cucur bawang

Cucur bawang adalah makanan ringan yang sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, tipulah kalau anda tidak pernah merasainya!

Cucur bawang juga dikenali sebagai jemput jemput bawang. Ia disebut ‘jemput’ kerana berdasarkan saiz gigitan yang digoreng. Rangup di luar dan rasa lembut pada bahagian dalam.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan yang lain untuk membuat cucur seperti ikan bilis, hirisan jagung atau udang di dalamnya.

Makan panas-panas sambil menikmati hirupan air Teh O “nyummm” bertambah sedap. Siapa nak cuba resepi cucur bawang, kami sediakan resepi yang sangat mudah dan enak. Selamat mencuba!

1. Resepi Cucur Bawang

√Resepi Cekodok Ikan Bilis Daun Bawang

Ini adalah resepi cucur bawang yang paling mudah sekali.  Untuk resepi ini, apa yang anda perlukan adalah bahan-bahan dan mencelupkan adunan menggunakan acuan sudu besar ke dalam minyak untuk menggorengnya.

Seperti biasa, hidangan ini disajikan dengan sos cili. Anda boleh menyajikan cucur bawang untuk minum petang atau sebagai pembuka selera.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air (bergantung seberapa tebal yang anda mahukan adunan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cili merah – potong kecil
  • 1 bawang kecil – potong kiub kecil
  • 1 biji cili padi kecil – potong kecil

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, campurkan kesemua bahan iaitu tepung, garam, lada, serbuk penaik dan serbuk kunyit. Gaulkan sebati.

2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan jadikan adunan sedikit likat . Biarkan adunan selama lebih kurang 15 minit.

2. Masukkan baki bahan dan kacau rata. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan jatuhkan adunan dalam satu sudu ke dalam minyak. Goreng cucur bawang sehingga menjadi kuning keemasan.

3. Keluarkan cucur bawang dan padamkan api. Jangan lupa toskan minyak pada tisu.

4. Hidangkan panas-panas dengan sos cili.

2. Resepi Cucur Bawang Cicah Sos

Resipi Jemput-Jemput Ikan Bilis dan Bawang oleh Alia Ali - Cookpad

Cucur Bawang ini adalah cucur bawang yang lain dari yang lain.

Bagi mereka yang lebih sukakan cucur bawang dalam rasa yang lebih lembut, boleh cuba resepi ini. Jangan lupa hidangkan dengan sos cili manis sebagai kombinasi yang lengkap.

Semakin banyak bawang yang digoreng, semakin lama masa yang diperlukan untuk memasak. Ini bagi memastikan tekstur bawang menjadi lembut dan dimasak sepenuhnya.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar, dihiris (4 cawan)
  • 2 sudu minyak zaitun
  • Sedikit cuka
  • 3/4 cawan tepung gram (chickpea) dari kacang kuda.
  •  1 sudu teh serbuk bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh sos soya tamari
  • Minyak sayuran
  • Sos cili manis (pilihan)
  • Limau (pilihan)

Cara penyediaan:

1. Mula-mula sekali, masukkan minyak zaitun ke dalam kuali yang panas. Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris dengan sedikit garam.

2. Masak dengan api sederhana sehingga bawang menjadi lembut (karamel), kira-kira 35 – 40 minit. Masukkan 2 cuka balsamic. Teruskan menggoreng seketika.

2. Campurkan tepung chickpea, serbuk bawang putih, garam, dan lada.

3. Masukkan air dan soya sos tamari ke dalam bancuhan tepung tadi. Pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan bawang karamel yang telah digoreng sebelumnya.

4. Seterusnya, tuangkan minyak secukupnya ke dalam kuali. Cara nak tahu minyak telah panas anda boleh percikkan sedikit air, sekiranya terdengar bunyi geseran menandakan minyak dah cukup panas.

5. Tanpa membuang masa, masukkan adunan tadi menggunakan sukatan satu sudu sekali gus. Biarkan cucur bawang digoreng sehingga warna keperangan.

6. Hidangkan dengan sos cili manis dan limau atau kicap kegemaran anda.

Tips:

1. Pastikan anda masak dengan sabar dan berhemah. Peruntukan masa yang diperlukan untuk membuat cucur bawang caramel kira-kira 40 minit.

2. Jangan lupa tambahkan sedikit air sekiranya perlu. Air sangat membantu sekiranya adunan anda melekat di kuali.

3. Jangan lupa tuang cuka balsamic. Ia akan mengimbangkan rasa kepada bawang caramel yang sudah manis.

4. Gorengkan adunan dalam paras minyak yang mencukupi.

5. Masak cucur bawang caramel sehingga kuning keemasan.

3. Cucur Bawang dengan Udang

Cucur Udang with Kuah Kacang - Ahh-Yum By Kampong Kravers

Bagi anda yang kreatif, anda juga boleh mencampurkan cucur bawang bersama dengan sedikit udang. Resepi ini sesuai untuk menghasilkan sebanyak 20-25 ketul cucur bawang.

Nampak macam sikit, tetapi bila dah seronok makan mesti tak perasan yang cucur bawang dah nak habis!

Bahan-bahan:

  • 25 gram tepung biasa, diayak dengan serbuk penaik 1 tingkat dan garam 1/4 sudu kecil
  • 1 biji telur
  • 125 ml air
  • 1 biji bawang merah besar
  • 200g udang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 daun sup

Bahan-bahan sos:

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka beras putih
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Mula-mula gaulkan udang dan dipotong dadu.

2. Kemudian, kupas bawang merah, cili merah dan cili hijau. Potong bawang, cili potong dan potong daun bawang.

3. Selepas itu, masukkan telur dan air ke tepung yang telah diayak, tuangkan sedikit serbuk penaik dan garam. Gaul rata sebelum memasukkan udang, bawang besar dan cili kisar dan gaulkan sehingga sebati.

4. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam periuk kecil. Pastikan kuantiti minyak masak tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Apabila minyak sudah cukup panas (uji sesenduk adunan untuk diperiksa), jatuhkan setengah senduk kecil adunan dan goreng adunan.

5. Angkat ketika cucur bawang berwarna perang keemasan dan letakkan di atas sehelai tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

6. Akhir sekali, jangan lupa untuk membuat sos dengan cara mengisar kisar dan bawang merah dan bawang putih, masukkan sos, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.

Selamat mencuba resepi ini. Pasti seronok dinikmati bersama dengan keluarga tersayang.

Sumber:
http://www.mykitchensnippets.com/2011/06/cekodok-bawangonions-fritters.html?m=1

https://createmindfully.com/caramelized-onion-fritters/

http://fukienchaw.blogspot.com/2012/05/cucur-bawang.html

Summary
3 Resepi Cucur Bawang Yang Mudah dan Enak
Article Name
3 Resepi Cucur Bawang Yang Mudah dan Enak
Description
Cucur bawang adalah makanan ringan yang sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, tipulah kalau anda tidak pernah merasainya!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: