nasi kukus

Nasi kukus sering menjadi pilihan kerana ianya tidak berkerak dan lebih enak jika menggunakan beras Basmathi.

Ia juga sering menjadi pilihan masyarakat di Malaysia sebagai menu tengah hari kerana menunya yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein, dan juga serat.

Teringin makan nasi enak ini? Tapi anda tidak boleh ke gerai yang menjual nasi kukus kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan anda?

Jangan risau. Jom buat nasi kukus sendiri di rumah dengan berpandukan 3 resepi nasi kukus yang kami sediakan di bawah ini.

1. Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dengan Kuah Kari dan Sambal Belacan

Bahan-Bahan Nasi Kukus:

  • 4 cawan beras 
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan – simpul

Bahan-Bahan Ayam Goreng Berempah: bahan perap

  • 6 ketul ayam – perasakan dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Sedikit oregano
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Ayam Goreng Berempah: bahan kisar

  • 6 cm halia muda – kisar
  • 4 ulas bawang merah – kisar
  • 3 batang serai – kisar

Bahan-Bahan Kuah Kari:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji tomato
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 peket rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • Potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Stok daging ayam lebih kurang 2 liter
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan-Bahan Sambal Belacan:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secubit
  • Perahan jus limau kasturi
  • Setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu minyak

Kaedah Penyediaan Nasi Kukus:

  1. Cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
  2. Kukus beras selama kurang lebih 25 minit atau sampai beras dah separuh masak. Selepas itu, keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk.
  3. Kukus kembali beras tadi selama 10 – 15 minit sahaja. Selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
  4. Kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit dan nasi kukus sudah siap.

Kaedah Penyediaan Ayam Goreng Berempah:

  1. Gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minyak sahaja. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan gaul sebati.
  2. Perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap.
  3. Kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

Kaedah Penyediaan Kuah Kari:

  1. Kisar kunyit hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga garing. Selepas itu, masukkan cili kisar.
  3. Masukkan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing.
  4. Kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam, gula, asam keping, dan ayam. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. Terakhir sekali, perasakan secukupnya.

Kaedah Penyediaan Sambal Belacan:

  1. Belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, serta bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu.
  3. Angkat dan masukan dalam lesung. Tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. Selepas itu, tumbuk semua bahan tadi di dalam lesung.
  4. Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah dengan ulam-ulaman atau dengan ikan masin dan sayur bening.

2. Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras Basmathi 
  • 1 biji kelapa parut – santan
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 4 helai daun salam

Kaedah penyediaan:

  1. Basuh bersih beras dan ditos. Masukkan santan secukupnya seperti mana sukatan air memasak nasi biasa.
  2. Masukkan daun salam dan garam. Kacau rata di dalam periuk nasi sehingga santan bergaul rata dengan nasi. 
  3. Terus kacau dengan perlahan supaya beras tidak patah sehingga santan kering.
  4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Ceduk nasi ke dalam pengukus. Tutup penutup pengukus dan kukuslah sehingga nasi masak.
  5. Setelah masak, kacau rata dengan berhati hati supaya nasi tidak hancur dan kekal cantik. Sedia untuk dihidangkan dengan lauk-lauk nasi lemak.  

3. Nasi Kukus Kismis Bersama Lauk Kari Udang dan Ayam Masak Berlada

Bahan-bahan nasi kukus kismis:

  • 3 cawan beras Basmathi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang serai
  • 4cm halia
  • Garam secukup rasa
  • Kismis secukupnya

Kaedah penyediaan nasi kukus kismis:

  1. Rendam beras sejam. Toskan.
  2. Kukus bersama serai dan halia sehingga separuh masak.
  3. Tuang air rebusan ayam atau air rebusan daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
  4. Kukus lagi sehingga nasi benar-benar masak.
  5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Bahan-bahan kari udang:

  • 500gm udang bersaiz XL
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 100ml santan kotak
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Kaedah penyediaan kari udang:

  1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati (dijadikan pes).
  2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak. Kemudian tambah air.
  5. Setelah mendidih, masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak.
  6. Kari udang sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan ayam masak berlada:

  • 500gm ayam (dipotong 7-8 ketul dan goreng)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan pes cili kisar
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 asam keping gelugor
  • Garam dan gula secukupnya

Kaedah penyediaan ayam masak berlada:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor.
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.

Nasi kukus mudah didapati kerana sering dijual sebagai makanan tengah hari. Lauknya yang mudah dan enak ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk mengisi perut tidak kira waktu. Harganya juga murah sekitar RM6-RM7 satu hidangan. Tapi jika anda buat sendiri, lebih jimat kan? Selamat mencuba!

Sumber:

1) http://khazanahkoleksiresepi.blogspot.com/2015/12/resepi-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah.html

2) https://www.aziekitchen.com/2019/01/nasi-lemak-kukus-azie-kitchen-yang-sedap.html

3) https://www.rasa.my/resipi-set-nasi-kukus-kismis-bersama-lauk-kari-udang-ayam-masak-berlada/

Summary
3 Resepi Nasi Kukus Paling Sedap!
Article Name
3 Resepi Nasi Kukus Paling Sedap!
Description
Nasi kukus sering menjadi pilihan kerana ianya tidak berkerak dan lebih enak jika menggunakan beras Basmathi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: