cucur jawa

Cucur jawa adalah pencuci mulut asalnya daripada utara, Kedah. Ia juga banyak dijual di pasar pagi mahupun pasar malam. Ia juga adalah salah satu kuih tradisional di negara kita.

Kuih ini juga turut disebut sebagai kuih penyaram, kuih topi Mexico, kuih cucur, cucur tuang, dan banyak lagi. Cucur jawa mempunyai bahagian tepi yang berbentuk bergerigi. Sekiranya dikoyakkan, kuih cucur jawa ini kelihatan lebih kurang sama saja dengan kuih apam versi yang bergoreng.

Walaupun kelihatan mudah cara pembuatannya, namun tanpa langkah pembuatan yang betul, tidak  menjadi jua. Jadi ini kami bawakan 3 resepi cucur jawa yang mudah dan lazat kepada anda.

Apa lagi, jomlah kita lihat resepi-resepinya!

RESEPI 1 – CUCUR JAWA GULA MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau sebati dan tapis (bancuhan air gula). Biarkan sejuk dahulu.
  2. Campur tepung gandum dan tepung beras ke dalam air gula tadi. Kemudian kisar.
  3. Perap kisaran tersebut selama 3 jam atau semalaman. Letak dalam peti sejuk bahagian biasa
  4. Keluarkan dari peti ais sebelum menggoreng.
  5. Masukkan 2 senduk minyak masak dalam kuali. Biarkan panas.
  6. Tuang adunan di tengah-tengah kuali. Biarkan dia masak dari tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
  7. Biarkan sekejap dan angkat, toskan lebihan minyak dengan menggunakan kertas tisu.
  8. Sedia untuk dinikmati.

RESEPI 2 – CUCUR JAWA AIR KELAPA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan air kelapa
  • 1 cawan air biasa
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Semua bahan dicampurkan dan digaul sebati.
  2. Perapkan lebih kurang 10 minit.
  3. Setelah perap, goreng menggunakan minyak yang sedikit
  4. Goreng satu-satu dengan api perlahan. 
  5. Angkat dan hidangkan

RESEPI 3 – CUCUR JAWA PANDAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum (Cap Ros)
  • 1 cawan tepung beras (Cap Teratai)
  • 3/4 cawan gula (klau nak kurang manis, boleh kurangkan lagi)
  • Secubit garam
  • Jus pandan + air (jadikan 1 1/4 cawan)
  • 5 titik pewarna hijau epal

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan campuran jus pandan dengan air dan gula ke dalam periuk. Masak hingga air pandan dan gula larut dan mendidih. Tutup api. Biarkan sejuk.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam satu bekas. Gaul rata.
  3. Tuangkan air gula dan pandan tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Gaul sebati. Kalau ada ketulan, tekan-tekan je dengan sudu atau senduk sehingga kurang ketulan. Kalau ada ketulan-ketulan sikit, jangan risau. Masa menggoreng ianya akan hilang sendiri sebab kena suhu panas.
  4. Perap dalam suhu bilik sekurang-kurangnya selama 4 jam. Kalau rasa tak mahu goreng lagi, simpandalam peti sejuk. Kalau dah simpan dalam peti sejuk, masa nak goreng, keluarkan 1 jam lebih awal. Kacau-kacau adunan dulu, baru goreng.
  5. Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana. Kena sentiasa kawal api. Kalau minyak terlampau panas, perlahankan api.
  6. Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan sesenduk adunan tadi. Bila dah masak, terbalikkan san goreng bahagian satu lagi.
  7. Goreng satu persatu sehingga habis. Angkat dan hidangkan setelah siap.

Wah, kini anda sudah mengetahui 3 resepi cucur jawa. Mana satukah resepi yang anda suka? Juadah cucur jawa ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang untuk seisi keluarga. Jangan lupa cuba resepi yang anda suka ya. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://www.rasa.my/cucur-jawa-gula-merah-kuih-legend-yang-masih-ramai-suka/

2) https://www.facebook.com/ResepiKampong/photos/resepi-cucur-jawa-bahan-bahan:/572415092892610/

3) https://resepibonda.my/resepi-cucur-jawa-pandan/

4) https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-cucur-jawa-lembut-dan-manis.html

Tagged: