Resepi Kuih Tiram

Kuih tiram juga dikenali sebagai lidah buaya disebabkan bentuknya yang berlapis seperti lidah, tebal tapi rangup. Kuih ini disalut oleh gula halus pada permukaannya. Tak sedap jika tak manis. Namun begitu, sesiapa yang berpenyakit berkaitan haruslah berhati-hati semasa menikmatinya, berpadalah makan kuih tiram ini khususnya semasa Hari Raya.

Resepi ini mudah untuk anda ikuti di rumah. Marilah kita cuba

Resepi Kuih Tiram Pertama

Bahan-bahan :

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan marjerin (mentega) atau minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan minyak untuk dicampur dengan tepung ubi kayu
  • 1 1/2 cawan gula yang dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus

Cara penyediaan:

  1. Marjerin dicairkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas loyang , kemudian marjerin tersebut dibancuhkan dengan tepung gandum hingga sebati.
  2. Seterusnya, air yang telah dicampur dengan garam dimasukkan ke dalam tepung yang disediakan tadi dah diuli hingga menjadi doh.
  3. Tambah sedikit air sekiranya doh anda masih keras.
  4. Apabila doh sudah sebati, ambil sedikit demi sedikit dan canai sehingga menjadi nipis seperti karipap mini. Jangan terlalu tebal kerana akan menyebabkan kuih itu tidak rangup.
  5. Kemudian,sapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur dengan minyak masak pada doh yang telah dicanai nipis tersebut sehingga rata ( pastikan tepung ubi kayu tidak terlalu pekat, tambahlah sedikit minyak masak jika terlalu pekat dan kacau sehingga cair supaya mudah untuk disapu pada doh ).
  6. Setelah siap menyapu tepung ubi kayu, gulung doh tersebut dan potong kepada ketul-ketul kecil dengan menggunakan gunting atau pisau.
  7. Satu demi satu, canaikan doh yang telah dipotong kecil sekali lagi dengan perlahan sebanyak satu kali sahaja.
  8. Goreng doh-doh kecil dengan api sederhana. Selepas siap digoreng, angkat dan sejukkan kuih-kuih tersebut.
  9. Lumurkan kuih-kuih yang telah sejuk dengan gula halus yang disediakan.

Resepi Kuih Tiram Kedua

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar margerin ( juga boleh digunakan 1 sudu)
  • Sedikit garam ( lebih kurang 1/2 sudu kecil)
  • 160ml air – tambah lagi jika tidak cukup
  • 6 sudu tepung jagung * ( anda boleh tukarkan dengan tepung beras)
  • 6 sudu minyak masak* (anda juga boleh gunakan minyak sayur)
  • Gula secukupnya sebagai taburan ( kisarkan gula sehingga hancur dengan pengisar kering )
  • nestum ( kisarkan nestum sehingga hancur dengan pengisar kering)

Cara penyediaan :

  1. Masukkan marjerin yang telah dicairkan ke dalam bekas loyang, kemudian membancuhkannya dengan tepung gandum hingga sebati.
  2. Larutkan garam di dalam air dan tuangkannya ke dalam tepung yang telah diuli hingga menjadi doh.
  3. Sekiranya doh anda masih keras, anda boleh menambah air sedikit demi sedikit.
  4. Apabila doh sudah sebati, ambil sedikit demi sedikit dan canai sehingga menjadi nipis. Elakkan terlalu tebal kerana akan menyebabkan kuih itu tidak rangup.
  5. Kemudian, campurkan tepung ubi kayu dengan minyak masak dan sapukan pada doh yang telah dicanai nipis sehingga rata (untuk memudahkan sapuan ke atas doh, tambah sedikit minyak masak dan kacau sehingga cair jika tepung ubi kayu terlalu pekat).
  6. Kemudian, gulung doh tersebut dan potong kepada ketul-ketul kecil dengan menggunakan gunting atau pisau.
  7. Canaikan doh yang telah dipotong kecil dengan perlahan sebanyak satu kali sahaja. Lakukan satu demi satu.
  8. Goreng doh-doh kecil dengan api sederhana. Selepas siap digoreng, angkat dan sejukkan kuih-kuih tersebut.
  9. Lumurkan kuih-kuih yang telah sejuk dengan gula halus dan campurkan nestum yang disediakan .

Resepi Kuih Tiram Ketiga

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 4 cawan tepung gandum
  • Air garam secukupnya
  • Sedikit minyak masak untuk gam telur

 Cara-cara penyediaan :

  1. Tepung, marjerin, telur dan air garam dimasukkan ke dalam sebuah bekas bersama-sama.
  2. Seterusnya, doh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dicanai nipis.
  3. Kemudian, tepung ubi dicampurkan dengan sedikit minyak lalu disapukan di atas adunan tadi.
  4. Setelah itu, adunan digulung dan dipotong serong. Dicanaikan nipis sekali lagi.
  5. Akhirnya, kuih itu digorengkan dengan api sederhana sehingga kelihatan kekuningan.

Tips:

Gandakan adunan ini kepada 2 jika anda hendak sediakan kuih tiram sebagai hidangan Hari Raya.

Sumber:

https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/makan-makan/resipi-kuih-tiram-rangup-sukatan-cawan-sedap-dan-mudah/

https://www.rasa.my/kuih-lidah-buaya-tiram-resip-rangup-dimakan-2/

https://resepichenom.com/resepi/kuih-tiram-rangup/show

Tagged: