butir nangka

Butir Nangka boleh dijadikan pemanis mulut untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang mahupun kepada keramaian dalam majlis-majlis seperti majlis perkahwinan.

Di sini kami kongsikan tiga resepi butir nangka yang simple dan hanya memerlukan sedikit bahan.

Resepi 1

Bahan-bahan:

Bahan isi

  • beras pulut – 4 cawan
  • Pewarna makanan – ikut cita rasa sendiri
  • air kapur – 1 sudu kecil
  • Garam – secukup rasa
  • Air

Bahan Kuah

  • Santan segera – 1 kotak kecil
  • Rempah biji halba – 1 sudu kecil
  • Daun pandan – Sehelai
  • Gula – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa

Cara-cara memasak:

Butir Nangka

  1. Campur dan gaul hingga larut air kapur, 2 cawan air panas dan garam.
  2. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, kemudian air sedikit demi sedikit.
  3. Uli adunan, bahagikan doh untuk setiap pewarna yang anda mahukan.
  4. Tambah dan sebatikan pewarna makanan ke dalam adunan yang telah dibahagikan.
  5. Potong doh yang telah dibahagikan, bentuk seperti biji nangka.
  6. Rebus doh biji nangka hingga terapung kemudian angkat dan tapis.
  7. Rendam dalam air biasa

Kuah

  1. Hidupkan api kecil, panaskan santan hingga menjadi seperti kuah bubur.
  2. Tambahkan daun pandan yang telah dicarik dan diikat dan biji halba.
  3. Tapis butir nangka dari air biasa, masukkan kan ke kuah.
  4. Tambah perasa.
  5. Masak hingga mendidih. Hidang.

Resepi 2

Bahan-bahan:

  • Cooking Cream – 2 cawan
  • Daun pandan
  • Gula Melaka
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Tepung pulut – 1 cawan
  • Air – 1/2 cawan
  • Pewarna makanan bewarna biru langit

Cara- cara memasak

Butir Nangka

  1. Rebus setengah periuk air
  2. Campurkan pulut dengan 1/2 cawan air dan bentuk jadi butir nangka
  3. Rebus butir nangka dalam langkah 2, angkat bila ia terapung.

Kuah

  1. Campurkan gula melaka dan Cooking Cream ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana. Gaul rata hingga masak sempurna.
  2. Masukkan daun pandan dan garam.
  3. Masukkan butir nangka ke dalam kuah.
  4. Kacau selama beberapa minit. Angkat dari api. Hidang.

Resepi 3

Bahan-bahan:

  • tepung pulut – 2 cawan
  • tepung gandum – 2 sudu besar
  • air
  • pewarna
  • santan
  • daun pandan
  • gula
  • garam

Cara-cara Memasak:

Butir Nangka:

  1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekit.
  3. Bahagikan doh kepada 3 untuk 3 pewarna berbeza.
  4. Tambahkan pewarna pada doh. Cubit kecil dan bentuk kecil menjadi butir nangka.
  5. Rebus butir nangka hingga terapung. Angkat dan toskan.
  6. Rendam butir nangka dalam air biasa.

Kuah:

  1. Campurkan santan, air, daun pandan, gula dan garam. Masak dengan api sederhana. Gaul.
  2. Tambahkan butir nangka. Gaul. Angkat dan hidang.

Akhir kata, diharapkan perkongsian ini akan membantu anda untuk menyediakan butir nangka. Selamat mencuba ye!

Sumber:

https://cookpad.com/my/recipes/13815778-bubur-butir-nangka-warna-warni

https://www.kuali.com/recipe/kuih/butir-nangka-anchor/

niejamuhai.com/?p=22497

Tagged: