Name
3 Resepi Pisang Goreng Cheese yang Mudah
Description
Pisang goreng cheese ialah makanan ringan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan terdapat banyak gerai pisang goreng di Lembah Klang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: