masakan ayam

Mencari resepi masakan ayam yang mudah dan sedap? Anda berada di tempat yang betul, kerana kali ini kami akan kongsikan resepi masakan ayam untuk anda semua.

Ayam merupakan sumber protein yang tinggi dan sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika dimasak mengikut citarasa sendiri, pasti anda akan menikmati masakan ayam dengan penuh selera.

Ayam juga enak dimasak secara berkuah, dan ada berbagai jenis cara masakannya.

Untuk itu, berikut kami senaraikan 3 resepi masakan ayam untuk anda cuba masak sendiri dan hidangkan kepada keluarga tersayang anda.

KARI AYAM

How to Make Perfect Chicken Curry (Kari Ayam) | Here are the four easy  international recipes you must try

Bahan-bahan A:

  • sedikit kulit kayu manis
  • ubi
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • cengkih
  • bawang besar
  • cili kering
  • cili hijau

Bahan-bahan B:

  • ayam kampung (digaul dengan serbuk kunyit)
  • daun kari
  • garam
  • serbuk perasa
  • air secukupnya

Kaedah penyediaan:

  1. Tumis rempah ratus.
  2. Masukkan semua bahan A.
  3. Setelah layu, masukkan daun kari.
  4. Masukkan ubi.
  5. Kemudian, masukkan ayam yang digaul bersama serbuk kunyit.
  6. Kacau sekejap, kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dikisar.
  7. Kemudian, letakkan rempah kari daging. Kacau perlahan dan sebati.
  8. Letak air secukupnya. Perasakan bersama garam dan serbuk perasa.
  9. Sedia untuk dihidang.

MASAKAN AYAM SOS TIRAM

Ayam Sos Tiram Pedas Suami Puji Melambung :) - YouTube

Bahan-bahan:

  • halia (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • cili besar merah (dihiris)
  • ayam
  • sedikit air
  • sos tiram

Kaedah penyediaan:

  1. Tumis halia bersama bawang putih, bawang merah dan cili besar merah hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan ayam dan biar sekejap sehingga air ayam keluar.
  3. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Kacau dan biar mendidih
  6. Apabila kuah sudah pekat, sedia untuk dihidangkan.

MASAKAN AYAM BALADO

Tips Pasti Jadi Bikin Ayam Balado Seenak Warteg, Bumbu Rahasia Ini yang  Bikin Enak Banget - Tribunnews.com Mobile

Bahan-bahan:

  • ayam (diperap dengan kunyit dan garam)
  • garam
  • gula
  • 1/2 inci asam keping

Bahan-bahan kisar:

  •  1 biji bawang merah bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang cili merah

Kaedah penyediaan:

  1. Goreng ayam yang diperap dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan asam keping.
  4. Masukkan ayam yang digoreng bersama bawang yang dihiris.
  5. Kacau hingga bawang layu.

Kebanyakan resepi-resepi berasaskan ayam juga sangat mudah untuk dibuat. Rasa ayam yang lembut dan juga berjus sangat menepati citarasa orang Malaysia. Selamat mencuba!

Sumber:

  1. https://saji.my/resepi-ayam-berkuah/
  2. https://ontrenz.com/30-koleksi-resepi-ayam-mudah-disediakan/
  3. https://www.rasa.my/koleksi-resipi-masakan-berasaskan-ayam-mudah-sedap/
Summary
3 Resepi Masakan Ayam Yang Lazat
Article Name
3 Resepi Masakan Ayam Yang Lazat
Description
Mencari resepi masakan ayam yang mudah dan sedap? Anda berada di tempat yang betul, kerana kali ini kami akan kongsikan resepi masakan ayam untuk anda semua.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: