resepi kambing bakar

Resepi Kambing Bakar memang ramai yang cari dari dulu lagi. Sedar tak sedar, ramai sahaja di sekeliling kita ini yang penggemar daging kambing. Rasanya yang eksotik, berlemak serta menggiurkan selera ini sememangnya sangat disukai ramai. Tak kurang juga yang lebih gemar dan suka memilih daging kambing kerana khasiatnya dan lemaknya yang dikatakan lebih rendah berbanding dengan pelbagai jenis daging merah yang lain.

Pada kali ini, kita nak kongsikan resepi kambing bakar yang digemari oleh pelbagai golongan lapisan masyarakat. Kalau dulu, jarang kitra nak makan kambing bakarm selalunya sewaktu keramaian atau kenduri sahaja. Tetapi apa kata kita buat sendiri untuk santapan insan tersayang keluarga kita di rumah.

Apa lagi, jom kita tengok tiga resepi kambing bakar yang tak dinafikan lagi sangat digemari orang ramai di sekeliling kita! Selamat menjamu selera!

Resepi Kambing Bakar Stail Eropah Bersama Bawang Putih dan Daun Rosemary

Bahan-bahan utama

  • Bahagian rusuk kambing – Resepi untuk 1 kilogram rusuk kambing
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Daun rosemary segar yang dicincang halus– 1 sudu teh
  • Garam bukit / garam kosher – Satu suku sudu teh
  • Lada hitam kisar – Setengah sudu teh
  • Hirisan halus buah lemon (lemon zest)
  • Minyak zaitun – suku cawan

Cara Penyediaan

  1. Campurkan bawang putih, garam, lada hitam, leomn zest dan minyak zaitun dalam satu bekas yang sama.
  2. Tuangkan perlahan-lahan keatas daging rusuk kambing yang sudah dibersihkan. Jangan lupa untuk terbalikkan daging rusuk kambing tersebut supaya kedua-dua bahagian terkena bahan marinade kita tadi.
  3. Tutup dengan kain bersih atau plastik dan marinade di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam. Untuk rasa yang lagi sedap, tinggalkan semalaman.
  4. Panggang rusuk daging yang dah di marinade dengan biasa selama tujuh sehingga 10 minit.
  5. Selesai proses pemanggangan, sejukkan rusuk daging kambing panggang di atas tray yang telah dibalut dengan kertas aluminium selama lima minit.
  6. Sedia untuk dihidang!

Resepi Kambing Bakar Stail Restoran Terkemuka

Bahan-bahan utama

  • 2.5 kilogram daging kambing yang tidak bertulang (digalakkan untuk menggunakan daging bahagian kaki)
  • Suku cawan jus segar buah lemon
  • Tiga sudu besar oregano kering
  • Dua sudu besar serbuk jintan putih
  • Satu sudu besar garam kasar
  • Dua cawan jus buah oren
  • Tiga ulas bawang putih
  • Suku cawan minyak zaitun
  • Dua bawang holland, dihiris halus
  • Satu sudu teh serbuk lada merah yang ditumbuk
  • Minyak masak di dalam botol spray

Cara penyediaan

  1. Masukkan daging kambing yang dah dibersihkan ke dalam beg plastik zip-lock yang baru dan bersih.
  2. Tambahkan semua jenis jus, oregano, serbuk jinta putih dan garam serta sapu rata di semua permukaan daging kambing.
  3. Masukkan bag plastik yang berisi daging kambing dan bahan marinade ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
  4. Sediakan juga jus oren, bawang putih, minyak zaitun dan bawang holland.
  5. Kisar semua bahan-bahan ini bersama dan marinade juga selama semalaman did alam bekas bertutup dalam peti sejuk.
  6. Keesokan harinya, sediakan dua sudu beasar jintan putih, satu sudu kecil garam dan serbuk lada merah di dalam piring yang sama. Gaul dengan rata.
  7. Sediakan tempat memangang dan keluarkan semua bahan marinade bersama daging selama 40 minit sebelum proses memanggang.
  8. Semasa memanggang, spray minyak di tempat memanggang dan daging secara berkala.
  9. Panggang di atas api selama sejam setengah.
  10. Secara berkala juga, sapu permukaan daging kambing panggang dengan campuran marinade yang kita letakkan di perti sejuk semalam.
  11. Apabila daging sudah masak, sejukkan di atas kertas aluminum selama 15 minit.
  12. Potong daging secara hirisan nipis dan taburkan campuran jintan putih tadi.
  13. Sedia untuk dihidang!

Resepi Kambing Bakar Cara Korea – Mudah dan Senang Saja!

Bahan-bahan utama

  • 4 rusuk daging kambing
  • Sos miso
  • Biji bijan
  • Sos sriracha

Cara penyediaan

  1. Bersihkan daging rusuk kambing
  2. Sapu permukaan daging rusuk kambing dengan sos miso. Pastikan semua permukaan terkena dan disapu dengan rata.
  3. Panggang seperti biasa sehingga daging kambing masak.
  4. Hdidang  bersama nasi dan sos sriracha. Selamat menjamu selera!

Jadi bagaimana semua?

Ada pelbagao carakan nak buat daging kambing bakar? Resepi kambing bakar ini kami kumpul dari pelbagai laman web seluruh dunia tau. Kalau teringin nak mencuba sesuatu yang baru atau merasai resepi kambing bakar yang lain dari yang lain. Cubalah resepi kambing bakar ini. Selamat menjamu selera!

SUMBER

https://www.delishdlites.com/recipe-index/gluten-free-recipes/perfect-grilled-lamb-loin-chops-recipe

https://www.myrecipes.com/recipe/grilled-lamb-0

https://foodnetwork.co.uk/recipes/korean-lamb-chops

https://www.freepik.com/free-photo/assorted-meat-kebab-with-onions-herbs-grilled-vegetables_7219984.htm#page=1&query=grilled%20lamb&position=0

https://www.freepik.com/free-photo/grilled-lamb-leg-with-vegetables-side-view_8275395.htm#page=1&query=lamb%20leg&position=3

https://www.freepik.com/premium-photo/beef-steak-is-cooked-fire-beef-rib-bbq_4505339.htm#page=1&query=lamb%20grilled&position=7

https://www.freepik.com/premium-photo/roast-grilled-beef-ribs-with-sesame-seeds_14323030.htm#page=1&query=sesame%20seed%20lamb&position=1

https://bidadari.my/koleksi-resepi-kambing/

Summary
3 Resepi Kambing Bakar Disukai Ramai
Article Name
3 Resepi Kambing Bakar Disukai Ramai
Description
Resepi Kambing Bakar memang ramai yang cari dari dulu lagi. Sedar tak sedar, ramai sahaja di sekeliling kita ini yang penggemar daging kambing. Rasanya yang eksotik, berlemak serta menggiurkan selera ini sememangnya sangat disukai ramai. Tak kurang juga yang lebih gemar dan suka memilih daging kambing kerana khasiatnya dan lemaknya yang dikatakan lebih rendah berbanding dengan pelbagai jenis daging merah yang lain.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: