resepi ikan talapia

Harungi kehidupan yang sibuk, tetapi ingin sediakan makanan yang segar dan lazat dalam waktu yang singkat? Nah, kamu pasti suka resepi yang akan saya kongsikan di sini iaitu Resepi Ikan Talapia Bakar bersalut mentega bawang putih.

Ikan talapia diperap bersama dengan serbuk paprika, serbuk bawang putih diramas. Kemudian isi ikan disalut dengan air perahan lemon dan mentega yang sudah di cairkan. Semudah ini sahaja bahan-bahan yang di perlukan  tetapi mampu memberikan kenikmatan yang luar biasa. Hanya siap di dalam waktu 20 minit sahaja.

Resepi ikan talapia bakar bersalut mentega bawang putih

Bahan-bahan:

  • 4 keping fillet ikan talapia
  • Garam dan Lada secukup rasa
  • Daun kisar thime
  • Daun kisar oregano
  • Serbuk paprika
  • 4 sudu Mentega cair
  • Seketul besar bawang putih yang di potong ataupun di tumbuk halus.
  • 2 sudu perahan jus lemon
  • 1/4 sudu parutan kulit lemon

Untuk perhiasan:

  • Hirisan lemon
  • Serbuk cili merah
  • Hirisan daun parsley secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris dan cuci fillet ikan tilapia. Kemudian, taburkan fillet ikan dengan garam, serbuk lada sulah, serbuk paprika, daun thime dan daun oregano. Perapkan fillet ikan yang sudah di rempah di talam ketuhar bersaiz 9×3.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, adunkan semua bahan mentega cair, bawang putih, jus lemon dan hirisan kulit lemon. Selepas itu, tuang dan salutkan adunan tersebut ke atas fillet ikan di talam ketuhar yang telah di sediakan.
  3. Bakarkan fillet ikan yang sudah di rempah dan di adun di ketuhar selama 10 ke 12 minit atau sehingga isi ikan keilhatan seperti serpihan.
  4. Kemudian, terus hidangkan dengan hiasan serbuk cili merah , daun parsley dan hirisan lemon. Selamat menjamu selera.

Resepi Ikan Talapia Kukus

Hanya menggunakan bahan yang mudah tetapi memerlukan jumlah ulasan halia dan bawang merah yang banyak untuk rempahan dan ramasan isi ikan, boleh menaikkan aroma dan menyedapkan lagi masakan Ikan Talipia Kukus. Hanya perlukan 20 minit sahaja.

Ringkasan :

  • Waktu penyediaan – 5 minit ,
  • Waktu memasak – 20 minit,
  • Waktu keseluruhan – 25 minit,
  • Hidangan – Makanan Utama
  • Jenis Hidangan – Masakan Asia atau China
  • Jumlah Hidangan – 2 orang

Bahan-Bahan:

  • Seekor ikan Talapia – 400 gram berat , ikan yang sudah di siang & di cuci
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 2 batang daun bawang
  • 1 ketul halia – di hiris halus-halus
  • 1/4 potongan bawang merah di hiris halus-halus
  • 2 biji cili padi – di hiris halus-halus

Cara memasak :

  1. Isikan air bersih ke dalam periuk kukus sehigga 2 inci daripada kepala periuk. Kemudian panaskan air kukusan
  2. Lapkan luaran kedua belah ikan talipia dengan kertas tisu.
  3. Ramaskan garam dan lada di seluruh isi termasuklah di bahagian mulut ikan talipia
  4. Ikatkan batang daun bawang
  5. Sumbatkan ikatan batang daun bawang dan hirisan halia ke dalam badan isi ikan talipia
  6. baringkan ikan talipia yang sudah di rempah dan di ramas ke dalam mangkuk kukus
  7. Sekiranya air kukusan sudah mulai mengeladak.

Resepi Ikan Talapia Ketiga

Bahan:

  • Tepung serba guna
  • 1 sudu Serbuk bawang putih
  • 1 sudu Serbuk bawang kuning
  • 1 sudu Serbuk cili
  • 1/2 sudu Serbuk kunyit
  • 4 keping Filet ikan talapia
  • Secubit Garam
  • Lada hitam
  • 2 sudu Minyak sayur

Cara penyediaan:

  1. Pukul semua bahan dan gaul sebati.
  2. Sapukan garam dan lada hitam pada filet ikan dan celup dengan campuran bahan tepung tadi. Selepas itu, letakkan di atas baking sheet.
  3. Filet dimasak selama 3 ke 4 minit sehingga kekuningan dengan menggunakan kuali non-stick.

Ha, sekarang anda sudah dapat 3 resepi masakan ikan talapia yang ringkas dan mudah. Jadi selepas ni bolehlah terus ke dapur untuk memasak. Selamat mencuba!

SUMBER:

https://diethood.com/garlic-butter-oven-baked-tilapia/

https://www.delish.com/cooking/recipe-ideas/a25137966/pan-fried-tilapia-recipe/

https://devour.asia/steamed-whole-tilapia/

Summary
3 Resepi Ikan Talapia Yang Anda Boleh Cuba Dirumah
Article Name
3 Resepi Ikan Talapia Yang Anda Boleh Cuba Dirumah
Description
Harungi kehidupan yang sibuk , tetapi ingin sediakan makanan yang segar dan lazat dalam waktu yang singkat ? Nah , kamu pasti suka resepi yang akan saya kongsikan di sini iaitu Resepi Ikan Talapia Bakar bersalut mentega bawang putih. Di rempahkan bersama dengan serbuk paprika , serbuk bawang putih diramas dan disalut isi ikan dengan air perahan limau kuning / lemon dan mestega yang sudah di cairkan, semudah ini sahaja bahan-bahan yang di perlukan tetapi mampu memberikan kenikmatan yang luar biasa. HANYA SIAP DI DALAM WAKTU 20 MINIT SAHAJA.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: