kerepek bawang

Kerepek Bawang ialah salah satu makanan ringan yang digemari oleh orang ramai tidak kiralah tua atau muda. Mulut pasti tidak dapat berhenti mengunyah jika terjumpa kerepek yang sedap tersebut. Pada hakikatnya, makanan ringan ini tidak susah dibuat sekiranya anda mengetahui cara dan resipinya. Ingin mencuba ? Marilah kita lihat resipi yang dikongsi  hari ini.

1. Kerepek Bawang

Bahan-bahan Doh Tepung :

  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan serbuk udang kering (tidak diwajibkan)

Cara Penyediaan :

  1. Tepung gandum, tepung beras,garam dan marjerin disatukan dan digaul sehingga sebati serta berderai seperti serbuk roti.
  2. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. Kemudian, doh diuli sehingga menjadi bulat.

Cara penyediaan Kerepek Bawang :

  1. Doh marjerin dan doh bawang diambil. Kedua-dua doh tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian atau ikut keinginan sendiri.
  2. Doh bawang dan doh marjerin yang dipotong tadi dicanaikan secara berasingan.
  3. Kepingan doh bawang diletakkan di atas doh marjerin yang sudah dicanai tadi.
  4. Doh digulung dengan kemas. Langkah ini diulangi bagi semua doh yang ada. Seterusnya gulungan doh disimpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  5. Gulungan doh dihiris nipis-nipis. Penggunaan pisau tajam akan memudahkan proses ini.
  6. Minyak dipanaskan menggunakan api sederhana dan doh digoreng sehingga berwarna keperangan.
  7. Masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas semasa menggoreng untuk mendapatkan kerepek yang kelihatan seperti tudung saji. Sentiasa mengacau dan jangan goreng terlalu lama kerana bawang akan menjadi pahit.
  8. Kerepek diangkat dan dtoskan minyaknya. Siap untuk menikmati. Kerepek boleh disimpan di dalam bekas kedap udara supaya ia kekal rangup dalam tempoh yang panjang.

2. Kuih Bawang

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung gandum
  • 5 biji bawang merah
  • 20 gram mentega
  • 130 gram santan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 5 batang daun sup

Cara Penyediaan :

  1. Semua bahan disatukan dan digaul rata. Seterusnya uli adunan sehingga menjadi lembut.
  2. Mencanai adunan sehingga nipis dan boleh memotongnya mengikut kegemaran.
  3. Minyak dipanaskan dan adunan digoreng sehingga berwarna keemasan. Pastikan selalu mengacau rata supaya ia masak rata.
  4. Kuih diangkat dan ditoskan di atas tisu dapur. Siap untuk menikmatinya. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk.

3. Kerepek Gunting

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 tangkai cili kering *
  • 2 sudu besar udang kering/udang kepal *
  • 1/2 sudu kecil jintan manis *
  • 1/2 sudu kecil jintan putih *
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 120ml air untuk dicampur sedikit-sedikit semasa menguli
  • Sedikit daun kari untuk digunakan semasa menggoreng
  • Minyak untuk menggoreng

(* = dikisar )

Cara Penyediaan :

  1. Bahan-bahan * disatukan dan dikisar sehingga kering sehingga seperti serbuk.
  2. Semua bahan kisar dimasukkan ke dalam tepung.
  3. Garam dan minyak ditambahkan dan digaul rata.
  4. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. Adunan diuli sehingga menjadi kenyal. (Adunan akan menjadi seperti doh karipap)
  5. Doh-doh kecil dibuat supaya proses mencanai menjadi lebih mudah.
  6. Doh tadi dicanai sehingga menjadi nipis dan panjang. Tepung ditabur supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.
  7. Doh dipotong nipis dengan pisau. Anda juga boleh mengunting doh.
  8. Sedikit tepung ditaburkan supaya doh yang digunting tidak melekat.
  9. Minyak yang banyak dipanaskan dan menggoreng doh bersama dengan daun kari sehingga garing.
  10. Kerepek diangkat dan siap untuk dinikmati.  

SUMBER:

https://www.laurainthekitchen.com/recipes/bloomin-onion-chips

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/indonesian/Keripik-Bawang-Onion-Chips.html

https://www.food.com/recipe/tastee-s-onion-chips-390511

Tagged: