mee tarik

Mee Tarik atau lebih dikenali sebagai La Mian , merupakan makanan harian asal di Negara China. Setiap keluarga mempunyai resipi dan Teknik tersendiri menyediakan masakan Mee Tarik.

Apakah itu Mee Tarik?

Mee Tarik terbentuk daripada doh adunan tepung yang ditarik menggunakan tangan berulang kali sehingga doh menjadi helaian lebih nipis dan elastik Panjang. Bila dimasak mee nya lebih kenyal dan lembut berbanding mee yang diproses secara moden menggunakan mesin.

Apakah bahan yang digunakan?

Hanya menggunakan 3 bahan asas seperti tepung gandum, garam dan air.

2 jenis Mee Tarik :

1. Versi Professional

Untuk satu hidangan mee Tarik, gunakan 1 doh adunan yang di Tarik berulang kali sehingga tekstur nya menjadi helaian , kenyal tetapi tetap lembut. Untuk menambahkan kekenyalan helaian mee , tepung ditambahkan agen bahan alkali. Teknik ini telah diiktirafkan sebagai salah satu sukatan pengajian di setiap sekolah kulinari secara antarabangsa.

2, Versi ‘’ Homemade ‘’

Dohnya di potong kecil supaya lebih mudah untuk ditarik sehingga menjadi mee. Teknik ini juga dikenali sebagai Mee Xian Biang Biang

Cara terbaik mengadun doh

Penggunaan tepung serba guna – rendah kandungan gluten.

Tepung rendah kandungan gluten adalah tepung terbaik untuk membuat doh Mee Tarik kerana kandungan protein nya yang rendah dalam linkungan 10-11 gram setiap sukatan 100 gram tepung.

Tepung yang tinggi kandungan gluten nya khusus untuk membuat jenis roti kerana adunan doh lebih susah diuli.

Nisbah Tepung dan Air

Nisbah 2:1 berat untuk dapatkan adunan doh yang sempurna , contoh penggunaan 125 ml air dan 250 gram tepung untuk 2 hidangan. Kemudian dibiarkan selama satu jam sebelum ditarik.

Secubit garam

Petua orang dulu-dulu , tambahkan secubit atau secukup rasa garam ke dalam tepung sebelum diadun dengan air supaya mee lebih ‘’Al-dante’’ atau kenyal semasa direbus.

Cara Tarik mee :

Ikut citarasa masing-masing, anda mahukan yang bentuk leper atau bulat.

  • Mee bulat kecil : Sebelum di tarik, potong doh yang leper dengan ukuran lebar 1cm.
  • Mee Leper besar : Sebelum di tarik potong doh yang leper dengan ukuran 3cm

Tips mudah: nak lebih cepat , Tarik doh dan rendam di dalam air panas , berulang kali.

Cara penyedian resipi Mee Tarik :

  • Mee Tarik sup , dihias dengan daging cincang goreng, sayur rebus. Contohnya, Mee Sapi Lanzhou, Mee Sapi Pedas Sinchuan dan Mee sup bebola ayam
  • Mee Tarik kering, disimbah dengan sos kicap pedas seperti Mee Beijing Zha Jiang Man , Mee Dan Dan Street food , Mee Chongqing
  • Mee Tarik Kering, dicampur dengan sos pedas dan minyak bawang merah , contohnya Mee Biang Biang
  • Mee Tarik Goreng – digoreng bersama dengan pilihan seperti tomato, telur goreng , daging masak lada , hirisan Babi sinchuan dan sos bawang putih.

Resepi Mee Tarik Pertama

  • Waktu persedian : 20 minit
  • Waktu memasak : 2 minit
  • Waktu memeram : 2 jam 20 minit
  • Keselurahan waktu : 2 jam 42 minit

Bahan Utama :

  • 400 gram Tepung Gandum serbaguna – 2/3 sukatan cawan
  • 2 gram garam – 1/2 sudu kecil
  • 220 ml air (suhu bilik) – 1 cawan
  • Minyak sayuran untuk menyaluti doh

Cara penyedian :

Ulikan doh menggunakan tangan – pilihan pertama

  1. Masukkan gram ke dalam mangkuk kecil dan tuangkan air . Kacau sehingga larut
  2. Tuangkan sukatan tepung ke dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan air garam sedikit demi sedikit ke atas tepung sambil adukkan menggunakan copstik atau penyepit makanan.
  3. Setelah adunan tepung sudah mulai gebu. Uli adunan sehingga menjadi doh, Sekiranya doh menjadi kering maksudnya tepung masih belum cukup adunannya. Tambahkan air sedkit demi sedikit sehingga doh menjadi lebih kental
  4. Dalam waktu 2 minit selepas doh terbentuk , tutupkan mangkuk doh dengan penutup plastic makanan.
  5. Pastikan doh sudah menyatu , uli kan doh berulang kali diantara 1 -2 minit sehinggan menjadi lebih halus hasil gumpalan doh.

Resepi Mee Tarik Kedua

Bahan Utama :

  • 400 gram Tepung Gandum serbaguna – 2/3 sukatan cawan
  • 2 gram garam – ½ sudu kecil
  • 220 ml air (suhu bilik) – 1 cawan
  • Minyak masak sayur untuk menyaluti doh

Pembuatan doh menggunakan perkakas dapur KitchenAid – pilihan kedua

  1. Campurkan tepung dan garam sekali ke dalam mangkuk KitchenAid Mixer, pasangkan setting 1 mixer untuk adun keringkan campuran. Kemudian jirus air sedikit demi sedikit ke dalam mixer sewaktu mesin adunan sedang menguli, setelah adunan semakin kental, tukarkan ke setting no.2 uli sehingga lebih kenyal dalam linkungan 2 ke 3 minit.
  2. Rehatkan adunan doh sekejap
  3. Kemudian tutupkan atau balutkan doh dengan plastik makanan

Proses Uli kedua

  1. Boleh dilakukan dengan menggunakan mesin mixer setting no.4 untuk 30 saat atau mengguna tangan selama 1 ke 2 minit.
  2. Pilihan lain – Sekiranya mahu menyimpan doh ke dalam peti sejuk, salutkan doh dengan minyak masak kemudian balut dengan beg ziplock. Doh bertahan sehingga 2 hari ke 3 bulan.

Tarik dan rebus mee

  1. Didihkan air dengan suhu sederhana
  2. Mee saiz kecil – Potongkan doh di bahagian hujung sebesar 1cm dan gulungkan setiap doh, doh yang belum direbuskan, tutup dengan plastic untuk kekalkan kelembapan. Dimulai dengan memegang hujung ke hujung golongan doh pertama dan tarik sedepa tangan sambil lantunkan di atas meja sekali atau dua kali sehingga lebih saiz kepanjangannya dua kali ganda. Kemudian rehatkan doh dan ulangkan proses tarik terhadap semua doh yang di potong sehingga menjadi lebih nipis dan Panjang.
  3. Pemanasan semula mee rebus

Resepi Mee Tarik Ketiga

Bahan-bahan :

  • 425 g (3 cawan) tepung roti
  • 28 g ( 1/4 cawan) yis nutrisi
  • 4g (1 sudu the) . Garam Diamond Crystal Kosher/ garam biasa
  • 285g (1 cawan & 3 sudu) air sejuk
  • 1 (15ml) sudu minyak

Cara-cara

  1. Tuangkan tepung, yis dan garam ke dalam mangkuk pemproses makan. Pasangkan mesin dan tuang air dan minyak sedikit demi sedikit sehingga doh lebih kental selama 30 saat.
  2. Alihkan doh ke meja yang bersih. Uli sehingga kulit doh halus. Gulung, uli dan tarik berulang kali, tarik 2 kali setiap Langkah. Jangan tarik sehingga koyak.
  3. Adunan doh ditarik sedepa kemudian doh dililit selaras dan digulung. Ulang proses tersebut tanpa henti dan tanpa koyak dalam waktu 10 minit. Kemudian gulungkan supaya membulat Panjang.  
  4. Kerjakan proses satu per satu gumpalan, dibentuk ke gulung panjang 15 inci. Pegangkan di kedua hujung gulungan doh kemudian ditarik sehingga 30 inci panjang. Terbalikkan posisi sekiranya menggunakan tangan kiri. Putar lilitkan gulungan doh dan satukan doh dan ulang proses.
  5. Cantumkan hujung gulungan kanan ke gulungan kiri supaya dapat ditarik 4 bahagian. Kemudian tarik bahagian tengah dan pusing dan tarik ssepanjang 30 inci. Lantunkan ke meja dengan taburan tepung supaya tidak melekat. Ulang sehingga 2 ke 3 kali sehingga helaian mee terbentuk bulat 1/8 inci diameter
  6. Potongkan golongan mee dengan pisau dan asingkan ke tepi. Terus rebuskan dengan air cukup didih setelah habis potong, kacaukan dengan copstik dan spatula supaya tidak melekat. Setelah cukup matang, selepas 30 ke 45 saat , toskan mee dan tuangkan ke mangkuk dengan sedikit air rebusan daging.
  7. Untuk lebihan doh gulung yang belum di masak , di bahagikan ke dua bahagian , di ulangi proses seperti di atas tetapi lebihan nya diKoyak-koyak kan jadi kepingan untuk rebusan mee.

Resepi telahpun kami kongsikan, jadi selepas ini bolehlah anda mencuba membuat mee tarik anda sendiri. Selamat mencuba!

Sumber:

https://omnivorescookbook.com/recipes/hand-pulled-noodles/

https://www.seriouseats.com/hand-pulled-lamian-noodles

https://redhousespice.com/hand-pulled-noodles/

Summary
3 Resepi Mee Tarik yang Mudah dan Sedap
Article Name
3 Resepi Mee Tarik yang Mudah dan Sedap
Description
Mee Tarik atau lebih dikenali sebagai La Mian , merupakan makanan harian asal di Negara China. Setiap keluarga mempunyai resipi dan Teknik tersendiri menyediakan masakan Mee Tarik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: