kek pandan kukus

Kek pandan kukus adalah kek manis klasik di Asia Tenggara, dan ianya makanan yang unik! Lembut, gebu dan tidak terlalu manis dengan rasa pandan.

Tekstur kek pandan kukus ini ringan, gebu dan lembut seperti kapas. Mempunyai tarikan yang tersendiri kerana ia mewakili Asia Tenggara dari warna dan sejarahnya di dalam dunia masakan yang lain daripada yang lain.

Cara mengukus kek pandan ini diadaptasikan daripada Barat, dengan rasa yang hebat dan berbeza daripada bahan-bahannya.

KEK PANDAN KUKUS ORIGINAL

Bahan-bahan A:

Bahan-bahan B – diayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara penyediaan:

  1. Pukul putih telur sampai berbuih.
  2. Masukkan gula halus ke dalam putih putih yang dipukul tadi dan pukul lagi sampai kembang (adunan bertanduk).
  3. Masukkan kuning telur satu persatu kemudian esen vanila. Pukul rata lagi. Tuangkan santan, susu cair, esen pandan dan pewarna makanan hijau. Gaul rata kesemua bahan ini seketika.
  4. Kemudian, anda boleh tambah tepung yang telah diayak, sedikit demi sedikit ok. Gunakan teknik lipatan, lipat tepung sampai dia sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang sesuai, dialas dengan kertas minyak.
  6. Pastikan air mengukus dipanaskan dulu sebelum anda masukkan loyang yang berisi adunan tadi.
  7. Kukus pada api sederhana selama 45 minit atau sampai kek masak dengan sempurna.

Tips:

  • Tutup kek guna aluminum foil sebelum mula mengukus atau tutup penutup pengukus dengan tuala untuk  elakkan air kukusan menitis ke atas permukaan kek.
  • Ukuran bahan-bahan di dalam resepi ini tidak terlalu manis. Buat mereka yang sukakan manis, boleh tambah 2 ke 3 sudu besar gula halus lagi ok.

KEK PANDAN KUKUS CHEESE LELEH

kek pandan kukus cheese leleh

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur (pukul sehingga kembang dan putih)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan minyak masak (jangan tambah kuantiti)
  • Setengah penutup botol pewarna makanan hijau
  • 1 penutup besar perasa pandan (boleh diganti dengan perasa stroberi dan vanila)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu cair (jangan tambah kuantiti)
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan B – cheese leleh:

  • 250g cream cheese TATURA
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis (atau ikut tahap kemanisan anda)

Cara penyediaan:

  1. Kek pandan: pukul gula, ovalette dan telur bersama sehingga lembut dan berwarna putih.
  2. Tuangkan minyak masak, susu cair, pewarna makanan hijau dan perasa pandan. Gaul rata.
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik. Jangan terlebih gaul kat sini.
  4. Hentikan pengadun dan lipat pula bahan-bahan anda. Peringatan: jangan letak soda bikarbonat.
  5. Kukus adunan anda selama 30 minit pada api sederhana. Pastikan air mendidih sebelum mula mengukus. Tutup penutupnya dengan tuala.
  6. Cream cheese: masukkan kesemua bahan-bahan B dan gaul sebati sehingga kembang.
  7. Bila kek pandan dah siap kukus, sejukkan dulu. Untuk lapisan pula, anda mulakan daripada kek pandan dulu baru cheese. Potong tengah kek pandan, sapu dan ratakan cream cheese. Lapis balik kek yang dipotong tadi.
  8. Di bahagian atas sekali, sapukan lebihan cream cheese untuk dijadikan sebagai topping. Sagat pula keju cheddar sebagai hiasan.

HUAT KUEH KELAPA PANDAN

kek pandan kukus huat kueh

Bahan-bahan A – basah:

  • 150g gula
  • 1 biji telur besar (lebih kurang 55g)
  • 150 santan (untuk perasa koko, vanila dan kalau guna esen pandan)
  • 100g minyak masak

Bahan-bahan B – kering:

  • 1/2 sudu teh garam
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan C – perasa pandan:

  • 100g air pandan
  • 50g krim kelapa

Bahan-bahan D – perasa koko:

  • 1 sudu teh serbuk koko

Bahan-bahan E – perasa vanila (warna merah jambu):

  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 titis pewarna makanan merah

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan (B) di dalam mangkuk mengadun. Ketepikan. Didih air di dalam pengukus. Pastikan air mengukus cukup. Sediakan cawan mufin di dalam loyang mufin.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk mengadun. Tambah gula dan pukul sehingga campuran pucat dan creamy, selama 2 minit. Untuk perasa pandan menggunakan air pandan buat sendiri, tambah krim kelapa bersama dengan air pandan.
  3. Untuk perasa-perasa lain, masukkan santan. Sambung pukul untuk 2 minit lagi. Tambahkan campuran tepung sedikit demi sedikit, diselangi dengan minyak masak. Buat sampai habis tepung.
  4. Masukkan serbuk koko, esen vanila, pewarna makanan merah dan esen lain pilihan anda masa ni. Sambung gaul sampai adunan likat tapi masih boleh disapu.
  5. Skopkan adunan menggunakan sudu ke dalam cawan mufin. Guna sudip getah untuk permudahkan kerja. Masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
  6. Masukkan cawan ke loyang mufin ke dalam pengukus dan kukus pada api besar. Pastikan apinya besar okay. Kukus selama 15 minit. Jangan buka penutup sepanjang proses mengukus ya.
  7. Selepas 15 minit, boleh buka penutup dan keluarkan loyang daripada pengukus. Biarkan ia sejuk selama 1 minit dan keluarkan cawan-cawan tadi daripada loyang dan biarkan mufin sejuk di atas rak besi.

Perasa pandan sangatlah biasa di kalangan orang Malaysia dan menjadi salah satu sebab kenapa orang Malaysia suka makan makanan berperisa pandan. Ia boleh dijadikan sebagai masakan berjurih atau manisan.

Kek yang dikukus lembut ini boleh lah nak makan masa tengok Netflix bersama keluarga atau rakan-rakan.

Sumber:

https://www.foodelicacy.com/pandan-chiffon-cake

https://iluminasi.com/bm/resepi-kek-kukus-pandan-cheese-leleh.html

https://whattocooktoday.com/pandan-coconut-huat-kueh.html

https://buatoranglapo.com/2016/11/24/kek-pandan-kukus/

Tagged: