Nasi goreng udang

Nasi goreng udang yang menjadi kegemaran ramai bukan sahaja lazat, malah senang untuk disediakan. Untuk menghasilkan nasi goreng udang yang sedap, anda perlulah menggunakanudang yang segar.

Untuk nasi pula, anda boleh guna nasi yang telah disejukkan. Sekiranya anda menggunakan nasi yang panas dan masih basah, nasi goreng akan menjadi lembik.

Anda boleh meletakkan nasi putih yang telah dimasak ke dalam peti sejuk untuk menjadikannya lebih mudah digoreng. Nasi goreng udang lebih lazat apabila menggunakan udang yang telah dikupas kulitnya.

Jangan buang masa, amri kita lihat 3 resepi nasi goreng udang seperti di bawah yang telah disediakan untuk anda cuba.

RESEPI 1 – NASI GORENG UDANG BELACAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan udang kering
  • 4 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan kacang panjang dipotong halus
  • 2 sudu besar belacan atau pes udang kering
  • 4 cawan nasi
  • 1 biji telur, dipukul ringan
  • Garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masukkan udang kering ke dalam mangkuk kecil. Tuang air secukupnya ke dalam mangkuk. Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Selepas 30 minit, toskan udang kering.
  2. Panaskan satu sudu minyak masak dalam kuali. Tumis kacang panjang yang telah dipotong halus selama satu atau dua minit. Keluarkan dan ketepikan.
  3. Hancurkan belacan supaya mudah untuk dimasak lebih kurang dua sudu atau lebih.
  4. Tuangkan minyak masak ke dalam kuali. Goreng sekali udang kering dan belacan.
  5. Apabila udang kering berubah garing dan sedikit coklat, dan belacan berbau wangi, masukkan nasi dan kacang panjang yang separuh masak tadi.
  6. Ketepikan nasi goreng dan tuangkan telur yang telah dipukul ditengah-tengahnya. Kacau perlahan-lahan supaya telur tidak terlalu hancur.
  7. Kacau nasi supaya terlur bercampur dengan nasi. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Kacau beberapa kali sebelum dihidangkan.

TIPS:

Nasi goreng ini enak disajikan dengan beberapa cili burung dipotong dadu dan timun mentah yang dihiris.

RESEPI 2 – NASI GORENG UDANG BESAR

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan beras
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 kg udang mentah bersaiz besar, dikupas kulitnya
  • 2 sudu kicap
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 sudu teh lada putih atau lada hitam
  • 3 sudu minyak sayuran
  • 1/4 cawan bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu teh halia (dicincang)
  • 1/2 cawan lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 biji telur besar, pukul
  • 1/2 cawan kacang pea frozen
  • 2 sudu besar bawang hijau, dihiris nipis

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Bilas dan basuh di bawah air mengalir sehingga jernih, gosok beras dengan jari anda beberapa kali, kira-kira 1 minit. Masak nasi menggunakan periuk eletrik seperti biasa.
  2. Setelah nasi masak, biarkan seketika. Pindahkan nasi ke peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya, kira-kira 15 hingga 20 minit. Sementara itu, sediakan udang.
  3. Dalam mangkuk sederhana, masukkan udang, kicap, minyak bijan, garam, dan lada hitam.
  4. Panaskan kuali. Seterusnya, masukkan 1 sudu minyak sayuran. Apabila minyak panas, masukkan udang. Tumis hingga masak sepenuhnya
  5. Pindahkan ke mangkuk bersih dahulu.
  6. Panaskan 1 sudu minyak sayuran di dalam kuali dan masukkan nasi. Tumis hingga sebati dengan minyak.
  7. Ketepikan nasi ke tepi kuali untuk membuat bulatan di tengah-tengah. Tambahkan 2 sudu teh minyak sayuran.
  8. Masukkan bawang putih, halia, dan lobak merah dan tumis di tengah kuali selama 1 minit.
  9. Kemudian, campurkan dengan nasi hingga sebati.
  10. Sekali lagi buatkan bulatan di tengah-tengah nasi, tambahkan 1 sudu teh minyak sayuran dan 1 sudu teh minyak bijan.
  11. Tuangkan telur yang telah dikacau, biarkan selama kira-kira 30 saat, kemudian kacau sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dengan nasi.
  12. Masukkan kicap, kacau hingga sebati.
  13. Masukkan kacang pea dan udang yang telah dimasak tadi, kacau hingga sebati. Kemudian masak lebih kurang 1 hingga 2 minit.
  14. Masukkan garam, lada hitam/lada putih secukup rasa.
  15. Hiaskan dengan bawang hijau dan sedia untuk dihidang.

RESEPI 3 – NASI GORENG UDANG SIMPLE 15 MINIT

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 sudu besar minyak sayuran
  • 500g nasi yang telah sehari dimasak
  • Udang kecil yang dikupas
  • 1 bawang hijau (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 bawang besar (didadu)
  • 1 sudu besar kicap
  • 3 biji telur besar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil biji bijan
  • Daun pasli untuk hiasan
  • Lada

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Sapukan udang dengan garam dan lada.
  2. Panaskan kuali di atas api sederhana, dan tambahkan satu sudu besar minyak sayuran. Masukkan udang dan masak lebih kurang 2 minit. Keluarkan dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan baki minyak, bawang hijau, bawang putih, dan bawang besar dan masak hingga wangi, kira-kira 1-2 minit.
  4. Masukkan udang yang telah dimasak tadi dan kicap. Gaul hingga sebati.
  5. Ketepikan bahan-bahan yang dimasak ke tepi kuali, dan pecahkan telur. Perlahan-lahan kacau telur dan kacau rata dengan bahan yang dimasak tadi.
  6. Perlahankan api, masukkan nasi dan gaul rata.
  7. Masukkan sos tiram, minyak bijan, biji bijan, garam dan lada secukup rasa.
  8. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Mudah sangat kan resepi nasi goreng udang yang kami kongsikan di atas. Anda bolehlah cuba resepi yang anda suka dan hidangkan untuk sarapan pagi ataupun makan tengah hari dan juga malam bersama dengan keluarga anda. Pasti mereka teruja dengan lambakan udang di dalam nasi goreng udang yang anda sediakan. Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.thespruceeats.com/malaysian-shrimp-fried-rice-3030386

https://www.jessicagavin.com/shrimp-fried-rice/

https://www.cookerru.com/shrimp-fried-rice/

Summary
3 Resepi Nasi Goreng Udang Mudah Dan Simple
Article Name
3 Resepi Nasi Goreng Udang Mudah Dan Simple
Description
Nasi goreng udang yang menjadi kegemaran ramai bukan sahaja lazat, malah senang untuk disediakan. Untuk menghasilkan nasi goreng udang yang sedap, anda perlulah menggunakanudang yang segar.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: