resepi kek batik lembut

Siapa yang tidak suka kek, terutamanya kek coklat atau kek batik? Bagi bukan penggemar kek coklat, anda boleh mencuba resepi kek batik lembut kerana ia tidak seperti kek coklat yang lain. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan tidak perlu dibakar.

Kek batik di Malaysia sebenarnya adalah pencuci mulut yang dibuat oleh biskut Marie dan juga serbuk coklat. Serbuk coklat yang biasanya digunakan adalah serbuk minuman malt coklat Milo.

Proses membuat kek batik bukan saja sangat mudah, tetapi juga tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk disediakan. Kek batik hanya memerlukan masa sekitar 20 minit untuk disediakan dengan hanya sedikit bahan sahaja. Anda juga boleh membuatnya bersama anak-anak anda di rumah.

Tanpa perlu tunggu lagi, mari kita lihat variasi resepi kek batik yang pastinya lembut seperti di bawah.

RESEPI 1 – KEK BATIK COKLAT

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 3/4 cawan serbuk coklat
  • 2/3 cawan mentega
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 250 – 300 gram biskut Marie

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Hancurkan biskut menjadi kepingan kecil.
  2. Sediakan loyang kek dan sapu minyak masak atau mentega pada loyang. Anda juga boleh lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya mudah dikeluarkan apabila sejuk nanti.
  3. Cairkan mentega pada api sederhana dalam kuali atau periuk.
  4. Campurkan susu pekat dan serbuk coklat. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan telur dan kacau terus pada api sederhana hingga larutan menjadi pekat.
  6. Setelah pekat, masukkan ekstrak vanila. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan biskut hancur ke dalam kuali atau periuk dan kacau perlahan.
  8. Tuangkan ke dalam loyang kek dan ratakan bahagian atas.
  9. Biarkan kek sejuk selama satu jam kemudian tutup dan sejukkan semalaman.
  10. Setelah kek disejukkan, bolehlah potong dan nikmatinya.

RESEPI 2 – KEK BATIK INDULGENCE

Bahan-bahan lapisan kek batik:

  • 540g biskut Marie
  • 250g mentega tanpa garam
  • 200g susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan susu penuh krim
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan krim keju:

  • 250g krim keju
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 200ml whipping krim

Bahan-bahan lapisan coklat ganache:

  • 300g dark coklat
  • 250g whipping krim
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila

Langkah-langkah penyediaan lapisan kek batik:

  1. Hancurkan biskut Marie 540g menjadi kepingan kecil.
  2. Campurkan mentega tanpa garam, susu pekat manis, serbuk milo, serbuk koko, susu penuh krim, garam dan esen vanila ke dalam periuk dengan api kecil. Biarkan cair dan teruskan kacau.
  3. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan.
  4. Masukkan biskut Marie yang telah dihancurkan ke dalam periuk dan gaul rata untuk memastikan biskut dilapisi campuran bahan-bahan tadi.
  5. Kemudian,masukkan ke dalam loyang. Pastikan ia ditekan dengan rapat.
  6. Sejukkan selama 15 minit.

Langkah-langkah penyediaan krim keju:

  1. Dalam mangkuk kecil, campurkan 3/4 sudu besar serbuk gelatin dengan 3 sudu besar air panas.
  2. Dalam mangkuk, satukan krim keju, gula kastor, susu pekat manis, esen vanila, campuran gelatin dan gaul rata.
  3. Dengan menggunakan whisk, kacau whipping krim hingga campuran pekat sedikit. Kemudian, campurkan whipping cream ke dalam tadi.
  4. Tuangkan campuran ke lapisan batik dan biarkan sejuk selama 30 minit.

Langkah-langkah penyediaan lapisan coklat ganache:

  1. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan dark coklat dan whipping krim.
  2. Kemudian, masukkan mentega dan esen vanila. Gaul hingga coklat menjadi cair dan berkilat.
  3. Tuangkan campuran coklat ke lapisan krim keju untuk membentuk lapisan ganache teratas. Dengan menggunakan pisau, tolak gelembung di permukaan lapisan ganache untuk memastikan tidak ada gelembung udara.
  4. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik.

RESEPI 3 – KEK BATIK MILO

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kepingan mentega tanpa garam (250 g), pada suhu bilik
  • 150 g milo
  • 1 paket biskut marie (rasa asli; 298g) – pecah menjadi beberapa bahagian
  • 1 tin susu pekat (392 g)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Dalam periuk, cairkan mentega, kemudian masukkan Milo dan susu pekat. Kacau dengan api kecil hingga sebati.
  2. Tambahkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan pastikan setiap keping biskut dilapisi dalam campuran tadi dengan sekata.
  3. Pindahkan adunan ke loyang
  4. Tuangkan campuran ke dalam loyang, pastikan ia ditekan dengan rapat. Kemaskan adunan di segenap ruang loyang.
  5. Letakkan dalam peti ais dan sejukkan selama semalaman atau selama beberapa jam sebelum dipotong.

Resepi kek batik yang dikongsikan di atas semuanya sangat lembut tau. Bolehlah dihidangkan sebagai pencuci mulut ataupun dihidangkan untuk minum petang bersama dengan teh. Pasti rasa manis dan lembut kek batik akan membuatkan anda kecur air liur. Selamat mencuba!

TIPS:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik.
  • Gunakan 1 buku butter jenama Buttercup.
  • Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich.
  • Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

SUMBER

https://www.happyfresh.my/blog/recipe/best-resipi-kek-batik-malaysia/

https://klfoodie.com/batik-indulgence-cake-no-bake-recipe/

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/asian-desserts/milo-batik.html

Summary
3 Resepi Kek Batik Lembut Yang Anda Boleh Cuba Dirumah
Article Name
3 Resepi Kek Batik Lembut Yang Anda Boleh Cuba Dirumah
Description
Siapa yang tidak suka kek, terutamanya kek coklat atau kek batik? Bagi bukan penggemar kek coklat, anda boleh mencuba resepi kek batik lembut kerana ia tidak seperti kek coklat yang lain. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan tidak perlu dibakar.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: