ikan tiga rasa

Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia. Ikan tiga rasa kalau dimakan panas-panas, boleh bertambah-tambah nasi. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih-lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah.

Jadi tunggu apa lagi? Jom tengok resepi di bawah ini.

RESEPI 1 – IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
  • 2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 6 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi (dihiris)
  • sos cili secukupnya
  • sos plum @ sos tomato
  • sedikit sos ikan
  • 2 sb sos tiram
  • 5-6 sb sos cili thai
  • sedikit bancuhan tepung jagung
  • hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Tambahkan garam dan gula jika perlu.
  3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
  4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan.

RESEPI 2 – IKAN TALAPIA MERAH MASAK TIGA RASA

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan tilapia (basuh dengan asam limau, perap dan bersihkan)
  • Sedikit tepung jagung, garam dan serbuk kunyit (gaul ikan)
  • 8 ulas cili padi – potong halus
  • 1 biji lada benggala merah – dadu
  • 2 labu bawang besar – hiris dadu
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 4 cm halia – hiris halus
  • 1/2 cawan sos cili
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula sedikit air

Untuk hiasan :

  • daun bawang
  • buah tomato (belah 6)

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah digaul garam dan serbuk kunyit serta disalut tepung hingga kuning keemasan.
  2. Angkat dalam pinggan yang sesuai dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 6 sudu besar dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili.
  4. Kemudian masukkan semua bahan sos dan sedikit air. Masukkan lada benggala, gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih.
  5. Tutup api, masukkan tomato dan gaul sebentar dan tuang ke atas ikan tadi dan hias dengan daun bawang.

RESEPI 3 – IKAN JENAHAK MASAK TIGA RASA

Bahan A :

  • 8 keping ikan Jenahak
  • 2 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)

Bahan hiris B (Untuk Tumis) :

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Bahan C (Untuk Sos) :

  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan D (Sebagai Hiasan) :

  • 1 pokok daun bawang
  • 1/2 batang karot
  • 1/2 biji timun
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato – belah 6
  • Nenas – potong kecil

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis dan tumis bahan2 yang telah dihiris hingga kekuning kuningan.
  3. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  4. Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
  5. Siap !

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Sesuai untuk dijadikan menu hidangan tengah hari ataupun makan malam. Selamat mencuba!

SUMBER:

http://thaicookingschool.org/thai-sea-food-classes/fish-three-flavours/

https://www.rasa.my/resipi-bawal-tiga-rasa-yang-confirm-menyelerakan/

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2008/05/tilapia-merah-masak-3-rasa.html

https://www.aziekitchen.com/2012/06/ikan-jenahak-masak-tiga-rasa.html

Summary
3 Resepi Ikan Tiga Rasa Yang Menyelerakan
Article Name
3 Resepi Ikan Tiga Rasa Yang Menyelerakan
Description
Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia. Ikan tiga rasa kalau dimakan panas-panas, boleh bertambah-tambah nasi. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: