Resepi Coleslaw

Resepi coleslaw amatlah mudah dibuat. Rugi kalau tidak dibuat sendiri. Anda boleh hidangkan bersama dengan ayam goreng, sosej, chicken chop, lamb chop, fish & chips dan sebagainya. Jika anda menggoreng ayam ala-ala KFC dirumah, bolehlah hidangkan bersama coleslaw. Ada juga yang suka makan bersama nasi putih.

Ia sangat sedap dimakan apabila disejukkan. Menunya berasaskan sayur-sayuran sudah tentu mempunyai khasiat yang baik dan sesuai disajikan kepada anak-anak. Coleslaw yang menggunakan minyak zaitub dan cuka sangat sihat kerana tidak mengandungi lemak yang berlebihan berbanding coleslaw yang menggunakan mayonis.

Jika anda bercadang membawa coleslaw untuk berkelah, pastikan ianya diletakkan didalam bekas berisi pek ais. Coleslaw yang berada pada suhu bilik selama lebih dari dua jam, akan hilang kesegaran dan dikuatiri memudaratkan kesihatan jika ianya dimakan.

Untuk menghasilkan coleslaw yang lazat, anda boleh mencuba resepi di bawah.

RESEPI COLESLAW BERKRIM

Bahan-bahan:

  • Kobis
  • Lobak merah
  • Mayonis – secukupnya
  • Susu berkrim
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Bersihkan kobis dan lobak merah serta toskan.
  2. Kemudian, sagat lobak merah dan potong kobis.
  3. Masukkan semua bahan tadi dalam mangkuk yang sesuai.
  4. Masukkan mayonis secukupnya ke dalam mangkuk kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit.
  5. Gaul semua bahan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gaul rata semua bahan-bahan.
  7. Hidangkan dalam pinggan. Anda boleh tambah atau kurangkan bahan ikut cita rasa sendiri.

YOGHURT COLESLAW

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji bawang holland / bawang kuning
  • 1 biji lada capsicum – didadu
  • 2 bekas kecil yogurt plain
  • 2 sudu madu
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu perahan lemon
  • 6 sudu Mayonis

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Hiriskan kobis dan lobak merah. Buang bahagian luar kobis yang keras dan cincang halus manakala lobak merah dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Potong dadu bawang holland.
  3. Letakkan bahan yang dipotong ke dalam bekas.
  4. Masukkan 6 sudu besar mayonis. Kalau nak lebih boleh ikut citarasa anda.
  5. Seterusnya masukkan madu, garam dan sedikit jus lemon.
  6. Gaul sehingga sebati semua bahan dan campuran tadi.
  7. Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Sedap dimakan ketika sejuk.

COLESLAW BERKRIM DENGAN BUAH NANAS

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis (dicincang)
  • 1 biji lobak merah (dicincang)
  • 2/3 cawan mayonis
  • 2 sudu cuka
  • 1 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 sudu gula
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 cawan buah nanas yang telah dikeringkan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan biji bunga matahari
  • 1 sudu the biji saderi

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Masukkan kobis dan lobak merah yang dicincang ke dalam mangkuk besar.
  2. Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul mayonis bersama cuka, minyak, gula, biji saderi, dan garam.
  3. Masukkan campuran mayonis ke dalam kobis, bersama dengan nanas yang telah dikeringkan, kismis, dan biji bunga matahari.
  4. Setelah siap dicampur, letakkan ke dalam peti ais untuk dihidangkan sejuk.

Mudah sangat kan? Sangatlah rugi kalau tak cuba buat dirumah. Bahannya senang nak dapat, jimat pon jimat berbanding makan di kedai atau restoran. Kebersihan pon terjamin. Selamat mencuba!

SUMBER

https://explorasa.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=942213

https://cookpad.com/my/recipes/14062460-yogurt-coleslaw?ref=search&search_term=coleslaw

https://ms.caminoescolar.org/coleslaw-with-pineapple-3053932-19763  

Tagged: