kuey teow goreng basah

Kuey teow goreng basah, pernahkah anda menjamahnya? Jangan tersilap order ya dengan variasi yang lagi satu, iaitu char kuey teow atau kuey teow goreng.

Jika ada yang belum mengenalinya, kuey teow adalah merupakan makanan tradisional masyarakat Cina. Walapun terdapat pelbagai variasi tetapi rata-ratanya adalah kering.

Namun begitu, oleh kerana di Malaysia kita hidup berbilang kaum, maka tercetuslah kuey teow goreng basah. Ini bermaksud, kuey teow yang dihasilkan dengan lebihan kuah yang banyak.

Selain itu, perkataan ‘char’ juga sebenarnya bermaksud “menggoreng” , jadi sekiranya anda menginginkan kuey teow goreng basah tidak perlulah menyebut “char kuey teow”.

Jangan pening kepala, tak kisah yang mana-mana sebenarnya kedua-duanya pun lazat!

Jika anda ingin mencuba masakan kuey teow goreng basah, boleh rujuk resepi di bawah.

1. Kuey Teow Goreng Basah Tomato

Resepi Kuey Teow Goreng Basah ~ Blog Farah Sanusi

Kuey teow goreng basah tomato merupakan hidangan yang menjadi makanan kegemaran orang Sarawak.

Kuey teow seakan-akan sama dengan watan hor (Hor Fun dengan kuah telur) kecuali kuahnya yang lebih berwarna merah keorenan kerana campuran tomato.

Dalam setiap hidangan kuey tiaw goreng basah tomato, kuah yang terbaik adalah apabila ia cukup mengeimbangkan dari segi rasa sama ada dari segi persembahan hidangan, kemanisan dan cukup agar kuah yang pekat dapat menyaluti kuey teow.

Bahan-bahan:

  • 1 paket kuey teow
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 dada ayam, dihiris
  • 4 ekor udang yang telah dibuang kulitnya
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 secubit stok ayam yang dicampur dengan ½ air
  • 1 sudu teh tepung jagung dicampur dengan beberapa sudu air
  • 1 1/2 sudu besar sos tomato secukupnya
  • 1 sudu teh tomato puree
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Lada putih secukup rasa
  • Air tambahan

Cara penyediaan:

1. Rendam kuey teow dan toskan.

2. Panaskan minyak dan goreng kuey teow dalam api yang besar, tambahkan kicap sehingga ia menjadi sebati.

3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dengan ayam, diikuti dengan udang.

3. Apabila udang dan ayam sudah masak, campurkan stok ayam, diikuti dengan sos tomato dan sos tiram.

4. Biarkan sehingga mendidih baru masukkan sayur sawi.

6. Pekatkan kuah dengan air tepung jagung dan biarkan selama 1-2 minit sehingga masak.

2. Kuey Teow Goreng Basah Salted Egg

Kuey Teow Goreng Resepi : Resepi Kuey Teow Goreng Udang Ni Dikongsikan  Resipinya Masakan Malaysia Pedas - Cara nak buat senang je. - ramscikah

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh kicap
  • 1 sudu besar sos caramel
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh cuka hitam
  • 1 sudu teh cuka putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh lada putih, ditumbuk halus
  •  Minyak masak
  • 4 helai daun kari
  • 5 gram cili padi
  • 0.25 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil cili ‘boh’ (pes cili kering)
  • Kek ikan, dihiris nipis atau udang
  • 1 sudu besar serbuk kuning telur masin
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1 sudu kecil bunga kantan, dicincang halus
  • 15g Arla Pro butter
  • 50g Arla Pro Whip & Cook
  • 150g kuey teow
  • 1 cawan tauge
  • 1 sudu besar bawang putih, dihiris halus

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan daun kari dan cili padi. Perasakan dengan garam.

4. Masukkan 2 sudu besar bahan-bahan yang ditumis, cili ‘boh’ dan goreng ikan bilis / udang hingga naik bau.

5. Segera masukkan serbuk kuning telur masin dengan cepat, diikuti dengan kicap, udang kering dan bunga kantan.

6. Masukkan mentega sehingga timbul buih di permukaan.

7. Kecilkan api dan masukkan Whip & Cook, kacau sehingga sebati.

8. Masukkan kuey teow, tauge dan dan daun kucai.

9. Siap untuk dimakan.

3. Kuey Teow Goreng Basah Kuah Telur

Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar - YouTube

Sama seperti kuey teow goreng basah biasa cuma kuahnya adalah daripada campuran telur. Ianya enak dan segar jika dimakan!

Bahan-bahan untuk kuey teow:

  • 200g kuey teow
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos kacang hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Segenggam tauge
  • Minyak masak

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 6 biji atau lebih udang yang telah dikupas
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar kicap
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar jagung
  • 3-4 tangkai sayur sawi
  • Tambahan hidangan laut: Sotong, kerang.
  • 1 kiub stok ayam
  • 100ml air

Cara penyediaan kuey teow:

1. Rebus kuey teow. Jangan merebusnya terlalu lama bagi mengelakkan ia menjadi terlalu lembik dan tidak sesuai untuk digoreng.

2. Tos kuey teow, kemudian tambah sedikit minyak dan gorengkannya bersama kicap manis sehingga sebati.

3. Berhenti mengacau sebentar untuk memastikan kuey teow dimasak dengan sempurna.

4. Masukkan tauge dan gaul rata dengan kuey teow.

Cara penyediaan kuah:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.

2. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan pula udang dan makanan laut lain. Gaul sehingga masak.

4. Selepas udang dan makanan laut masak, masukkan air rebusan dan stok ayam, kacau hingga stok ayam betul-betul sebati dengan kuah.

5. Bawa sos yang telah dididihkan dan masukkan sayur sawi.

6. Pekatkan kuah dengan air tepung jagung.

7. Biarkan ia mendidih sehingga semuanya dimasak dengan baik.

8. Masukkan telur dan kacau lembut untuk menjadikannya kuah telur yang lazat.

9. Siap untuk dinikmati

Anda boleh lah cuba 3 resepi kuey teow goreng basah yang kami sediakan ini. Mesti lagi sedap dari makan di kedai. Boleh lah anda pun makan dengan lebih puas kerana boleh sediakan dalam kuantiti yang banyak. Nikmati bersama-sama ahli keluarga anda yang lain. Mereka pun pasti suka! Selamat mencuba ya.

Tips:

  • Char kuey teow perlu dimasak secara berasingan untuk seorang makan barulah sedap.
  • Tambah lebih air atau kuah kuey teow goreng basah sekiranya perlu. Selamat mencuba!

Sumber:

https://worldofbuzz.com/msian-sparks-debate-over-wet-versus-dry-char-kuey-teow-on-social-media/

https://kellysiewcooks.com/2013/09/16/sarawak-special-tomato-kueh-tiaw/

https://www.arlapro.com/asia/recipes/salted-egg-wet-kuey-teow

https://alyyphantee.wordpress.com/2015/11/18/4-orders-of-kway-teow-wet-seafood-only-please/

Summary
3 Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Menggiurkan
Article Name
3 Resepi Kuey Teow Goreng Basah Yang Menggiurkan
Description
Kuey teow goreng basah, pernahkah anda menjamahnya? Jangan tersilap order ya dengan variasi yang lagi satu, iaitu char kuey teow atau kuey teow goreng.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: