resepi meatball

Resepi meatball ini semua merupakan koleksi resepi yang kami perolehi daripada luar negara. Sekali sekala kita tukar selera ke makanan tradisi orang Eropah pulak lah kan. Yang paling mudah kita nak dapatkan ialah melalui tiga resepi meatball yang anda perlu cuba ini!

Seperti yang diperkatakan tadi, resepi-resepi meatball ini semuanya kita ambil dari luar negara seperti resepi meatball klasik Eropah, resepi meatball ala-ala Itali dan yang paling digemari ramai, resepi meatball Sweden yang kita selalu berbaris nak beli di IKEA!

Meatball ini semua boleh kita makan begitu sahaja atau ada sos nya yang tersendiri. Atau boleh kita campurkan ke dalam hidangan seperti spaghetti.

Jom kita cuba semuanya! Sangat mudah sebenarnya. Jangan risau!

Resepi Meatball Bakar Klasik Eropah

Bahan-bahan Utama

  • 2.5 kilogram daging cincang hancur
  • Setengah cawan breadcrumb
  • Suku cawan susu segar
  • Setengah sudu kecil garam
  • Setengah sudu kecil Sos Worcestershire
  • Suku sudu kecil lada hitam
  • Sebiji bawang besar (Dipotong dadu kecil)
  • Sebiji telur bersaiz sederhana besar

Cara-cara Penyediaan

  1. Panaskan oven untuk proses preheat ke suhu 205 Darjah Celcius.
  2. Sediakan loyang bakar saiz yang sesuai. Sembur atau sapukan minyak di permukaan loyang tersebut.
  3. Di dalam satu mangkuk yang besar, adunkan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga betul-betul sebati.
  4. Bentukkan satu demi satu meatball menggunakan tangan daripada adunan tersebut.
  5. Susun satu persatu di atas loyang dan bakar selama 18 sehingga 22 minit.
  6. Meatball sedia untuk dihidang!

Resepi Meatball Ala-ala Itali

Bahan-bahan Utama Meatball

  • Satu cawan breadcrumb
  • Satu biji bawang besar bersaiz kecil dipotong hancur
  • 500 gram daging cincang hancur
  • Satu biji telur bersaiz sederhana besar
  • Suku cawan daun parsley dipotong hancur
  • 2 ulas bawang putih dipotong hancur
  • Tiga per empat cawan Keju Parmesan yang diparut
  • Tiga per empat sudu kecil garam
  • Satu per empat sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan Utama Sos Meatball

  • 2.5 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih dipotong hancur kecil
  • Tiga per empat cawan bawang besar dipotong hancur
  • 700 gram puri tomato
  • Setengah cawan air
  • Satu sudu kecil cili flakes
  • Tiga sudu kecil campuran Italian Herbs kering
  • Satu sudu kecil garam
  • Lad hitram secukup rasa

Cara-cara Penyediaan

  1. Di dalam satu mangkuk yang besar, adunkan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga betul-betul sebati.
  2. Bentukkan satu demi satu meatball menggunakan tangan daripada adunan tersebut.
  3. Tuang satu setengah minyak zaitun di atas kuali leper yang tidak melekat.
  4. Goreng semua meatball sehingga permukaannya bertukar coklat dengan api sederhana besar.
  5. Pindahkan ke semua meatball tadi ke bekas yang lain sebelum masak sepenuhnya.
  6. Untuk penyediaan sos meatball, panaskan minyak zaitun di dalam periuk.
  7. Tumis bawang, bawang putih selama dua hingga tiga minit.
  8. Campurkan semua baki bahan-bahan sos yang lain.
  9. Turunkan suhu memasak dan tutup menggunakan penutup periuk.
  10. Masukkan semua meatball ke dalam periuk sos apabila sos mula menggeleggak kecil.
  11. Masak meatball dan sos selama 8 hingga 10 minit sambil mengacau adunan tersebut secara perlahan-lahan.
  12. Keluarkan meatball dan sos. Sedia di hidang bersama pasta pilihan anda!

Resepi Meatball Sweden Ala-ala IKEA

Bahan-bahan Utama Meatball

  • 750 gram daging cincang hancur
  • Satu biji bawang besar dipotong hancur kecil
  • Satu ulas bawang putih dipotong hancur kecil
  • 100 gram breadcrumb
  • Satu biji telur bersaiz sederhana besar
  • Lima sudu besar susu segar
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan Utama Sos Meatball

  • Minyak zaitun mengikut keperluan
  • 40 gram mentega
  • 40 gram tepung gandum
  • 150 ml stok sayur
  • 150 ml stok daging
  • 140 ml double cream tebal
  • Dua sudu kecil kicap
  • Satu sudu kecil Dijon Mustard

Cara-cara Penyediaan

  1. Panaskan oven untuk proses preheat ke suhu 180 Darjah Celcius.
  2. Sediakan loyang bakar saiz yang sesuai. Sembur atau sapukan minyak di permukaan loyang tersebut.
  3. Di dalam satu mangkuk yang besar, adunkan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga betul-betul sebati.
  4. Bentukkan satu demi satu meatball menggunakan tangan daripada adunan tersebut.
  5. Susun satu persatu di atas loyang dan bakar selama 30 minit.
  6. Untuk sos nya pula, cairkan mentega di dalam periuk yang sudah panas.
  7. Masukkan tepung dan kacau untuk dua minit.
  8. Tambah stok sayuran, stok daging dan sambung kacau secara berterusan.
  9. Tambah double cream, kicap dan Dijon Mustard.
  10. Panaskan sehingga tekstur sos mula menebal.
  11. Tuang ke atas meatball yang sudah siap dan sedia untuk dihidang!

Begitulah ketiga-ketiga resepi meatball yang kami bawakan khas dari benua Eropah untuk anda semua. Selamat mencuba dan menjamu selera!

SUMBER
https://www.bettycrocker.com/recipes/classic-meatballs/2959910f-1b27-438a-9085-d40b1950db20

https://www.recipetineats.com/classic-italian-meatballs-extra-soft-and-juicy/

https://globalnews.ca/news/6846188/ikea-meatball-recipe-coronavirus/

https://www.freepik.com/free-photo/meatballs_8171035.htm#page=1&query=meatball&position=10

https://www.freepik.com/free-photo/raw-meatballs_8171022.htm#page=1&query=meatball&position=31

https://www.freepik.com/free-photo/penne-pasta-with-meatballs-tomato-sauce-white-bowl_6765484.htm#page=1&query=meatball%20with%20pasta&position=11

https://www.freepik.com/premium-photo/ground-beef-meatballs-with-cream-sauce-plate_12051785.htm#query=swedish%20meatball&position=5

Summary
3 Resepi Meatball yang Anda Perlu Cuba!
Article Name
3 Resepi Meatball yang Anda Perlu Cuba!
Description
Resepi meatball ini semua merupakan koleksi resepi yang kami perolehi daripada luar negara. Sekali sekala kita tukar selera ke makanan tradisi orang Eropah pulak lah kan. Yang paling mudah kita nak dapatkan ialah melalui tiga resepi meatball yang anda perlu cuba ini!
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: