resepi mashed potato

Mashed potato atau kentang putar menjadi antara menu yang digemari oleh anak-anak. Resepi mashed potato pula terdapat dalam pelbagai versi kerana ia sangat terkenal di seluruh dunia.

Untuk membuat mashed potato gunakan kentang dengan kadar pati tinggi agar tidak berair dan lembik ketika dihaluskan. Cara membuat hidangan ini memang terlihat mudah. Namun, kalau kamu tidak melakukannya dengan cara yang betul, mashed potato mungkin tidak halus seperti yang dibeli.

Mashed potato untuk diet sebaiknya tidak menggunakan susu. Fungsi tambah susu segar adalah untuk menggebukan lagi kentang putar. Oleh itu, sebagai penggantinya, tambahkan krim masam (sour cream) untuk memberikan rasa yang enak.

Mari kita lihat tiga resepi mashed potato yang mudah untuk anda cuba buat sendiri.

RESEPI 1 – LUXURIOUS MASHED POTATO

Bahan-bahan:

  • Kentang Emas Yukon 2 kg, kupas dan potong 1/2 keping
  • Garam kasar dan lada hitam
  • 1/2 cawan (1 batang) mentega tanpa garam
  • 1 1/2 cawan krim

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Dalam periuk besar, masukkan air dan kentang serta tambahkan sedikit garam.
  2. Didihkan kentang hingga kentang empuk, lebih kurang 15 minit.
  3. Setelah empuk, tos dan lenyek kentang tadi ketika masih panas. Pastikan kentang dilenyek halus.
  4. Dengan api yang kecil, masukkan mentega dan kacau hingga cair.
  5. Setelah masak masukkan kentang dan kacau.
  6. Kemudian tambah krim sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati.
  7. Tambahkan garam dan sedikit lada hitam. Kacau lagi.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI 2 – RUSSET & YUKON GOLD MASHED POTATO

Bahan-bahan:

  • 3kg campuran kentang Russet & Yukon Golds
  • Garam
  • 1/2 cawan mentega, ditambah 2 sudu besar untuk hiasan
  • 1/2 cawan susu
  • 1/2 cawan krim masam
  • Lada hitam  

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Dalam periuk besar, masukkan kentang ke dalam air dan tambahkan secubit garam.
  2. Didihkan hingga lembut lebih kurang 16 hingga 18 minit.
  3. Setelah selesai, toskan kentang.
  4. Kemudian, gunakan“potato masher” untuk hancurkan kentang sampai halus.
  5. Sementara itu, dalam periuk kecil, cairkan mentega dan susu hingga suam.
  6. Kemudian, masukkan krim masam dan kacau hingga sebati.
  7. Masukkan kentang yang telah ditumbuk tadi. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  8. Pindahkan kentang ke mangkuk untuk dihidangkan dan hias dengan mentega yang tinggal dua sudu. Taburkan lebih banyak lada sebelum dihidangkan.

RESEPI 3 – MASHED POTATO CHEESE

Bahan – bahan kentang:

  • 6 biji ubi kentang saiz besar
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar fresh milk
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu kecil lada hitam berperisa

Bahan-bahan sos (gravy):

  • 2 labu bawang holland – dipotong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 cawan fresh milk
  • 4 cawan air
  • 4 kiub ayam
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu kecil lada hitam berperisa
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2/3 cawan serbuk cheese (cheese powder) – dibancuh dengan air panas

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Ubi kentang dibuang kulit, bersihkan kemudian dipotong dan kukus hingga empuk.
  2. Apabila empuk keluarkan dari kukusan. Kemudian terus letak mentega dan lecek hingga kentang betul-betul halus.
  3. Masukkan pula lada sulah, lada hitam berperisa dan susu segar. Kacau hingga menggebu, siap.
  4. Untuk sos atau gravy pula, panaskan mentega, tumis bawang hingga layu masukkan air dan susu segar/fresh milk masak hingga mendidih api biasa sahaja.
  5. Letak kiub ayam, kicap lemak manis dan semua jenis lada di atas kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya sos menjadi sedikit pekat. Jika tak cukup pekat boleh tambah ikut citarasa.
  7. Cara hidangan, sudukan/skop kentang ke dalam bekas. Letakkan sos secukupnya dan letak cheese di atasnya memang sedap untuk hidangan seisi keluarga.

Senang saja cara-cara untuk membuat mashed potato. Jadi selepas ini, tidak perlulah anda ke restoran barat ataupun ke restoran makanan segera untuk menikmati semangkuk mashed potato yang sedap. Kerana, anda pun boleh sediakannya sendiri di rumah. Lebih puas hati dan tentu enak. Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.marthastewart.com/336768/luxurious-mashed-potatoes

https://www.delish.com/cooking/recipe-ideas/recipes/a50630/perfect-mashed-potatoes-recipe/

https://cookpad.com/my/amp/recipes/14810061-mashed-potato-cheese

Tagged: