resepi kek pisang kukus

Anda teringin nak makan kek pisang kukus? Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan 3 resepi kek pisang kukus untuk anda. Jom teruskan membaca artikel ini.

Kek pisang kukus adalah salah satu hidangan makanan yang digemari ramai kerana rasanya yang sangat lazat, lembut, dan juga gebu.

Selain rasanya yang lazat, ia juga sangat mudah disediakan dengan bahan-bahan yang sangat ringkas dan bahan utamanya iaitu pisang.

Kami percaya ramai penggemar kek pisang kukus sebenarnya kan? Tetapi ramai juga penggemarnya yang kurang tahu cara untuk membuatnya.

Oleh itu, 3 resepi kek pisang kukus dikongsikan untuk anda supaya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

RESEPI KEK PISANG KUKUS ORIGINAL

Bahan-bahan:

  • Telur gred B 1 biji
  • Gula pasir 1 cawan
  • Tepung gandum 1 1/2 cawan
  • Minyak masak 1 cawan
  • Pisang lenyek 1 cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu
  • Baking powder 1 sudu
  • Esen pisang 1 sudu kecil

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, blend bahan-bahan telur dan gula pasir bersama sehingga sebati. Sekiranya anda ingin rasa yang kurang manis, anda boleh mengurangkan sedikit sukatan gula.
  2. Kemudian, tepung gandum, soda bikarbonat, dan serbuk penaik perlu diayak bersama suapaya tidak ada ketulan tepung pada kek pisang.
  3. Setelah itu, masukkan minyak masak, pisang yang telah dilenyekkan, dan esen pisang ke dalam blender bersama telur dan gula yang telah dikisar tadi.
  4. Setelah selesai mengisar semua bahan tadi, pindahkannya ke bekas lain. Kemudian barulah ditambahan adunan tepung yang telah diayak tadi untuk digaul bersama sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam acuan yang sesuai. Tetapi sebelum itu, sapukan sedikit minyak ke dalam acuan supaya senang dikeluarkan setelah selesai dikukus.
  6. Panaskan pengukus, kemudian kukus selama lebih kurang 20 minit.
  7. Kek kukus pisang anda telah pun siap dan sedia dihidang untuk keluarga.

RESEPI KEK PISANG KUKUS BADAM

Bahan-bahannya:

  • Telur 4 biji
  • Gula pasir 1 cawan
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Minyak masak 1 cawan
  • Pisang lenyek 1 cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu
  • Baking powder 1 sudu
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Serbuk koko 2 sudu besar
  • Kacang badam

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tepung gandum, soda bikarbonat, dan serbuk penaik perlu diayak bersama suapaya tidak ada ketulan tepung pada kek pisang.
  2. Kemudian, blender bahan-bahan telur dan gula pasir bersama sehingga sebati. Sekiranya anda ingin rasa yang kurang manis, anda boleh mengurangkan sedikit sukatan gula.
  3. Setelah itu, masukkan minyak masak, pisang yang telah dilenyekkan, dan esen pisang ke dalam blender bersama telur dan gula yang telah dikisar tadi.
  4. Setelah selesai mengisar semua bahan tadi, pindahkannya ke bekas lain. Kemudian barulah ditambahan adunan tepung yang telah diayak tadi untuk digaul bersama sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu adunan dicampurkan serbuk koko dan yang satu lagi tidak perlu.
  6. Masukkan kedua-dua adunan ke dalam acuan yang sesuai dengan berselang seli. Tetapi sebelum itu, sapukan sedikit minyak ke dalam acuan supaya senang dikeluarkan setelah selesai dikukus.
  7. Taburkan kacang badam ke atas adunan tersebut.
  8. Panaskan pengukus, kemudian kukus selama lebih kurang 20 minit.
  9. Kek kukus pisang anda telah pun siap dan sedia dihidang untuk keluarga.

RESEPI KEK PISANG KUKUS GEBU

Bahan-bahan:

  • Pisang lenyek 4 biji
  • Telur 4 biji
  • Gula kaster 1 cawan
  • Minyak jagung 1 cawan

Bahan-bahan ayak:

  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 1 1/2 cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil

Bahan-bahan lain:

  • Esen vanila 1 sudu kecil
  • Jus limau nipis 1 sudu besar

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, siapkan adunan kek dengan memutar gula, minyak, telur, dan pisang menggunakan blender.
  2. Setelah itu campurkan bahan yang telah diblender bersama tepung yang telah diayak dan kacau sebati.
  3. Setelah sebati, masukkan esen vanilla dan jus limau kemudian gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus terlebih dahulu
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit sehingga masak.
  6. Setelah masak, anda boleh mengeluarkan kek dari pengukus dan sajikannya bersama keluarga.

Demikianlah 3 resepi kek pisang kukus yang sangat mudah dan ringkas. Selepas ini bolehlah anda menghasilkan kek pisang kukus sendiri rumah tanpa perlu membelinya di mana-mana kedai.

Kek pisang kukus yang dibuat sendiri pastinya lebih sedap kerana dibuat mengikut cita rasa masing-masing.

Sumber:

https://siraplimau.com/resepi-apam-pisang-kukus-gebu/

https://www.majalahpama.my/kek-pisang-coklat-versi-kukus-lembut-gebu-senang-guna-sukatan-cawan/

Summary
3 Resepi Kek Pisang Kukus Yang Sangat Sedap
Article Name
3 Resepi Kek Pisang Kukus Yang Sangat Sedap
Description
Anda teringin nak makan kek pisang kukus? Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan 3 resepi kek pisang kukus untuk anda. Jom teruskan membaca artikel ini.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: