mee sup

Mee sup memang sangat popular di Malaysia. Rasa kuahnya yang berempah dan tekstur mee yang kenyal pasti menambat hati orang yang menikmatinya.

Mee sup mudah untuk didapati di gerai-gerai tepi jalan mahupun restoran. Banyak tempat menyajikan hidangan mee sup kegemaran ramai ini, sebab itulah ia mudah untuk didapati.

Mee sup boleh dijumpai dalam pelbagai variasi resepi seperti dimasak dengan campuran udang, daging, ataupun isi ayam. Menarik kan?

Jadi, kali ini kami akan kongsikan 3 resepi mee sup yang mudah untuk anda sediakan. Tak perlulah anda berebut-rebut di kedai makan hanya untuk semangkuk mee sup, kan?

Baiklah, jangan buang masa lagi, mari kita lihat resepi-resepinya seperti di bawah ini.

MEE SUP AYAM

Mee Sup Ayam - Kuali Sudip

Bahan-bahan:

  • Ayam setengah ekor.
  • Halia (diketuk).
  • Akar daun bawang.
  • Akar daun sup.
  • Garam dan Ajinomoto.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Bunga cengkih.
  • Minyak untuk menumis.
  • Rempah sup adabi.

Bahan-bahan topping:

  • Mee dicelur.
  • Tauge dicelur.
  • Fishcake digoreng.
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng.
  • Isi ayam difloss.
  • Bawang goreng.
  • Garam dan gula.
  • Kicap manis.

*Tumbuk halus semua bahan.

Kaedah penyediaan:

  1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan Ajinomoto secukup rasa.
  2. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.
  3. Mayang 3 ulas bawang merah,  3 ulas bawang putih dan halia.
  4. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan satu bunga cengkih.
  5. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.
  6. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.
  7. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.
  8. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.
  9. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.

MEE SUP UDANG

Tom yum prawn noodle soup | Sainsbury's Magazine

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 1 kiub pati ayam “MAGGI”
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 1 liter air
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis yang dipotong sekuntum2
  • 1 biji tomato belah 8
  • 3 batang putih jagung, hiris serong setiap satu
  • 1 keping fish cake, hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang potong kasar
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • 1/4 camca teh minyak bijan
  • 2 camca besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain :

  • 500 g mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili jeruk atau sambal kicap

Kaedah penyediaan:

  1. Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sebentar, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
  3. Tambah udang, fish cake, bunga kobis dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, putih jagung dan juga tomato. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika selesai boleh matikan api.
  4. Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap.

MEE SUP WANTAN

Bourdain Tribute Wonton Noodle Soup Recipe - Viet World Kitchen

Bahan-bahan:

  • Wantan mee secukupnya – celur sekejap
  • Sayur pak choy – cuci dan celur sekejap
  • Tauhu goreng
  • Bawang goreng
  • Daun bawang/ sup kalau suka

Bahan-bahan A: untuk sup

  • 1.5L air putih
  • 2 ketul kiub ikan bilis/ ayam
  • Sedikit ikan bilis (anggaran dalam 1/4 mangkuk kecil)
  • Gula sedikit
  • Lada sulah sedikit (kalau suka)
  • 1 biji bawang besar – potong 6
  • 1/2 ketul dada ayam – cuci bersih

Bahan-bahan B: isi wantan

  • 10-15 keping kulit wantan segar
  • 1/2 mangkuk kecil isi udang*
  • 1/2 mangkuk kecil isi dada ayam*
  • Sedikit lada sulah*
  • Garam dan gula secukup rasa*
  • Daun sup sedikit – cincang halus

Kaedah penyediaan:

  1.  Rebus bahan sup (A) sehingga ayam masak dan lembut. Rasakan perisa secukupnya dan bolehlah tutup api. Alih keluar isi ayam tadi dan biarkan sejuk dan bolehlah di carik halus.
  2. Untuk bahan (B) – Kisar bahan yang bertanda (*) dan kemudian masukkan daun sup cincang dan gaul sebati. Ambil sedikit inti yang telah dikisar dan letakkan di atas kulit wantan, sapu sekeliling kulit wantan dengan air sejuk/ paip dan bolehlah dicantum mengikut citarasa sendiri sehingga habis.
  3.  Didihkan lagi air sup tadi dan bolehlah masukan wantan yang telah diisi dan biarkan mendidih seketika. jangan terlalu lama nanti takut kulitnya kembang dan koyak. Seeloknya masukkan wantan mengikut kuantiti yang hendak dimakan kerana kalau masukkan semua nanti lama ianya semakin  kembang.
  4. Sedia untuk di nikmati bersama wantan mee dan bahan sampingan lain.

Mee sup tidak pedas, sedap dan sangat mengenyangkan kerana ia mengandungi karbohidrat sama seperti nasi serta daging ayam yang kaya akan protein. Selamat mencuba!

Sumber:

https://saji.my/resepi-Mee-sup-ayam/

https://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2010/07/mee-sup-udang.html

http://semaniskasturi.blogspot.com/2016/04/wantan-mee-sup-simple.html

Summary
3 Resepi Mee Sup Yang Mudah Untuk Disediakan
Article Name
3 Resepi Mee Sup Yang Mudah Untuk Disediakan
Description
Mee sup memang sangat popular di Malaysia. Rasa kuahnya yang berempah dan tekstur mee yang kenyal pasti menambat hati orang yang menikmatinya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: