cheezy wedges

Cheezy wedges adalah hidangan pembuka selera yang lazat dan akan memberi anda pengalaman yang menggembirakan setiap kali anda memakannya.

Ia adalah makanan ringan yang enak yang boleh anda sediakan untuk orang yang anda sayangi pada majlis majlis seperti potluck, sambutan hari jadi, sambutan hari raya dan banyak lagi. Ia pasti akan memenangi hati tetamu anda kerana anda membuat sendiri cheezy wedges ini dan tidak membeli yang frozen!

Oleh itu, jangan tunggu lama dan cubalah resipi mudah ini di rumah dan nikmati bersama orang tersayang!

Semua resipi di bawah ini adalah hidangan untuk 5 orang.

BAKED PARMESAN POTATO WEDGES

This image has an empty alt attribute; its file name is baked-garlic-parmesan-potato-wedges-5sm-3-1-683x1024.jpg

Resepi pertama ini disediakan menggunakan kentang, krim segar, bawang, sos mustard, mentega, serbuk cili dan menggunakan keju parmesan.

Resepi ini juga menggunakan non-stick frying pan atau kuali tidak lekat untuk menumis dan oven untuk membakar.

Bahan-bahan:

  • 300g kentang
  • 3 sudu kecil herba campuran
  • 2 sudu kecil cili flakes (ikut kemahuan anda)
  • 2 cawan bawang yang sudah dicincang
  • 1 1/2 sudu makan dijon mustard
  • 1/2 cawan krim segar
  • 5 sudu kecil mentega
  • 1/2 sudu kecil garam
  • air secukupnya
  • 1 cawan keju parmesan (ikut kemahuan anda)

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas dan potong kentang menjadi kepingan wedges

Pertama sekali, anda perlu basuh kentang sebersih bersihnya. Kemudian kupas dan potong kentang menjadi kepingan wedges yang tebal. Seterusnya, masukkan wedges yang sudah dipotong ini dalam kuali dan tuangkan air secukupnya di dalamnya, dan rebus selama 10-15 minit. Setelah kepingan wedges menjadi lembut, toskan air dan biarkan ia sebentar.

2. Tumis bawang dalam mentega

Seterusnya, gunakan kuali yang tidak melekat pada api atau non-stick frying pan. Letakkan kuali itu di atas api yang sederhana dan cairkan mentega di dalamnya. Kemudian, masukkan bawang yang sudah dicincang ke dalam kuali bersalut mentega dan tumis hingga ia menjadi keperangan.

3. Tumis hirisan kentang rebus di dalam bawang bersama campuran herba dan sos

Pada kuali tadi yang berisi bawang dan mentega, masukkan masukkan chili flakes di dalam kuali diikuti dengan keju parmesan, krim segar, mustard Dijon, campuran herba dan garam secukupnya. Gaulkan semua bahan dan masak selama dua minit lagi. Untuk chili flakes, masukkan ia mengikut selera anda. Sekiranya anda penggemar pedas, masukkan chili flakes lebih sedikit.

4. Bakar kepingan wedges

Kemudian, letakkan campuran yang telah siap ditumis dan gaul bersama kepingan kengtang. Gaul sehingga ia benar benar sebati. Selepas itu, bakar di dalam oven.

5. Hiaskan dengan campuran herba dan hidangkan.

Setelah selesai, pindahkan ke pinggan dan hiaskan dengan campuran herba dan keju parmesan untuk meningkatkan rasa cheezy wedges ini. Hidangkan ketika ia masih panas!

BAKED AMERICAN CHEDDAR CHEEZY WEDGES

This image has an empty alt attribute; its file name is d4f69d01489ec42465374fc9bf7c2358-680x1024.jpg

Untuk resepi kedua ini, rahsianya terletak pada jenis keju yang akan digunakan. Untuk pengetahuan anda, keju cheddar Amerika yang dihiris merupakan keju yang paling sedap untuk membuat cheezy wedges.

Rahsia seterusnya ialah serbuk bawang putih. Bumbu semula jadi ini menjadikan makanan sama sedap dengan makanan buatan komersial.

Buat makluman anda, resepi ini menggunakan oven untuk membakar kepingan wedges tersebut.

Bahan-bahan:

Kentang Bakar:

  • 300g kentang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar minyak

Sos Keju:

  • 7 keping keju cheddar Amerika (ikut kemahuan anda)
  • 1 sudu kanji jagung
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas kentang menjadi kepingan wedges

Kupas kentang dan hiriskan ia menjadi kepingan wedges. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan ia dengan garam, paprika, lada, dan minyak. Gaulkan sehingga ia benar benar rata ke semua kepingan wedges.

2. Bakar kentang

Balutkan dahulu dulang pembakar dengan aluminium foil. Letakkan kepingan wedges tadi dalam satu lapisan dan bakar pada suhu 200 ° C selama 30 minit.

3. Koyakkan keju

Koyakkan keju menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga tepung jagung ke dalam periuk berisi keju. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan susu dan masak

Masukkan 1 cawan susu sejat ke dalam periuk tadi. Masak dengan menggunakan api kecil. Terus kacau adunan sehingga ia menjadi cair, berbuih, dan pekat (kira-kira 5 minit). Campuran akan kelihatan nipis pada mulanya tetapi akan menebal setelah dipanaskan.

5. Gaul

Gaulkan campuran tadi dengan sos cili, serbuk bawang putih, lada putih, dan garam. Sekiranya anda mahukan ia lebih cair, masukkanlagi susu sejat.

6. Hidang

Tuangkan sos keju ke atas kentang yang sudah siap dibakar tadi dan letakkan juga mayonis.

AIR FRYER CHEEZY WEDGES

This image has an empty alt attribute; its file name is Baked-Potato-Wedges-_637493654650033979.jpg

Untuk resepi ini, kita akan menggunakan air fryer untuk menggoreng kepingan wedges tersebut. Untuk sesiapa yang sedang diet, anda boleh gunakan resepi ini kerana air fryer tidak menggunakan sebarang minyak untuk menggoreng.

Bahan-bahan:

  • 300g kentang
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu susu
  • 1 cawan tepung
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh dan keringkan kentang. Potong ia menjadi kepingan wedges.
  2. Pukul telur dan masukkan ia dan susu ke dalam mangkuk besar. Masukkan kepingan wedges tadi ke dalam campuran telur sehingga kentang ditutup sepenuhnya.
  3. Campurkan tepung, garam, paprika, serbuk bawang putih, dan lada hitam ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  4. Keluarkan kepingan wedges dari campuran telur dan letakkan pula ia di dalam campuran tepung. Pastikan kepingan wedges itu tersalut semua sisi.
  5. Letakkan kepingan wedges yang sudah bersalut dengan tepung tadi ke dalam Air Fryer.
  6. Masak kepingan wedges itu pada suhu 360 darjah Fahrenheit selama 11 minit.
  7. Apabila wedges sudah siap dimasak, hidangkan ia dengan sos cheese mahupun sos cili.

Mudah saja kan nak buat cheezy wedges di rumah. Jadi, anda bolehlah cuba resepi cheezy wedges yang kami kongsikan ini. Rasanya sedap, lebih sedap dari yang dibeli di kedai tau. Selamat mencuba ya.

Sumber

https://recipes.timesofindia.com/recipes/cheesy-potato-wedges/rs60055797.cms

https://www.newmalaysiankitchen.com/homemade-kfc-cheesy-potato-wedges/

https://www.myforkinglife.com/air-fryer-potato-wedges-kfc-copycat/

https://www.lecremedelacrumb.com/baked-garlic-parmesan-potato-wedges/

https://www.talabat.com/egypt/restaurant/625867/flame-market-117-sheikh-taha-al-dinary-street-from-abbas-al-akkad-street?aid=7676

Summary
3 Resepi Cheezy Wedges Yang Memukau!
Article Name
3 Resepi Cheezy Wedges Yang Memukau!
Description
Cheezy wedges adalah hidangan pembuka selera yang lazat dan akan memberi anda pengalaman yang menggembirakan setiap kali anda memakannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: