kek red velvet

Kek red velvet amat senang untuk diingati kerana warnanya yang terang iaitu warna merah dilapisi dengan frosting cream cheese.

Ia juga merupakan kek yang unik kerana mempunyai rasa vanila tetapi juga sedikit mempunyai rasa coklat juga. Oleh kerana rasanya yang unik dan warnanya yang menarik, ia menarik perhatian ramai termasuk kanak kanak.

Kek ini sangat sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa sepanjang tahun seperti parti ulang tahun, parti perpisahan dan majlis perayaan.

Oleh itu, terdapat tiga resipi kek red velvet berbeza untuk anda!

Red Velvet Dengan Frosting Cream Cheese

This image has an empty alt attribute; its file name is red-1.jpg

Kek red velvet dengan frosting cream cheese adalah kek red velvet yang paling biasa dijumpai di mana-mana kedai kek.

Rasanya yang sangat moist telah menjadi kegemaran semua peringkat umur ditambah pula dengan rasa manis cream cheese itu. Sekali makan pasti mahu lagi!

Jom kita lihat resepi kek red velvet ini.

Bahan-bahan:

Bahan Kek:

  • 2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan mentega tanpa garam
  • 5 sudu besar serbuk koko penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3 biji telur
  • 3 cawan tepung kek
  • 2 cawan buttermilk
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 2 sudu kecil pewarna merah

Bahan cream cheese frosting:

  • 1 paket cream cheese (apa apa jenama)
  • 1 1/2 cawan mentega tanpa garam
  • 4 1/2 cawan (300 g) gula tepung
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 350 ° F (176 ° C).
  2. Untuk membuat kek, pukul gula dan mentega dalam pengadun sehingga teksturnya menjadi ringan dan gebu.
  3. Pada kelajuan rendah pengadun, tambahkan serbuk koko, garam, baking soda dan telur satu demi satu. Pastikan bahan itu dikisar sehingga sebati.
  4. Secara bergantian, masukkan tepung kek dan buttermilk.
  5. Masukkan juga ekstrak vanila dan pewarna merah. Gaul sehingga semua adunan ini sebati dan lembut.
  6. Bahagikan adunan kedalam tiga dulang dan bakar selama 25 minit atau sehingga kek masak.
  7. Apabila sudah siap dibakar, biarkan kek tersebut pada suhu bilik sehingga sejuk sedikit.
  8. Kemudian, angkat kek dari kuali dan pindahkan ke peti sejuk dan biarkan ia sejuk selama 30 minit.
  9. Sementara menunggu, masukkan semua bahan cream cheese frosting ke dalam pengadun dan kacau hingga sebati.
  10. Keluarkan kek dari peti sejuk dan susun setiap lapisan. Setiap lapisan kek dilapisi dengan cream cheese frosting.
  11. Untuk topping, letak cream cheese frosting dengan banyak. Anda juga boleh letak apa apa hiasan di atas kek red velvet anda seperti strawberry atau lain lain.

Kek Marble Red Velvet

This image has an empty alt attribute; its file name is 2-red.jpg

Jika kek red velvet dengan cream cheese mempunyai tekstur yang sangat moist dan lembut, manakala kek marble red velvet ini walaupun tidak moist tetapi ia sangat lembut.

Pasti anda risau untuk membuat pusaran itu tetapi jangan risau kerana tekniknya sangat mudah dan pasti anda akan menyukainya.

Jom lihat resepi kek red velvet yang mudah ini.

Bahan-bahan:

Bahan utama:

  • 4 cawan tepung kek
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan mentega
  • 3 cawan gula pasir
  • 1 cawan yogurt
  • 2 sudu besar ekstrak vanilla
  • 6 biji telur besar
  • 1 cawan susu

Bahan pusaran:

  • 1 cawan serbuk koko tanpa gula
  • 7 sudu susu
  • 2 sudu besar pewarna merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 350 F.
  2. Dalam mangkuk, kacau tepung kek, serbuk penaik dan garam sehingga sebati.
  3. Dalam mesin pengadun, kacau mentega, gula, dan yogurt hingga benar benar sebati.
  4. Masukkan juga ekstrak vanila dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan telur satu demi satu dan kacau sebati.
  6. Kemudian, masukkan campuran tepung ke dalam mesin pengadun dan kacau hingga sebati secara perlahan lahan.
  7. Masukkan juga susu dan kacau lagi.
  8. Dalam mangkuk yang lain, kacau adunan yang diadun tadi dengan semua bahan bahan pusaran sehingga ia sebati sepenuhnya.
  9. Kemudian, tuangkan 1 cawan adunan kosong tepung yang diadun tadi ke dalam loyang yang telah disediakan.
  10. Tuangkan satu sudu adunan pusaran di atas adunan kosong tepung di dalam Loyang tersebut.
  11. Lakukan secara berselang-seli sehingga dua dua adunan habis.
  12. Bakar kek selama 50-60 minit atau sehingga anda yakin ia sudah masak.
  13. Sejukkan kek dahulu selama 15 minit.
  14. Setelah kek sudah sejuk, terbalikkan kek dan kek red velvet anda siap untuk dihidang.

Kek Cheese Red Velvet Swirl Brownies

This image has an empty alt attribute; its file name is 3-red-1.jpg

Brownies swirl red velvet cheesecake sebenarnya merupakan kek red velvet coklat brownies yang kaya dengan rasa vanila.

Adunan brownie yang berwarna merah, diwarnai dengan pewarna makanan merah dan sentuhan cuka putih untuk menjadikan warna merah itu menonjol daripada warna serbuk koko.

Kek red velvet ini disapu dengan cantik dengan keju krim manis dan padat seperti brownies biasa.

Ked red velvet brownies ini menjadi kegilaan ramai kerana ianya merupakan brownies.

Jom lihat resepi di bawah ini.

Bahan-bahan:

Bahan utama:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan mentega tanpa garam
  • 2 cawan gula pasir
  • 3 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko tanpa gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar pewarna makanan merah cair
  • 1 sudu kecilcuka putih
  • 1 cawan tepung serba guna

Bahan pusaran kek cheese:

  • 1 paket cream cheese (apa apa jenama)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 350 ° F (177 ° C). Kemudian, sapukan mentega pada Loyang.
  2. Pukul telur bersama dan kacau.
  3. Cairkan mentega dan masukkan gula, ekstrak vanila, serbuk koko, garam, pewarna makanan, dan cuka.
  4. Pastikan anda campurkan setiap bahan tersebut ke dalam adunan mengikut urutan.
  5. Kemudian, pukul lagi sebiji telur.
  6. Masukkan tepung dan kacau hingga hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang sudah siap tetapi tinggalkan dalam 5 sudu.
  8. Selepas itu, pukul cream cheese, gula, kuning telur dan ekstrak vanila dan kacau hingga sebati.
  9. Campurkan dengan adunan pertama tadi dan buat pusaran seperti marble cake.
  10. Bakar ia selama 30 minit.
  11. Biarkan brownies kek red velvet anda sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

Oleh itu, di atas merupakan tiga resepi kek red velvet yang berlainan yang anda boleh cuba. Jika anda sudah bosan dengan red velvet cream cheese, anda boleh cuba membuat ked marble ataupun brownies.

Selamat mencuba!

Sumber

https://www.livewellbakeoften.com/the-best-red-velvet-cake/

https://rasamalaysia.com/red-velvet-cake/

https://www.ihearteating.com/red-velvet-marble-cake-recipe/

https://sallysbakingaddiction.com/red-velvet-cheesecake-swirl-brownies/

https://www.livewellbakeoften.com/the-best-red-velvet-cake/

Summary
3 Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap!
Article Name
3 Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap!
Description
Kek red velvet amat senang untuk diingati kerana warnanya yang terang iaitu warna merah dilapisi dengan frosting cream cheese.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: