resepi congo bar

Resepi Congo Bar dah banyak dikongsikan oleh orang ramai di Internet mahupun dari mulut ke mulut. Kali ini kami kumpulkan tiga resepi terbaik yang boleh dicuba oleh anda di rumah. Buat minum petang atau sekadar makanan ringan semasa duduk berkumpul bersama keluarga pun boleh. Untuk koleksi resepi pada kali ini, kami kumpulkan resepi yang tidak renyah dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk dibuat. Supaya mudah dan senang untuk anda buat jamuan ringkas yang sedap dan lazat untuk keluarga anda.

Jom mari kita tengok semua ketiga-tiga resepi. Selamat mencuba!

Buttery Congo Bar Yang Lembut Isi Coklat

Masa persediaan: 55 minit

Bahan-bahan (Anggaran 16 Bar)

  • Unsalted butter – Anggaran 170 gram atau 3/4 cawan
  • Gula Perang – Anggaran 135 gram atau 3/4 cawan
  • Gula Kastor (Caster sugar) – Anggaran 50 gram atau suku cawan
  • Dua sudu teh ekstrak vanilla
  • Sebiji telur (Gred saiz yang besar)
  • 1 kuning telur
  • Tepung Gandum – Anggaran 210 gram dan 1 dan 1/2 cawan
  • Satu sudu teh baking powder
  • Cip coklat putih (susu) – Anggaran 75 gram atau 1/2 cawan (boleh dilebihkan untuk hiasan)
  • Cip coklat gelap (dark chocolate) – Anggaran 75 gram atau 1/2 cawan

Cara penyediaan

  1. Menggunakan tray loyang bersaiz 8 inci, lekapkan kertas baking. Boleh preheat kan oven standard ke 180 darjah Celsius atau sekiranya menggunakan oven berkipas, boleh turun kan suhu preheat ke 160 darjah Celsius.
  2. Gaulkan butter dan gula bersama sehingga berkrim. Kemudian masukkan vanilla, telur dan kuning telur sehingga sebati.
  3. Tapis tepung dan campurkan sekali dalam adunan. Pukul sehingga terbentuk adunan doh yang lembut. Boleh tambahkan sedikit cip coklat pada peringkat ini.
  4. Tuang adunan doh yang lembut di dalam Loyang sehingga terbentuk lapisan yang sekata.
  5. Taburkan lebihan cip coklat di atas adunan tersebut
  6. Masukkan dalam oven dan bakar dalam masa 30 minit atau sehingga kekuningan emas di lapisan paling atas.
  7. Sejukkan di dalam Loyang sebelum potong untuk dihidang.

Congo Bar Rasa Lemak Manis Menggiur Selera

Masa persediaan: 40 minit

Bahan-bahan (Anggaran 24 Bar)

  • Butter – Anggaran 1 cawan
  • Dark Brown Sugar – Anggaran 1 cawan (padat)
  • Light Brown Sugar – Anggaran 1 cawan (padat)
  • 3 biji telur bergred besar
  • 1 sudu besar ekstrak vanilla
  • 1 sudu teh garam kosher
  • 2 sudu teh baking powder
  • Tepung gandum – Anggaran 2 setengah cawan
  • Coklat Bar (Dipotang sederhana besar) – 2 cawan
  • Coklat cip susu (putih) – Setengah cawan

Cara penyediaan

  1. Panaskan oven ke suhu preheat 180 darjah celcius
  2. Sediakan tray loyang bersaiz 9 inci X 13 inci bersama baking paper
  3. Gaulkan butter, semua jenis gula perang selama 2 minit dengan kelajuan sederhana tinggi.
  4. Tambah telur, vanilla dan baking powder selama 1 minit.
  5. Turunkan kelajuan mixer dan tambah tepung
  6. Tambahkan coklat bar dan gaul sehingga sebati
  7. Tuang adunan doh ke atas loyang dan bakar selama 30 minit.
  8. Sejukkan bar di dalam loyang dan potong untuk dihidang.

Congo Bar Perisa Kelapa Sedapnya Tak Terkata

Masa Persediaan 40 minit

Bahan-bahan (Anggaran 24 bar)

  • Unsalted Butter – Setengah cawan
  • Light Brown Sugar – Anggaran 2 suku cawan
  • 3 biji telur bersaiz besar
  • Ekstrak vanila – 2 sudu teh
  • Ekstrak kelapa – Setengah sudu teh
  • Tepung gandum – Anggaran dua setengah cawan
  • Garam – Setengah sudu teh
  • Cip coklat susu (putih) – Anggaran 1 cawan
  • Cip coklat gelap (dark chocolate) – Setengah cawan (boleh juga digantikan dengan wafer dark choclate)
  • Sedikit kelapa parut kering/goreng tanpa minyak yang boleh dijadikan taburan atas congo bar

Cara penyediaan

  1. Panaskan oven ke suhu preheat 180 darjah celcius
  2. Sediakan tray loyang bersaiz 9 inci X 13 inci bersama baking paper
  3. Gaulkan butter, semua jenis gula perang selama 2 minit dengan kelajuan sederhana tinggi.
  4. Tambah telur, vanilla, ektrak lelpa dan baking powder selama 1 minit.
  5. Turunkan kelajuan mixer dan tambah tepung
  6. Tambahkan coklat bar dan gaul sehingga sebati
  7. Tuang adunan doh ke atas loyang dan bakar selama 30 minit.
  8. Sejukkan bar di dalam loyang
  9. Cairan coklat boleh dituang membentuk corak di atas congo bar yang dah siap dibakar
  10. Tabur dengan taburan kelapa parut kering
  11. Potong untuk dihidang

Akhir kata,

apa yang anda rasa dengan ketiga-tiga resepi ini? Mudah bukan? Tak sampai sejam dah boleh siap! Bolehlah buat minum petang kalau encik suami atau si anak cilik comel minta. Selamat mencuba dan menjamu selera bersama yang tersayang.

SUMBER

https://cookiesandcups.com/congo-bars/

https://insidebrucrewlife.com/blast-from-the-past

https://www.loveandconfections.com/chocolate-coconut-congo-squares

https://www.culinaryhill.com/wp-content/uploads/2020/10/Congo-Bars-Culinary-Hill-HR-07SQ.jpg

https://www.freepik.com/free-photo/chocolate-brownie-cake-piece-pie-homemade-pastries-sweet-cooking_5030106.htm#page=1&query=brownies&position=3https://bidadari.my/resepi-congo-bar/

Summary
3 Resepi Congo Bar Sebagai Pemanis Mulut
Article Name
3 Resepi Congo Bar Sebagai Pemanis Mulut
Description
Resepi Congo Bar dah banyak dikongsikan oleh orang ramai di Internet mahupun dari mulut ke mulut. Kali ini kami kumpulkan tiga resepi terbaik yang boleh dicuba oleh anda di rumah. Buat minum petang atau sekadar makanan ringan semasa duduk berkumpul bersama keluarga pun boleh. Untuk koleksi resepi pada kali ini, kami kumpulkan respei yang tidak renyah dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk dibuat. Supaya mudah dan senang untuk anda buat jamuan ringkas yang sedap dan lazat untuk keluarga anda.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: