gulai daging

Anda rindu makan gulai daging di kenduri kahwin? Yelah kan sekarang musim pandemik Covid-19 dan kenduri kahwin tidak boleh dijalankan.

Jadi mestilah kita rindu mahu makan lauk kenduri terutama sekali nasi minyak dan gulai daging.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan tiga resepi gulai daging yang anda boleh cuba sendiri di rumah anda!

Apa lagi, marilah kita lihat resepi-resepinya.

RESEPI GULAI DAGING UTARA

This image has an empty alt attribute; its file name is utara.jpeg

Resepi pertama ini ialah gulai daging utara yang jarang mengecewakan rasanya. Oleh itu, ayuh kita lihat resepi ini.

Resepi ini sesuai untuk dihidangkan untuk 12 orang makan.

Bahan A:

  • 2 kg daging
  • 2 mangkuk rebung
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk minyak masak
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan susu cair
  • Gula melaka
  • Garam secukupnya
  • 3 helai daun kari

Bahan B:

Bahan C:

  • 2 batang kayu manis
  • 6 kuntum bunga lawang
  • 4 batang cengkih
  • 12 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan D:

  • 1 bungkus rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging sehingga ia benar-benar masak.
  2. Sementara menunggu daging masak, panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk.
  3. Kemudian, kisar semua bahan B.
  4. Selepas itu, tumis bahan yang telah dikisar bersama Bahan C dan daun kari. Pastikan ia ditumis sehingga naik bau.
  5. Gaulkan bahan D dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk.
  6. Kacau sehingga rempah pecah minyak.
  7. Apabila daging sudah siap dimasak, masukkan ia bersama air rebusan sekali.
  8. Kemudian masukkan rebung yang sudah direbus juga ke dalam periuk bersama kerisik dan santan pekat.
  9. Masak sehingga mendidih.
  10. Masukkan pula santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  11. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

RESEPI GULAI DARAT DAGING KELANTAN

This image has an empty alt attribute; its file name is kelantan.jpg

Seperti yang kita semua, gulai darat sangat dikenali sebagai makanan rakyat Kelantan. Tekstur gulai darat pekat seperti kari daging namun ia bukan lah kari daging.

Ini kerana gulai darat menggunakan rempah berbeza dan tidak menggunakan rempah kari daging.

Oleh itu, ayuh kita lihat resepi gulai darat daging versi Kelantan. Resepi ini sesuai untuk dihidangkan untuk 12 orang makan.

Bahan bahan:

  • 2 kg daging
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 4 sudu besar biji ketumbar
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawwan santan cair
  • 4 biji kentang
  • 1 paket rempah gulai darat (apa apa jenama)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging dahulu sehingga ia empuk.
  2. Kemudian, kisar dahulu lengkuas, bawang merah, bawang putih dan juga biji ketumbar yang telah digoreng tanpa minyak.
  3. Apabila daging sudah siap direbus, campurkan daging bersama bahan kisar dan juga rempah gulai darat.
  4. Masakkan ia sehingga air daging kering.
  5. Kemudian, masukkan santan cair sehingga daging benar-benar empuk.
  6. Sekiranya anda mahukan gulai anda lebih berkuah, masukkan air.
  7. Selepas itu, masukkan santan pekat dan asam keeping.
  8. Masukkan juga kentang yang sudah dipotong mengikut selera anda.
  9. Kacau dan biarkan ia menggelegak.
  10. Kemudian, kecilkan api.
  11. Masukkan pula kerisik berserta garam dan gula secukup rasa.
  12. Biarkan ia sehingga kentang tadi masak sepenuhnya.
  13. Masukkan cili hijau mengikut selera pedas anda.
  14. Kacau ia sekali sekala.
  15. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

RESEPI GULAI DAGING TERENGGANU

This image has an empty alt attribute; its file name is EYODN4hUEAUDV7z-871x1024.jpg

Resepi gulai daging Terengganu sebenarnya lebih kurang sahaja dengan gulai daging versi Kelantan.

Bezanya ialah ia menggunakan rempah daging khas dari Terengganu yang menyebabkan rasanya lain sedikit.

Oleh itu, marilah lihat resepi di bawah ini yang sesuai untuk dihidangkan kepada 12 orang.

Bahan A:

  • 2kg daging
  • Kentang
  • Cili merah (mengikut selera pedas anda)
  • 1 peket kecil rempah gulai daging Terengganu (apa apa jenama)
  • 5 sudu besar kerisik
  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan tomato puri
  • 2 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • Minyak, garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi

Bahan B:

  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang puti
  • 3 inci halia

Bahan C:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 helai daun pandan
  • 2 batang serai
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging sehingga empuk
  2. Panaskan minyak.
  3. Kisar semua bahan B.
  4. Kemudian, campurkan rempah gulai Terengganu dengan kerisik, tomato puri, susu cair dan bahan kisar tadi.
  5. Gaul sehingga sebati dan tuangkan di dalam bekas.
  6. Perapkan daging yang sudah siap direbus dengan bahan bahan tadi selama 2 jam.
  7. Panaskan minyak menggunakan minyak sapi.
  8. Tumis bahan C seperti bawang besar bersama daun pandan, serai, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  9. Tumis sehingga naik bau.
  10. Setelah itu masukkan daging yang diperap tadi.
  11. Kacau sebati.
  12. Tambahkan air jika anda mahu ianya lebih berkuah.
  13. Biarkan gulai mendidih.
  14. Masukkan pula gula nisan dan bersama gula dan garam secukupnya.
  15. Apabila daging hampir empuk, masukkan kentang dan cili merah.
  16. Masak sehingga kentang dan cili merah lembut.
  17. Akhir sekali, biarkan gulai mendidih dan menjadi pekat.
  18. Siap untuk dihidang.

Jadi bagaimana? Senang bukan cara untuk membuat gulai daging ala ala kenduri. Selepas ini, jika anda teringin untuk makan gulai daging kenduri, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber

https://www.anekaresipi.com/2018/04/resepi-gulai-darat-daging-kelantan.html

https://resepichenom.com/resepi/gulai-daging-utara-istimewa/show

https://cookpad.com/my/recipes/10246680-gulai-daging-terengganu

https://iluminasi.com/bm/resepi-gulai-darat-daging-paling-beraroma.html

Tagged: