Kuey teow Sup

Pernahkah anda mencuba resepi Kuey Teow Sup? Sebenarnya, ada pelbagai variasi dari kuey teow dan salah satunya adalah kuey teow sup.

Kuey teow sup lebih kepada makanan berkuah yang dihidangkan oleh masyarakat Cina. Namun, disebabkan negara kita hidup berbilang bangsa, maka resepi ini turut digemari oleh bangsa lain.

Dengan tekstur mi yang nipis, lebar dan lembut membuatkan ia enak di makan panas-panas ketika musim hujan. Ia juga boleh dihidang sebagai hidangan ringan pada waktu petang atau makan malam. Jika anda masih tercari-cari resepi kuey teow sup, rujuk sahaja 3 resepi kuey teow sup yang akan membangkitkan selera.

Resepi Kuey Teow Sup

Resepi ini adalah paling ‘basic’ dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak dan mereka yang sedang berdiet kerana tidak mempunyai lauk tambahan, hanya menggunakan stok sayuran dan sayur seperti sawi dan lobak merah.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mi kuey teow segar
  • 1 ulas halia (cincang)
  • 1 batang serai
  • 1 cawan tauge, dibersihkan
  • 2 cili merah, dihiris kasar
  • Kicap
  • Stok sayur 7 – 8 cawan
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1-4 lobak merah

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan stok sayur sehingga mendidih, kemudian masukkan serai dan bawang putih, dan biarkan ia mendidih, tutup periuk.
  2. Selepas 10 minit, masukkan lobak merah dan biarkan selama 10 minit lagi sebelum masukkan sawi ke dalam periuk.
  3. Sementara itu, rendam sepeket kuey teow dalam air panas, kemudian tos dan asingkan. Dalam mangkuk kecil, campurkan cili dengan sedikit kicap. Ketepikan.
  4. Setelah itu, jika sawi sudah mula lembut, masukkan kuey teow dan tauge. Kacau, dan angkat dari api.
  5. Hidangkan panas-panas dan jangan lupa campurkan 1-2 sudu sos yang disediakan pada awal tadi.

Resepi Kuey Teow Fishball

Jika ada di antara anda yang sukakan kelainan pada kuey teow sup, bolehlah cuba resepi kuey teow fishball versi Turki. Kenapa versi Turki? Kerana dalam resepi ini menggunakan stok ayam belanda yang sememangnya unik dan sedap!

Bahan-bahan

  • 8 cawan stok ayam belanda 8 cawan (1.9 liter)
  • 225 g Fishball
  • Garam dan lada
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 peket kuey teow segar
  • 225g tauge
  • 8 ekor daging ayam belanda yang dimasak, dicincang

Bahan Untuk Hiasan

  • 2 ikat daun bawang- dihiris halus
  • Beberapa tangkai daun ketumbar – dihiris halus)
  • Bawang goreng
  • Minyak bijan
  • 2 cili merah -dihiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan stok ayam belanda. Masukkan bebola ikan dan biarkan stok kembali mendidih.
  2. Perasakan dengan garam dan lada. Kemudian masukkan sos ikan. Kecilkan api dan biarkan sup mendidih di atas api.
  3. Seterusnya, keluarkan kuey teow dan letakkan di atas mangkuk microwave. Ketuhar gelombang mikro dihidupkan selama 5 minit. Keluarkan dari microwave dan leraikan kuey teow. Ketepikan.
  4. Setelah itu, masukkan tauge ke dalam periuk kecil yang berisi air selama 20 saat. Angkat dan tos. Ketepikan.
  5. Masukkan kuey teow ke dalam air mendidih selama 1 hingga 2 minit. Angkat dan tos. Bahagikan kuey teow dalam 4 mangkuk berbeza.
  6. Letakkan sedikit tauge dan daging ayam belanda di atas kuey teow. Kemudian, tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk
  7. Hiaskan dengan daun bawang, ketumbar, dan bawang merah goreng. Taburkan beberapa titis minyak bijan di bahagian atas.
  8. Hidangkan segera dengan cili merah potong yang direndam dalam kicap.

Resepi Kuey Teow Sup dengan Ayam

Hidangan ini adalah popular di Ipoh kerana teksturnya yang lembut. Ditambah pula dengan kerang ,ayam dan udang yang sememangnya manis. Ia sedap, menghangatkan dan menyegarkan.

Bahan-bahan

  • 1kg udang yang telah dikupas
  • 1 kilo dada ayam
  • 2 kilo Kuey Teow
  • 2 – 3 cawan tauge
  • 100 g kucai, dibasuh dan dihiris halus.
  • 6 batang daun bawang, dicincang halus
  • 3- 4 cili merah, dihiris
  • Sos Soya
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • Minyak kacang

Bahan untuk membuat sup

  • 2 ekor ayam yang disembelih
  • 18 cawan air
  • 2 sudu besar lada putih
  • 50 g gula
  • 2 sudu kecil garam, atau secukup rasa
  • 1/2 cengkerang udang

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula, lumurkan ayam dengan air panas hingga bersih. Masukkan ayam, air dan biji lada dalam periuk besar dan didihkan. Perlahankan api dan biarkan selama lebih kurang 2 jam.
  2. Panaskan kira-kira 6 sudu minyak kacang dalam kuali atau periuk atas api yang besar. Apabila minyak sudah panas, masukkan semua cengkerang udang.
  3. Tumis dan masak hingga berwarna perang keemasan, kira-kira 15 hingga 20 minit. Kemudian tapis cengkerang dan letakkan di dalam sup ayam, dan simpan minyak.
  4. Seterusnya, didihkan kuah selama kira-kira 30 minit. Kemudian masukkan udang ke dalam kuahnya. Apabila udang sudah mula masak, angkat dan ketepikan. Kemudian masukkan dada ayam dan masak selama lebih kurang 20 minit. Setelah ayam masak sepenuhnya, angkat dan potong atau cincang ayam.
  5. Letakkan sup ke dalam periuk bersih. Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
  6. Untuk dihidangkan: Didihkan periuk air hingga mendidih. Letak sedikit tauge, kucai, dan masukkan ke dalam mangkuk bersama kuey teow. Masukkan sup panas dan hiaskan dengan udang dan daging ayam. Letakkan pada bahagian teratas dengan daun bawang, bawang goreng, dan taburkan sedikit minyak bijan. Hidangkan dengan sedikit sos homemade.

Selepas ini, mudahlah anda untuk mencuba kuey teow sup dengan resepi-resepi yang kami berikan. Jika perkongsian ini membantu anda, jangan lupa kongsikan bersama dengan kawan-kawan atau keluarga tersayang. 

Sumber:

https://www.rotinrice.com/turkey-fish-ball-koay-teow-soup/

http://www.seasaltwithfood.com/2009/04/rice-noodle-with-chicken-and-prawn.html

http://veganabouttown.blogspot.com/2009/08/kuey-teow-noodle-soup.html

Summary
3 Resepi Kuey Teow Sup Yang Mudah dan Enak!
Article Name
3 Resepi Kuey Teow Sup Yang Mudah dan Enak!
Description
Pernahkah anda mencuba resepi Kuey Teow Sup? Sebenarnya, ada pelbagai variasi dari kuey teow dan salah satunya adalah kuey teow sup.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: