mee rebus johor

Siapa teringin semangkuk mee rebus Johor yang sedap? Masakan yang popular di Johor kerana rasanya lazat. Sekarang dah boleh cuba sendiri di rumah.

Ada beberapa tekcnik untuk membuat mee rebus Johor tapi kalau anda ikut setiap cara penyediaan dengan betul, saya boleh gerenti takkan ada masalah punya.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok resepi-resepi mee rebus Johor yang disediakan khas buat anda semua.

MEE REBUS JOHOR ASLI

mee rebus johor

Bahan-bahan A:

  • 2kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg daging (dipotong nipis)
  • 4 biji keledek (direbus dan dikisar)
  • 1 cawan tauchu (dibasuh dan dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • Garam, gula dan perasa
  • Minyak memasak (untuk menumis)

Bahan-bahan B:

  • 1/2 cawan udang kering (dikisar)
  • 80g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam
  • Air yang mencukupi
  • Minyak memasak (untuk menggoreng)

Bahan-bahan C:

  • Tauhu (untuk digoren, potong kecil)
  • Daun sup (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Telu rebus (dibelah 2)
  • Cili hijau (dipotong bulat)
  • Limau kasturi (dibelah 2)

Cara penyediaan:

  1. Tepung udang kering: campurkan kesemua bahan (B) dan kacau rata.
  2. Ada teknik untuk menggoreng udang kering ni. Anda kena renjiskan bancuhan tepung ke dalam minyak panas dan goreng sampai garing.
  3. Angkat dan toskan minyak bila dah siap. Kena pakai banyak minyak ya untuk goreng bancuhan tepung ni.
  4. Kuah: panaskan minyak di dalam periuk.
  5. Tambahkan seraai dan lengkuas yanga telah diketuk.
  6. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata.
  7. Kemudian, boleh masukkan tauchu kisar dan keledek bersama dengan daging (biasanya kita tambah air sikit masa mengisar untuk cepatkan prosesnya) jadi tidak perlu tambah air untuk elak kuah jadi cair.
  8. Taburkan garam, gula dan perasa.
  9. Menghidang: letakkan gulungan mee kuning anda ke dalam mangkuk bersama dengan taugeh. Tuangkan kuah baru siap tadi panas-panas.
  10. Kemudian, hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili hijau, limau kasturi dan jangan lupa taburkan tepung udang kering tadi.
  11. Siap!

MEE REBUS JOHOR DENGAN UDANG

mee rebus johor

Bahan-bahan A:

  • 500g mee kuning (dicelur)
  • 1kg udang segar (direbus dan bahagi kepada 2)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • 20 batang cili merah (dikisar halus)
  • 10 biji bawang merah (dikisar halus)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 50g udang kering (sangai dan dikisar)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 600 keledek oren
  • 2 sudu besar gula Melaka (dikikis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Serbuk lada hitam

Bahan-bahan B:

  • Udang
  • 2 biji telur rebus (dibelah2)
  • 1 cawan taugeh (dicelur)
  • 4 biji kentang (didadu dan goreng)
  • 6 biji limau kasturi (dieblah 2)
  • 5 biji cili merah (dipotong nipis
  • 3 batang duan sup (dihiris halus)
  • 3 batang daun bawang (dihiris halus)

Cara penyediaan:

  1. Rebus keledek sehingga lembut dan lenyek halus. Ketepikan.
  2. Rebus udang pula. Buang kulit dan asingkan di dalam mangkuk lain. Kisar bahagian kepala dan kulitnya sehingga halus. Ketepikan.
  3. Kisar cili merah, bawang merah, bawang putih dan cili kering. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar tadi bersama dengan serai.
  4. Masukkan air rebusan udang, keledek, gula Melaka dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan kuah jadi pekat.
  5. Menghidang: celur mee kuning. Tuangkan kuah yang pekat dan sedap tadi ke atas mee. Hiaskan dengan bahan-bahan B. Perah limau kasturi dan sedia untuk dimakan.

MEE REBUS JOHOR BERKUAH TULANG

mee rebus johor

Bahan-bahan A:

  • Tulang lembu
  • 1 bungkus rempah sup bunjut
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 halis (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kiub daging
  • Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan B:

  • 3 biji keledek saiz sederhana (direbus dan kisar bersama dengan air merebus keledek tadi)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dikisar halus)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 inci halia (dikisar halus)
  • 30 tangkai cili kering (dikisar halus)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar udang kering (direndam lembut dan kisar)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 kiub daging
  • 1 buku gula Melaka
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Cara penyediaan:

  1. Kuah: campurkan kesemua bahan (A) ke dalam periuk berisi air dan rebus daging.
  2. Didihkan tulang lembu dan bagi daging betul-betul empuk.
  3. Rempah: tumis bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili kering sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan rempah kari daging bersama dengan udang kering dan tumis lagi sampai jadi perencah. Kemudian, tambahkan keledek dan biarkan ia mereneh,
  5. Dah boleh letak gula Melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap dan biar kuah-betul-betul masak.
  6. Kemudian tuangkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang saja tahu, bahan-bahan lain macam sup bunjut, serai, halia, lengkuas dan kunyit tidak perlu masukkan sekali.
  7. Akhir sekali, masukkan tulang dan santan. Biarkan kuah masak sempurna dan pekat lagi sikit.
  8. Hidang bersama mee kuning yang telah dicelur lepas kuah dah siap masak.

Kuah mee rebus Johor yang pekat ini telah memenangi banyak hati terutama sekali warga-warga Johor sendiri. Perbezaan bahan yang digunakan untuk membuat kuah itulah yang buat rasa mee rebus Johor lain dari yang lain, makan panas-panas memang terangkat kaki dia punya sedap. Jangan lupa cuba resepi-resepi ini di rumah okay!

Sumber:

Resepi Mee Rebus Asli Johor (Sedap Menyelerakan!)

Jom Masak Mi Rebus Udang, Terliur Tengok

Resepi Mee Rebus Tulang
Summary
3 Resepi Mee Rebus Johor Yang Anda Takkan Lupakan
Article Name
3 Resepi Mee Rebus Johor Yang Anda Takkan Lupakan
Description
Siapa teringin semangkuk mee rebus Johor yang sedap? Masakan yang popular di Johor kerana rasanya lazat. Sekarang dah boleh cuba sendiri di rumah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: