kerabu pucuk paku

Kerabu pucuk paku merupakan salah satu kerabu kegemaran ramai orang tanpa mengira peringkat umur kerana rasanya yang sangat unik.

Untuk makluman semua, kerabu merupakan salad versi Melayu. Sekiranya salad dibuat daripada kombinasi buah- buahan dan sayur-sayuran yang merupakan bahan utama salad, manakala kerabu pula dibuat daripada kombinasi makanan laut seperti ikan dan ulam-ulaman.

Terdapat pelbagai jenis kerabu yang ada di Malaysia seperti kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu pucuk paku dan banyak lagi. Oleh itu, disini kami akan berikan tiga resepi kerabu yang menggunakan ulam ulaman pucuk paku.

Kerabu Pucuk Paku Kampung

This image has an empty alt attribute; its file name is pucuk-kam.jpg

Kerabu pucuk paku kampung merupakan hidangan yang sering dihidangkan oleh orang tua anda jika anda balik ke kampung.

Pucuk paku merupakan ulam-ulaman yang terkenal di kampung. Oleh itu, ia sangat sedap dibuat kerabu.

Mari lihat resepi kerabu pucuk paku kampung di bawah.

Bahan-bahan:

  • 3 ikat pucuk paku
  • 1 biji kelapa
  • 3 ekor ikan rebus (apa apa ikan pun boleh)
  • 6 ulas bawang merah
  • Dua sudu kecil lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih.
  2. Sementara menunggu air mendidih, potong batang dan daun pucuk paku dan bersihkan sehingga cuci.
  3. Celur pucuk paku sehingga lembut dan bertukar warna.
  4. Sejatkan menggunakan penapis.
  5. Potong kelapa menjadi dua bahagian.
  6. Kisarkan satu bahagian dengan air masak. Satu lagi bahagian goreng tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga ia menjadi keperangan.
  7. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus di dalam lesung batu.
  8. Letakkan bahan campuran yang ditumbuk di dalam bekas.
  9. Kemudian masukkan kelapa yang telah digoreng tadi dan gaul bersama.
  10. Masukkan juga pucuk paku yang telah ditapis tadi. Pastikann air hilang sepenuhnya.
  11. Gaul rata bersama pucuk paku.
  12. Kemudian masukkan santan secukupnya.
  13. Tambahkan perahan limau nipis sedikit supaya rasanya lebih sedap.
  14. Siap untuk dihidang.

Kerabu Pucuk Paku Kelantan

Resepi Mudah Kerabu Pucuk Paku Dan Ketupat Sotong - YouTube

Perbezaan kerabu pucuk paku versi Kelantan dan versi lain adalah versi Kelantan akan dicampur dengan kerisik dan budu.

Budu merupakan penambah pembangkit selera yang baik dan menjadi kegemaran bukan sahaja anak Kelantan tapi semua masyarakat Malaysia.

Bahan–bahan:

  • 3 ikat pucuk paku
  • Kelapa parut
  • 3 ekor ikan rebus (apa apa ikan pun boleh)
  • Santan secukupnya
  • Cili padi (mengikut selera pedas anda)
  • 6 ulas bawang merah
  • Lada hitam secukupnya
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Budu secukupnya
  • Perahan limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong batang dan daun pucuk paku dan bersihkan sehingga cuci.
  2. Celur pucuk paku sehingga lembut dan sejatkan menggunakan penapis.
  3. Tumbuk bawang merah dan lada hitam di dalam lesung batu.
  4. Carikkan isi ikan rebus.
  5. Kemudian masukkan isi ikan rebus dan tumbuk bersama bawang merah dan lada hitam sehingga lumat.
  6. Letakkan bahan campuran yang ditumbuk di dalam bekas.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut, kerisik, cili padi garam dan gula secukup rasa dan gaul rata.
  8. Masukkan juga pucuk paku yang telah ditapis tadi. Pastikann air hilang sepenuhnya.
  9. Gaul rata bersama pucuk paku.
  10. Kemudian masukkan santan secukupnya.
  11. Masukkan juga budu mengikut selera anda dan gaul rata.
  12. Pastikan anda tidak letak budu terlalu banyak takut kerabu anda menjadi masin.
  13. Tambahkan perahan limau nipis sedikit supaya rasanya lebih sedap.
  14. Siap untuk dihidang.

Kerabu Pucuk Paku Versi Thai

Kerabu pucuk paku recipe - HungryGoWhere Singapore

Pasti anda tertanya Tanya apakah beza kerabu pucuk paku versi Thai dengan kerabu pucuk paku di Malaysia? Bezanya ialah kerabu versi Thai akan diletakkan sos ikan.

Sos ikan merupakan bahan yang sering digunakan oleh orang Thailand untuk membuat makanan. Mereka juga akan gunakan sos ikan untuk membuat tomyam.

Oleh kerana itu, tomyam atau apa apa sahaja hidangan mereka sangat sedap!

Lihat resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 3 ikat pucuk paku
  • Kelapa parut
  • Santan secukupnya
  • 3 ekor ikan rebus (apa apa ikan pun boleh)
  • 6 ulas bawang merah
  • Cili padi (mengikut selera pedas anda)
  • 1 sudu gula perang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perahan limau nipis
  • 1 sudu sos ikan

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih.
  2. Sementara menunggu air mendidih, potong batang dan daun pucuk paku dan bersihkan sehingga cuci.
  3. Celur pucuk paku sehingga lembut dan bertukar warna.
  4. Sejatkan menggunakan penapis.
  5. Tumbuk bawang merah dan isi ikan rebus di dalam lesung batu.
  6. Letakkan bahan campuran yang ditumbuk di dalam bekas.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut goreng dan cili padi. Gaulkan ia bersama.
  8. Masukkan juga pucuk paku yang telah ditapis tadi. Pastikann air hilang sepenuhnya.
  9. Gaul rata bersama pucuk paku.
  10. Kemudian masukkan santan secukupnya.
  11. Tambahkan sos ikan dan perahan limau nipis sedikit supaya rasanya lebih sedap.
  12. Siap untuk dihidang.

Oleh itu, di atas merupakan tiga resepi kerabu pucuk paku yang anda boleh cuba di rumah. Sekiranya anda sudah bosan dengan kerabu pucuk paku biasa, anda boleh cuba versi Kelantan dan Thai punya.

Pasti ahli keluarga anda menambah nasi! Selamat mencuba resepi yang enak ini.

Sumber

https://resepi.my/kerabu-pucuk-paku/

https://iluminasi.com/bm/resepi-kerabu-pucuk-paku-kampung.html

https://cookpad.com/uk/recipes/11894034-kerabu-pakispucuk-paku-ala-thai-fiddlehead-fern-salad-thai-style

https://www.miszrockers.com/2016/11/resepi-kerabu-paku-pakis-yang-mudah.html

Tagged: