ikan percik

Resepi ikan percik yang sedap adalah cara anda membakar ikan itu sendiri. Kebanyakan orang akan menggunakan ikan kembung atau ikan selar untuk membuat ikan percik.

Namun, terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat ikan percik. Ianya bergantung kepada selera masing-masing. Di sini saya ingin berkongsi 3 resepi mudah dan cepat yang pasti rasanya sangat sedap.

RESEPI 1 – IKAN PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan :

  • 3 ekor ikan kembung/mata besar- lumurkan dan perap dengan kunyit, halia, bawang putih dan garam yang ditumbuk lumat dan bakar ikan hingga masak.
  • 1/2 biji kelapa parut ambil santan pekat (saya guna 1 biji kelapa untuk kuah lebih)
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 inci halia
  • 2 biji cili kering
  • 1 keping asam keping
  • Gula Garam

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Blend semua bahan kecuali asam keping.
  2. Masukkan dalam santan.
  3. Masukkan asam, garam dan gula.
  4. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.
  5. Bila ikan sedang dibakar, sapukan sedikit kuah percik- macam kita bakar satay.
  6. Bila siap bakar, letak ikan atas pinggan hidang dan tuangkan baki kuah.
  7. Siap!! Sedia untuk dimakan.

RESEPI 2: IKAN PERCIK UTARA

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembung – dicuci bersih
  • 6-8 biji cili kering -dikisar (kalau nak pedas letak lebih)
  • 4 biji bawang merah – dikisar
  • 2 biji bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 1 batang serai – dipotong2 dan dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup – dikisar
  • 1/2 biji buah keras – direndam dan dikisar
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 1/2 cawan santan 
  • Garam dan gula secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Perap ikan kembung dengan bahan – bahan kisar selama 30 minit.
  2. Kemudian letakkan ikan atas aluminium dan bakar dalam oven hingga garing atau bakar atas bara api lebih sedap.
  3. Lebihan bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga harum dan masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga kuah hampir pekat dan tuang atas ikan yang dibakar tadi.

RESEPI 3 – IKAN PERCIK TANPA SANTAN

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan selar
  • 4 ulas bawang merah – dikisar
  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia- dikisar
  • 1 batang serai – dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Asam keping
  • Sedikit air

Langkah-langkah penyediaan :

  1. Masukkan bahan kisar dan asam keping bersama air.
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Rasakan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam.
  4. Sementara itu, bakar ikan sehingga 3/4 masak.
  5. Bila 3/4 masak, lumurkan kuah semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ikan.
  6. Bila dah masak, hidang dengan baki kuah.

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Sesuai untuk dijadikan menu hidangan tengah hari. Selamat mencuba!

SUMBER:

http://www.cikwankitchen.com/2020/11/ikan-percik-kelantan.html

https://mas-dapurmas.blogspot.com/2010/06/ikan-percik-utara.html

https://sawanila.com/v10/2012/12/ikan-percik-tanpa-santan/

Summary
3 Resepi ikan percik yang Sedap Dan Lazat
Article Name
3 Resepi ikan percik yang Sedap Dan Lazat
Description
Resepi ikan percik yang sedap adalah cara anda membakar ikan dan kuah percik itu sendiri. Kebanyakan orang akan menggunakan ikan kembung atau ikan selar untuk membuat ikan percik.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: