Dalgona milo

Sejak kebelakangan ini tular di laman sosial mengenai resepi minuman dalgona coffee. Bagi bukan peminat coffee, anda boleh mencuba dalgona milo. Kepekatan milo yang dicampur susu pasti akan membuat anda lebih bertenaga.

Dalgona adalah minuman yang berasal dari Korea Selatan yang dibuat dengan cara memukul atau mengacaunya begitu lama sehingga berbuih. Kadang-kadang ia dihiasi dengan oreo, madu dan sebagainya. 

1. RESEPI DALGONA MILO KAW

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk Milo
  • 2 sudu besar gula putih
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan susu
  • Ovalette kecil (pilihan)
  • Ais (pilihan)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Satukan serbuk Milo, gula, dan air panas dalam mangkuk kecil.
  2. Dengan menggunakan whisk atau pengadun tangan elektrik, pukul campuran selama 3 hingga 5 minit atau sehingga campuran menjadi berkrim.
  3. Tuangkan susu ke dalam gelas, tambahkan ais (pilihan) dan letakkan campuran yang dibuat tadi di atas. Tambahkan lebih banyak serbuk Milo di atas dan sedia untuk dinikmati!

2. RESEPI MILO OREO

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu besar gula
  • 1/4 ovallet (pilihan)
  • 2 biji biskut oreo
  • 1 cawan susu
  • Ais

Langkah-langkah penyediaan

  1. Sediakan bahan-bahan. Campurkan milo, air panas, gula dan ovallet kedalam satu bekas. Pukul semua bahan sehingga kembang.
  2. Sediakan biskut oreo yang dibuang krim dan dihancurkan. Sediakan susu.
  3. Masukkan ais ke dalam susu. Kemudian masukkan bahan yang dipukul tadi.
  4. Selepas itu, taburkan oreo. Dah siap dan sedia untuk diminum.

3.  RESEPI MILO DALGONA MENGGUNAKAN PUTIH TELUR

Bahan-bahan:

  • 1 sachet Milo
  • Susu tepung
  • Ais batu
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas
  • 1 putih telur
  • 1 cawan air

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Dalam mangkuk campurkan air panas, milo dan gula. Ketepikan
  2. Pukul putih telur bersama dengan setengah sudu teh gula putih hingga kembang.
  3. Dalam gelas, campurkan air dan susu tepung dengan gula. Gaul sebati.
  4. Campurkan milo dan putih telur yang sudah mengembang. Pukul lagi sekali.
  5. Masukkan ais kiub dan masukkan milo dalgona di atas.
  6. Hidangkan dengan taburkan serbuk milo. Selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian untuk menghasilkan dalgona milo yang lazat dan mudah. Selamat mencuba!

SUMBER

https://klfoodie.com/dalgona-inspired-recipes-milo-dalgona/

https://cookpad.com/my/recipes/12579758-dalgona-milo-oreo

https://www.cookingpinoy.com/how-to-make-milo-dalgona-using-egg-white/

Summary
3 Resepi Dalgona Milo Yang Viral
Article Name
3 Resepi Dalgona Milo Yang Viral
Description
Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai resepi minuman dalgona coffee. Bagi bukan peminat coffee, anda boleh mencuba dalgona milo. Kepekatan milo yang dicampur susu pasti akan membuat anda lebih bertenaga.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: