resepi laksa sarawak

Laksa Sarawak adalah sebuah hidangan yang berasal dari negeri Sarawak, Malaysia. Resepi laksa Sarawak yang asli pula tentunya datang dari negeri Sarawak. Laksa Sarawak juga sebenarnya terdapat dalam pelbagai variasi.

Antara variasi laksa Sarawak ialah laksa Sarawak biasa yang dihidangkan bersama udang bersaiz kecil, laksa Sarawak special yang dihidangkan bersama udang bersaiz besar, laksa ambal yang dihidangkan bersama ambal untuk menggantikan udang, dan juga laksa Sarawak segera seperti versi laksa Sarawak berjenama MAGGI.

Laksa Sarawak merupakan laksa yang lain daripada lain kerana ia dimasak menggunakan ramuan yang berbau rempah yang kuat dan menusuk hidung. Laksa tidak dimasak menggunakan ikan, malah menggunakan makanan laut seperti udang serta ayam dan taugeh. Laska Sarawak adalah gabungan di mana santan digunakan, dan juga pes asam jawa.

Untuk menambahkan lagi rasa, antara benda yang wajib ada untuk melengkapkan hidangan ini adalah sambal udang kering. Tambahan sambal udang kering ke dalam laksa Sarawak memang kombinasi rasa yang sangat sesuai.

Mari kita lihat 3 resepi laksa Sarawak yang boleh dicuba di rumah, tak perlu lah pergi ke Sarawak untuk menikmati laksa Sarawak kan.

RESEPI 1 – LAKSA SARAWAK PEDAS BEREMPAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan pes laksa:

  • Minyak masak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • 16 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 cawan bijan – goreng tanpa minyak
  • 1/2 cawan kacang tanah – goreng
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 inci lengkuas
  • 5-6 batang serai

Bahan-bahan laksa Sarawak:

  • 8 biji telur goreng dadar – dihiris halus
  • 2 bungkus bihun – siap direndam dan dicelur
  • 1 kilo udang basah
  • Isi ayam – direbus dan dicarik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 400-450 ml santan pekat
  • 400 g pes atau perencah laksa
  • 4 batang serai – diketuk
  • Taugeh – dicelur
  • Limau kasturi – belah dua
  • Sedikit daun ketumbar – dicarik

Bahan-bahan sambal udang kering:

  • Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • Sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 12 biji bawang merah (dikisar)
  • 9-10 sudu cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)

Langkah-langkah penyediaan pes laksa:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, buah keras, belacan bakar dan serai sehingga lumat.
  2. Tumbuk halus atau kisar jintan manis, jintan putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan. Kemudian campurkan dengan bahan yang dikisar tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tadi sehingga warna kelihatan keperang-perangan.
  4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Seterusnya, kacau hingga rata.
  5. Simpan di dalam berkas yang bertutup dan letakkan dalam peti ais jika ingin menyimpan pes lebih lama untuk kegunaan lain hari.

Langkah-langkah penyediaan laksa Sarawak:

  1. Panaskan air sebanyak 3 liter di dalam satu periuk. Masukkan udang yang dibersihkan bersama dengan serai dan rebus sehingga udang masak.
  2. Kemudian, toskan udang setelah masak. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang dan kacau menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan santan dan secubit garam dan gula mengikut citarasa. Biarkan seketika sehingga masak.
  4. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan hiasa seperti taugeh, telur, daun ketumbar da nisi ayam.
  5. Tuangkan kuah ke atas bihun dan hidangkan sementara masih panas.

Langkah-langkah penyediaan sambal udang kering:

  1. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Letakkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air asam jawa.
  3. Kacau sehingga pekat.

RESEPI 2 – LAKSA SARAWAK ORIGINAL

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan kuah laksa:

  • 2 Pes laksa Sarawak (pes laksa jenama Hj Manan atau Liza)
  • 4 kotak santan kecil
  • 2 kiub ayam
  • 2 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)
  • 2 Liter air (guna botol air mineral kecil – 2 sukatan)
  • Garam/perasa (jika perlu)

Bahan-bahan isi laksa Sarawak:

  • Bihun
  • Ayam (rebus & dicarik2)
  • Udang (celur sahaja)
  • Tauge (celur sahaja)
  • Telur (boleh rebus atau masak telur dadar & hiris)
  • Daun ketumbar (hiris halus)
  • Cili padi/hijau (hiris)
  • Sambal belacan (tumbuk cili padi dan belacan)
  • Limau

Langkah-langkah penyediaan kuah laksa:

  1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk
  2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari
  3. Masak hingga mendidih. Tambah garam atau perasa jika perlu.
  4. Sesudah mendidih, tutup api.
  5. Tapis kuah yang sudah siap tadi.
  6. Hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan isi kuah laksa mengikut kesukaan anda.

RESEPI 3 – LAKSA SARAWAK SIMPLE

Bahan – bahan kuah laksa:

  • 250g pes laksa (3 pek)
  • 500g udang (rebus & ambil air sahaja)
  • 500g dada ayam (rebus & ambil air sahaja)
  • 200g santan (3 kotak)

Bahan-bahan sampingan:

  • Taugeh
  • Limau kasturi
  • Telur (boleh dibuat telur dadar atau rebus, mengikut citarasa masing-masing)
  • Udang yg direbus
  • Ayam yg direbus & dicarik

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Bersihkan udang dan ayam.
  2. Apabila dah bersih, rebus udang dan ayam.
  3. Dah siap rebus, air jangan buang sebab air rebusan itulah yang menjadikan kuah laksa makin sedap. Seterusnya, masukkan pes laksa sawarak.
  4. Tunggu sehingga kuah laksa mendidih, tapiskan kuah untuk dapat kuah yang lebih halus.
  5. Kemudian, boleh panaskan lagi kuah itu dan boleh lah masukkan santan.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  7. Sementara tunggu kuah masak, boleh lah kupas udang dan carik ayam untuk persediaan hidangan.
  8. Last sekali celur bihun dan hidangkan dengan kuah laksa dan bahan sampingan.

Wah, tak sangka kan mudahnya cara membuat laksa Sarawak ni. Jadi, dengan berpandukan resepi yang disediakan, bolehlah anda nikmatinya di rumah sambil membayangkan seperti anda berada di Sarawak. Yang penting, rasanya sangat sedap. Selamat mencuba!

SUMBER

https://e-majalah2u.blogspot.com/2017/05/resepi-laksa-sarawak-original-asli.html

https://saji.my/resepi-laksa-sarawak-yang-mudah-mudah-aje/

https://cookpad.com/my/recipes/11671601-laksa-sarawak-simple

Summary
3 Resepi Laksa Sarawak Yang Sedap Dan Mudah
Article Name
3 Resepi Laksa Sarawak Yang Sedap Dan Mudah
Description
Laksa Sarawak adalah sebuah hidangan yang berasal dari negeri Sarawak, Malaysia. Resepi laksa Sarawak yang asli pula tentunya datang dari negeri Sarawak. Laksa Sarawak juga sebenarnya terdapat dalam pelbagai variasi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: