murtabak ayam

Murtabak ayam merupakan makanan yang mendapat permintaan paling tinggi di bazar Ramadan. Memandangkan tiada bazar pada tahun ini, maka marilah kita membuat murtabak ini secara diri sendiri di rumah.

Resipi murtabak ayam yang mudah akan dikongsikan pada kali ini. Saya juga tidak pernah membuat resipi ini dan saya bersemangat untuk mencubanya pada tahun ini ! Jom !

Resepi Murtabak Pertama:

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 hingga 11/2 cawan air (Masuk 1 cawan air dan tambahkan air lagi sedikit demi sedikit jika adunan keras)
  • 1 sudu besar shortening ataupun boleh digantikan dengan mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Garam yang secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak

Cara-cara penyediaan :

  1. Susu pekat manis dilarutkan, minyak masak dan garam dimasukkan ke dalam 1 cawan air. Seterusnya tepung, shortening  dan bancuhan air tadi dimasukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Doh diuli hingga sebati dan tambahkan sedikit air dari 1/2 cawan air tadi jika doh kelihatan agak keras.
  3. Doh terus diuli sehingga menjadi elastik dan direhatkan selama 30 minit. Tutupkannya dengan kain lembab. Adun doh berbentuk bebola kecil yang seberat 75gm-90gm setiap satu. Kemudian minyak masak disapukan pada permukaannya.
  4. Doh diperap selama 2 jam dan ditebar seperti roti canai dibuat atau ditarik nipis-nipis. Inti dimasukkan, dilipat dan ditutup balik. Doh digoreng dengan api perlahan di atas kuali leper sehingga masak.

Bahan-bahan inti :

  • 300gm daging ayam – dicincang
  • 2 labu bawang besar – dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 4 sudu besar rempah kari
  • garam dan gula yang secukupnya
  • 6 biji telur

Cara-cara penyediaan :

  1. Bawang besar dan bawang putih ditumis sehingga berbau wangi, Daging ayam yang dicincang dan rempah kari dimasukkan
  2. Diperasakan dengan garam dan gula, dan dimasak sehingga menjadi kering.
  3. Matikan api dan sejukkan setelah siap, Campurkannya dengan telur dan kacau sehingga sebati apabila inti telah suam.

Resepi Murtabak Kedua:

Bahan-bahan :

  • Kulit popia yang secukupnya
  • 2 biji telur
  • Kepingan keju cheddar
  • Daun sup & daun bawang yang secukupnya – dihiris
  • Garam yang secukup rasa
  • Sedikit tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam

Bahan-bahan inti :

  • Isi ayam atau daging -dicincang
  • Ubi kentang – dipotong dadu
  • Lobak merah – dipotong dadu
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • Air yang secukupnya
  • Garam yang gula yang secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara penyediaaan :

  1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak masak untuk menyediakan inti. Bawang yang dihiris ditumis sehingga wangi.
  2. Rempah kari dan sedikit air dimasukkan. Rempah ditumis sehingga minyak dipecahkan.
  3. Kemudian, isi ayam,kentang dan lobak merah dimasukkan. Air dimasukkan sehingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula yang secukupnya setelah inti sudah hampir kering. Serbuk perasa juga boleh diletakkan.
  5. Inti dimasak sehingga berketul-ketul kering. Seterusnya disejukkan.
  6. Telur dipecahkan, dipukul dan dimasukkan sedikit garam untuk membuat murtabak. Inti yang dimasak tadi juga dimasukkan.
  7. Daun sup daun bawang boleh dimasukkan jika suka. Dikacau sehingga sebati.
  8. Kulit popia diangkat keluar dan diletakkan di atas dulang. Sekeping keju diletakkan di tengah-tengahnya.
  9. 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi diambil dan diletakkan di atas keju.
  10. Kulit popia dilipat dengan kemas dan bancuhan tepung gandum disapukan pada lipatan terakhir.
  11. Kuali dipanaskan dan sedikit minyak diletakkan. Murtabak mini dimasak sehingga masak dan berwarna keemasan.

Resepi Murtabak Ketiga:

Bahan-bahan :

  • 30 g Minyak Jagung
  • 50 g Pes Bawang Merah
  • 20 g Pes Bawang Putih
  • 500 g Ayam Cincang
  • 5 g Serbuk Jintan Putih
  • 20 g Serbuk Kari Daging
  • 2 g Serbuk Lada Hitam
  • 25 g Knorr Pasti Sedap (Penambah Perasa Semua Dalam Satu) 750g
  • 7 biji Telur Ayam
  • 100 g Bawang Kuning, dipotong dadu

Hidangan :

  • 10 keping doh roti canai

Cara penyediaan :

  1. Inti murtabak
  2. Minyak dipanaskan, bahan kisar ditumis, ayam kisar dimasukkan bersama dengan semua bahan yang lain.
  3. Dimasukkan ke dalam cawan dan disejukkan seketika. Kemudian telur dan bawang kiub dimasukkan dan dikacau rata.
  4. Hidangan
  5. Letakkan tebaran doh roti canai di atas kuali leper yang panas, inti murtabak dituangkan dan dilipat kemas.
  6. Digoreng sehingga keemasan dan sehingga telur dan doh masak.
  7. Siap menghidang bersama dengan kari dhall.

Selamat mencuba!

SUMBER:

https://sinaranwanita.com/2020/04/23/murtabak-ayam-simple-untuk-berbuka-puasa

https://recipesaresimple.com/murtabak-recipe-with-chicken/

https://cookpad.com/my/recipes/12298211-popia-murtabak-ayam

Summary
3 Resepi Murtabak Ayam yang Sedap dan Mudah
Article Name
3 Resepi Murtabak Ayam yang Sedap dan Mudah
Description
Murtabak ayam merupakan makanan yang mendapat permintaan paling tinggi di bazar Ramadan. Memandangkan tiada bazar pada tahun ini, maka marilah kita membuat murtabak ini secara diri sendiri di rumah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: