resepi kuih cara

Kuih Cara merupakan kuih tradisional Malaysia yang sangat digemari oleh orang ramai. Selain rasa manis yang terdapat pada kuih itu sendiri, ia juga sangat enak, gurih lembut di lidah, sehingga amat disukai oleh kanak-kanak. Tepung gandum yang digaul dengan air dan daun pandan digunakan untuk membuat resepi kuih cara ini.

Kuih Cara sangat sesuai untuk dijadikan sebagai juadah harian. Ia juga sesuai sebagai kuih pencuci mulut,ianya juga tidak kecuali untuk dihidangkan semasa acara kenduri. Kuih cara mempunyai aroma pandan yang amat merangsang selera. Tedapat berbagai-bagai jenis, rasa dan bentuk kuih cara yang menarik.

Anda tidak perlu pergi ke bazar atau kedai tepi jalan untuk membeli kuih cara kerana ia boleh dibuat di rumah. Bagi sesiapa yang tidak boleh makan makanan manis, kadar gula boleh dikurangkan dalam adunan kuih cara ini. Langkah-langkah untuk membuatnya sangat senang dan tidak mengambil masa yang lama.

Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa segar
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • gula pasir (untuk inti)
  • Sedikit minyak masak (untuk sapu pada acuan)

Cara penyediaan :

  1. Panaskan acuan di atas dapur terlebih dahulu, sementara itu kisar dan tapis daun pandan bersama dengan santan kelapa. Selepas itu, masukkan tepung gandum, telur,pewarna dan garam dan kacau sehingga sebati. Penting untuk anda tapiskan adunan anda untuk memastikan ia tidak berketul.
  2. Setelah acuan telah dipanaskan, minyak pula disapukan padanya supaya kuih anda tidak melekat dan lebih rangup. Namun, jangan sapu terlalu banyak minyak sehingga bertakung dalam acuan.
  3. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam acuan. Gunakan bekas yang ada muncung supaya tidak comot dan mengelakkan adunan daripada melimpah keluar daripada acuan. Dengan ini, mudahlah untuk anda agak berapa banyak yang hendak diletakkan ke dalam acuan.
  4. Di tengah kuih, masukkan sedikit gula padanya dan permukaan acuan ditutup dengan tudung periuk. Dengan api perlahan, masakkan kuih sehingga ia masak.
  5. Akhirnya, ambil dan keluarkan kuih dari acuan apabila sudah cukup masak. Lekatkannya bersam-sama. Selesai!

Resepi Kuih Cara Jagung

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A, pukul dahulu
  • 1/2 cawan jagung, hiris atau masukkan lebih pun tak mengapa,
  • 3 1/4 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla, pilihan anda untuk letak ataupun tak
  • Sedikit perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara penyediaan:

  1. Jagung dikisar dahulu dengan 1 cawan santan ( jangan kisar terlalu halus), ketepikan bahan ke dalam bekas lain. Kemudian semua bahan-bahan yang lain dimasukkan ke dalam bekas dan digaul rata lalu dituang dalam pengisar halus.
  2. Kemudian tuangkan ke dalam jag sederhana, 1 cawan jagung yang dikisar tadi dicampurkan dan kacau sehingga sebati. Acuan cara dipanaskan di atas dapur gas dengan api perlahan. Minyak disapu pada acuan tersebut.
  3. Adunan dituang penuh ke dalam acuan dan dibiarkan sekejap baru adunan tersebut diletakkan sedikit gula. Kemudiannya ditutup dengan penutup periuk. Boleh diangkat dan dikeluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan di atas bekas yang sesuai apabila adunan agak-agak kelihatan naik atau sedikit kekuningan di tepi kuih.
  4. Adunan mesti dikacau terlebih dahulu di dalam jag sebelum dituangkan.
  5. Ulang langkah-langkah di atas sehingga adunan dihabiskan. Siap dan bersedia untuk menikmati.

Resepi Kuih Cara Coklat Urai

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sendok teh garam
  • 100 ml jus pandan ( kisarkan 6 helai daun pandan bersama 100 ml air kemudian tapiskan )
  • 300 ml santan
  • Pewarna hijau
  • 1 sendok makan mentega yang dicairkan
  • Nasi coklat secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tepung, jus pandan, santan, garam dan telur dimasukkan ke dalam mangkuk besar dan dikacau dengan whisk. Kemudiannya adunan ditapis supaya tidak berketul-ketul.
  2. Pewarna hijau dan mentega yang dicairkan dimasukkan ke dalam adunan tepung dan dikacau sehingga sebati.
  3. Adunan kuih cara dipanaskan dan sedikit minyak disapukan.
  4. Tuangkan adunan tepung apabila acuan sudah panas dan masukkan ½ sendok teh nasi coklat ke dalam adunan tepung tadi.
  5. Ditutup sebentar dan menunggu sehingga masak dan kelihatan kekuningan.
  6. Jika hendak menjadikan kuih cara manis, letaklah gula ke dalamnya.

Tips :

Keluarkan kuih cara dari acuan dengan berhati-hati dan sejukkannya. Setiap kali sebelum memasukkan adunan tepung ke dalam acuan,oleskan minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat pada acuan.

SUMBER:

https://www.dearnestle.com.my/recipe/kitkat-pandan-kuih

https://elmundtoeats.com/en/malaysian-savoury-pancake-bites-kuih-care-berlauk/

https://sweetsamsations.com/2011/10/24/kuih-bahulu-cara-manis/

Tagged: