masakan kampung

Mencari resepi masakan kampung yang lazat dan mudah dibuat? Masakan kampung merupakan jenis masakan yang kena dengan citarasa orang kita.

Walaupun ianya menu yang ringkas sahaja, ia pasti enak dijamah bersama nasi putih panas-panas. Wah, baca pun dah membuka selera kan!

Anda semestinya ingin memasak masakan kampung sendiri di rumah, bukan? Senang saja jika anda tahu resepi-resepi masakan kampung ini.

Jadi, berikut adalah senarai 3 resepi masakan kampung untuk anda cuba sendiri di rumah.

DAGING MASAK HITAM

Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap - YouTube

Bahan-bahan tumis:

  • 1 kg daging (direbus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2-3 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • Halia sebesar ibu jari
  • 10-15 tangkai cili kering
  • Kicap
  • Gula
  • Sedikit garam

Kaedah penyediaan:

  1. Tumis semua bahan tumis kecuali daging hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tunggu pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging.
  4. Masukkan kicap dan kacau sebati.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT

Gulai Ikan Talang Kering Tumis Darat, Memang Popular Di Sebelah Utara.

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Bahan tumis darat:
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Daun kari

Bahan-bahan lain:

  • Ikan kering talang (direndam)
  • Rempah ikan kering
  • Santan
  • Ubi kentang
  • Nenas
  • Terung
  • Cili muda besar
  • Tomato
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam & serbuk perasa

Kaedah penyediaan:

  1. Tuang rempah dalam periuk dan tambahkan air dan sedikit minyak.
  2. Tuang bahan kisar dan serbuk kunyit. Tunggu rempah masak sekejap.
  3. Masukkan ubi.
  4. Setelah ubi empuk, masukkan terung.
  5. Setelah terung hampir lembut, masukkan ikan masin, nanas, santan, garam dan serbuk perasa.
  6. Setelah mendidih, masukkan cili muda dan tomato.
  7. Menggunakan kuali berasingan, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis darat hingga kekuningan.
  8. Kemudian, masukkan ke dalam gulai tadi.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

IKAN KELI GORENG BERLADA

SAMBAL IKAN KELI GORENG BERLADO | RESEPI MAKTOK - YouTube

Bahan-bahan:

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Lada jarum (ikut kepedasan yang disukai)
  • Sedikit belacan
  • Perasa secukupnya

Kaedah penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan kecuali ikan.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar.
  3. Masukkan perasa secukupnya.
  4. Tumis dengan api perlahan supaya tak hangit.
  5. Setelah bahan masak sempurna & agak garing, tutup api
  6. Curahkan atas ikan yang digoreng tadi.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Walau sejauh mana pun kita merantau, pasti aneka juadah masakan kampung juga yang senantiasa menjadi pilihan hati. Selamat mencuba!

Sumber:

https://saji.my/resepi-masakan-kampung/

https://www.rasa.my/koleksi-resipi-masakan-kampung-sedap-mudah-dicuba/

https://resepi.my/koleksi-resepi-masakan-kampung/

Summary
3 Resepi Masakan Kampung Yang Popular dan Lazat
Article Name
3 Resepi Masakan Kampung Yang Popular dan Lazat
Description
Mencari resepi masakan kampung yang lazat dan mudah dibuat? Masakan kampung merupakan jenis masakan yang kena dengan citarasa orang kita.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: