kurma telur

Kurma telur, masakan yang mudah tapi mampu membangkitkan selera. Resepinya pula tidak jauh beza dari masakan kurma lain.

Resepi ini gunakan telur sebagai bahan utama. Telur yang dikelar permukaanya untuk serap perasa dan kelihatan menarik. Menu ini sangat popular sewaktu musim perkahwinan dan sangat sesuai dimakan bersama nasi putih.

Boleh juga dihidangkan bersama nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar. Di belah utara, kurma telur adalah masakan kegemaran ramai. Budak kecil pun boleh makan okay sebab tak pedas sangat.

Jom tengok resepi kurma telur yang kami sediakan di bawah.

KURMA TELUR ORIGINAL

kurma telur original

Bahan-bahan A:

  • 6 biji telur
  • 2 & 1/2 sudu besar rempah kurma (dibancuh dengan air)
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang lobak merah
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 senduk minyak memasak
  • 1-2 biji kentang
  • 2 biji cili merah/hijau
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • 1 bawang besar (dipotong 6)
  • Daun ketumbar (pilihan)
  • Bawang goreng (pilihan)

Bahan-bahan B: rempah ditumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahanC: ditumbuk kasar

Cara penyediaan:

  1. Rebus telur sehingga masak dan kupas kulitnya.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kesemua bahan (B) dan (C) sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Tuangkan bancuhan kurma dan masak sehingga garing dan pecah minyak. Tambah sedikit air semasa proses memasak rempah untuk elak hangit.
  4. Masukkan santan cair, kentang, lobak merah dan asam gelugor. Masak sampai semua sayur tadi sudah lembut.
  5. Kemudian masukkan santan pekat, bawang besar dan tomato. Masak sampai mendidih dan pekat mengikut citarasa anda.
  6. Kalau nampak macam pekat sangat, tambah sikit air.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar untuk rasa yang lebih sedap.

Tips:

  • Cara mudah untuk kupas kulit telur ialah dengan menambah sedikit cuka masa rebus telur atau rendam telur yang baru saja direbus ke dalam air sejuk.
  • Santan kotak pun boleh juga digunapakai dalam resepi ini. Nisbahnya ialah 1:1 iaitu 1 santan kotak bersamaan dengan 1 mangkuk air.

KURMA TELUR DENGAN DAGING

kurma telur & daging

Bahan-bahan A:

  • 1/4kg daging (rebus sehingga empuk)
  • 5 biji telur yang direbus
  • 1 paket kecil rempah kurma
  • 3/4 santan kotak
  • 2 biji kentang (dipotong 4)
  • 2 biji cili hijau (dibelah 2)
  • 1 biji tomato (dibelah 2)
  • 1 biji bawang besar (dipotong 6)
  • 1 asam keping
  • Garam dan gula

Bahan-bahan B: dihiris

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan C: rempah

  • 1 inci batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan (B) dan (C) sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan kacau dengan cepat untuk elakkan hangit. Tambah sedikit air dan masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan kacau rata untuk lembutkan ia. Tuang air rebusan daging dan daging rebus tadi sebelum anda masukkan santan.
  4. Kemudiaan, boleh tambah telur dan bawang besar, masak sehingga mendidih dan pecah minyak.
  5. Masa ini boleh lah masukkan asam keping, garam, gula, tomato dan cili hijau. Perasakan apa-apa yang kurang dan tutup api.

KURMA TELUR PEDAS MUTTAI

kurma telur pecah

Bahan-bahan A: pes 1

  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1 sudu besar pes bawang putih halia
  • 1/2 cawan bawang (dihiris)
  • 1 sudu teh biji adas
  • 4 cengkih
  • 1/4 batang kayu manis

Bahan-bahan: pes 2

  • 1 tomato saiz sederhana (dipotong)

Bahan-bahan C: kari

  • 3 biji telur
  • 1 bawang saiz sederhana (dipotong)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh serbuk sambar
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • Asofoetida
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Secubit garam masala
  • 2 sudu besar daun ketumbar dihiris
  • 1 sudu besar daun pudina (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Pes 1 & 2: kisar kesemua (A) dan (B) dengan menambah 1/2 cawan kelapa dihiris, halia, pes bawang putih, 1/2 cawan hirisan bawang, biji adas, cengkih dan kayu manis di dalam pengisar sehingga halus. Tambah 1 cawan air dan pengisar. Ketepikan.
  2. Untuk bahan (B), kisar potongan tomato dengan 1/2 cawan air untuk halus. Ketepikan.
  3. Kari: panaskan 2 sudu besar minyak sehingga halus. Masukkan biji sawi dan daun kari. Jangan lupa masukkan hirisan bawang dan tumis sebentar. Beberapa helai daun pudina pun sedap juga. Sekarang, masukkan pes tomato dan tumis lagi. Masukkan bahan (A) dan kacau.
  4. Tambah serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk sambar, garam dan secubit garam masala. Campur sebati, 1 cawan air dan tutup selama 10 minit sehingga bau bahan mentah dah hilang.
  5. Anda boleh tambah air kalau suka kan kuah yang cair. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuah satu persatu. Biarkan sebentar dan tutup. Reneh selama 5-10 minit. Masa ni boleh dah kacau rata kari dan hiaskan dengan daun ketumbar.
  6. Sedap dihidang bersama capati atau idli.

Telur kurma biasanya dilihat di majlis-majlis perkahwinan kerana ia berlemak dan tidak pedas sangat yang disukai, dari kanak-kanak sampai lah orang dewasa. Saya harap resepi kalini dapat bantu hilangkan kebosanan anda dan kenyangkan perut semua orang.

Sumber:

http://www.jopreetskitchen.com/spicy-muttai-kurma/

https://resepichenom.com/resepi/telur-masak-kurma/show

https://www.aziekitchen.com/2020/03/kurma-daging-dan-telur.html

Summary
3 Resepi Kurma Telur Yang Popular
Article Name
3 Resepi Kurma Telur Yang Popular
Description
Kurma telur, masakan yang mudah tapi mampu membangkitkan selera. Resepinya pula tidak jauh beza dari masakan kurma lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: