Resepi Kek Minyak

Resepi Kek Minyak memang di cari sentiasa dam sinonim dengan rasanya yang enak dan teksturnya yang gebu. Ditambah lagi dengan corak kek minyak ini yang menarik. Semestinya kek minyak ini menjadi pengubat rindu kita dengan hasil tangan ibu-ibu kita di kampung lagi-lagi kalau waktu petang kita duduk bersantai, memang sungguh menjentik memori bersama keluarga.

Pada kali ini kita nak sajikan tiga resepi mudah dan senang nak buat kek minyak ini. Selalunya masa yang di ambil untuk membuat satu set kek minyak adalah sejam dan jarang sekali melebih dua jam. Boleh lah jadi cara kita untuk mengisi masa terluang di petang hari bukan?

Apalagi, jom kita tengok satu-satu tiga koleksi kek minyak ini dalam artikel pada kali ini. Jom semua!

Resepi Kek Minyak Perisa Gabungan Coklat dan Vanilla

Bahan-bahan Utama

  • 300 gram mentega
  • 200 gram gula kastor
  • 4 biji telur saiz sederhana besar
  • 200 gram tepung naik sendiri
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • Tiga sudu besar serbuk koko
  • Dua sudu besar susu pekat

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan oven untuk prosedur preheat pada suhu 170 darjah Celcius.
  2. Guna loyang bersaiz 30 cm dan tutup permukaan loyang tersebut dengan kertas minyak.
  3. Pukul mentega, esen vanilla dan gula sehingga warnanya bertukar menjadi pucat dan teksturnya gebu.
  4. Masukkan semua bahagian tepung dan susu dalam resepi ke dalam adunan.
  5. Selesai adunan dicampurkan dengan sebati, bahagikan kepada dua bahagian dalam bekas yang berbeza.
  6. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bekas adunan tadi. Jadi sekarang kita ada dua adunan berbeza – bekas A adunan vanilla sahaja dan bekas B adunan coklat.
  7. Tuangkan satu per empat daripada adunan vanilla tadi ke dalam loyang yang dah tersedia. Ratakan sebagai lapisan pertama.
  8. Kemudian, tuangkan setengah adunan coklat ke dalam loyang dengan pergerakan berpusing (swirlling motion) supaya corak kek minyak boleh terhasil.
  9. Tuang baki adunan vanila tadi untuk menutupi lapisan sebelumnya.
  10. Tuang baki adunan coklat dengan pergerakan berpusing juga supaya ada corak kek minyak terhasil.
  11. Ratakan permukaan terakhir tadi.
  12. Masukkan ke dalam untuk dibakar selama 45 minit sehingga 50 minit.
  13. Boleh cucuk menggunakan lidi untuk memeriksa samaada semua lapisan telah dibakar dan dimasak dengan sempurna. Tiada adunan melekit yang melekat di lidi menandakan kek tadi sudah masak dengan sempurna.
  14. Selesai proses pembakaran, boleh sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk dihidang.

Resepi Kek Minyak Pink Stail Sandwich

Bahan-bahan Utama

  • 225 gram mentega
  • 225 gram gula kastor
  • 4 biji telur saiz besar
  • 4 sudu besar jem perisa raspberry
  • Beberapa titis pewarna makanan pink
  • 225 gram tepung naik sendiri
  • Satu sudu teh esen vanilla
  • Dua sudu besar gula aising
  • 200 gram coklat putih (dipotong kecil)
  • 100 ml double cream

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan oven untuk proses preheat ke suhu 180 darjah celcius.
  2. Sapu sedikit mentega ke dalam dua loyang bersaiz 18cm atau boleh guna kertas minyak.
  3. Pukul menetga, gula, tepung dan telur sehingga kembang.
  4. Bahagikan adunan tersebut ke dalam dua bekas yang berbeza.
  5. Dalam bekas yang pertama, masukkan jem dan pewarna pink. Adun sehingga sebati.
  6. Dalam bekas yang kedua, masukkan esen vanilla. Adun sehingga sebati.
  7. Tuangkan satu per empat daripada adunan vanilla tadi ke dalam loyang yang dah tersedia. Ratakan sebagai lapisan pertama.
  8. Kemudian, tuangkan setengah adunan jem ke dalam loyang dengan pergerakan berpusing (swirlling motion) supaya corak kek minyak boleh terhasil.
  9. Tuang baki adunan vanila tadi untuk menutupi lapisan sebelumnya.
  10. Tuang baki adunan jem dengan pergerakan berpusing juga supaya ada corak kek minyak terhasil.
  11. Ratakan permukaan terakhir tadi.
  12. Ulang langkah ketujuh sehingga kesebelas untuk loyang yang kedua.
  13. Masukkan ke dalam untuk dibakar selama 20 minit sehingga 25 minit.
  14. Boleh cucuk menggunakan lidi untuk memeriksa samaada semua lapisan telah dibakar dan dimasak dengan sempurna. Tiada adunan melekit yang melekat di lidi menandakan kek tadi sudah masak dengan sempurna.
  15. Sementara menunggu kek dimasak, cairkan kepingan coklat putih tadi menggunakan teknik double boil.
  16. Cairkan dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan coklat beku sepenuhnya.
  17. Apabila kek sudah siap, keluarkan dari loyang.
  18. Letakkan kek yang pertama di atas bekas yang baru dan sapu cairan coklat putih di atasnya.
  19. Kemudian tekapkan kek yang kedua di atas lapisan tersebut (sama seperti konsep membuat sandwich)
  20. Sejukkan kek dan sedia untuk dihidang!

Resepi Kek Minyak Tanpa Telur

Bahan-bahan utama

  • Tepung serbaguna – 2 cawan + dua sudu besar
  • Dua sudu kecil serbuk baking powder
  • Setengah sudu kecil serbuk baking soda
  • Setengah sudu garam
  • Gula halus – Satu dan satu per tiga cawan
  • Empat sudu besar serbuk koko
  • Minyak masak – Setengah cawan
  • Yougurt – satu cawan
  • Susu pekat – satu per empat cawan
  • Ekstrak vanilla – satu sudu kecil

Cara-cara membuatnya

  1. Panasakan oven untuk proses preheat pada suhu 180 darjah Celcius. Minyakkan loyang kek bersaiz 7 inci atau 8 inci. Boleh guna juga kertas minyak.
  2. Campurkan kesemua bahan (kecuali ekstrak vanilla, serbuk koko dan dua sudu besar tepung) dan adunkan sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan yang dah sebati ke dua bekas yang berbeza.
  4. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bekas adunan tadi dan ektsrak vanilla ke bekas yang lain. Jadi sekarang kita ada dua adunan berbeza – bekas A adunan vanilla sahaja dan bekas B adunan coklat.
  5. Tuangkan satu per empat daripada adunan vanilla tadi ke dalam loyang yang dah tersedia. Ratakan sebagai lapisan pertama.
  6. Kemudian, tuangkan setengah adunan coklat ke dalam loyang dengan pergerakan berpusing (swirlling motion) supaya corak kek minyak boleh terhasil.
  7. Tuang baki adunan vanila tadi untuk menutupi lapisan sebelumnya.
  8. Tuang baki adunan coklat dengan pergerakan berpusing juga supaya ada corak kek minyak terhasil.
  9. Ratakan permukaan terakhir tadi.
  10. Masukkan ke dalam untuk dibakar selama 35 minit sehingga 45 minit.
  11. Boleh cucuk menggunakan lidi untuk memeriksa samaada semua lapisan telah dibakar dan dimasak dengan sempurna. Tiada adunan melekit yang melekat di lidi menandakan kek tadi sudah masak dengan sempurna.
  12. Selesai proses pembakaran, boleh sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk dihidang.

Mudah bukan? Selamat mencuba semua!

SUMBER

https://www.greatbritishchefs.com/recipes/marble-cake-recipe

https://www.bbcgoodfoodme.com/recipes/pink-marble-sandwich-cake

https://simplyvegetarian777.com/eggless-marble-cake-recipe

https://bidadari.my/resepi-kek-minyak-cantik-dan-menawan/

https://www.freepik.com/free-photo/chocolate-coffee-vanilla-gluten-free-marble-cake-homemade-pound-cake_6432291.htm

https://www.freepik.com/premium-photo/sliced-marble-cake-homemade-striped-cake_11582962.htm

https://www.freepik.com/premium-photo/honey-cut-gray-background-cut-out-piece_8493282.htm#page=1&query=marble%20layer%20cake&position=32

https://www.freepik.com/premium-photo/marble-cake-homemade-sponge-cake_10949821.htm#query=marble%20cake&position=22

Summary
3 Resepi Kek Minyak Yang Sedap
Article Name
3 Resepi Kek Minyak Yang Sedap
Description
Resepi Kek Minyak memang di cari sentiasa dam sinonim dengan rasanya yang enak dan teksturnya yang gebu. Ditambah lagi dengan corak kek minyak ini yang menarik. Semestinya kek minyak ini menjadi pngubat rindu kita dengan hasil tangan ibu-ibu kita di kampung lagi-lagi kalau waktu petang kita duduk bersantai, memang sungguh menjentik memori bersama keluarga.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: