3 Resepi Bubur Gandum Yang Enak!

Bubur gandum adalah pencuci mulut yang kaya dan berkrim yang diperbuat daripada gandum mutiara (atau biji gandum).

Lagi enak sekiranya dimakan pada musim hujan atau dihidangkan ketika makan petang bersama dengan roti. Yummy!

Rasa aroma yang datangnya daripada gula kelapa melengkapkan rasa keseluruhan bubur ini dan menjadikannya lebih sedap.

Bubur gandum sememangnya menggamit nostalgia zaman kanak-kanak.

Ini adalah salah satu resepi yang mudah dan bahan-bahannya tidak begitu rumit.

Kami kongsikan 3 resepi bubur gandum yang berbeza untuk anda nikmatinya bersama keluarga. Nanti bolehlah cuba.

1. Resepi Bubur Gandum Mutiara

Resep Bubur Sagu Mata Ikan atau Bubur Mutiara yang Legit | OKEMOM

Bubur gandum mutiara adalah sejenis bubur gandum biasa tanpa mencampurkan apa-apa tambahan yang lain seperti sagu dan jagung. Ia menjadikan resepi ini sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan dan sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak.

Bahan-bahan:

  • 200 g gandum mutiara
  • 150 g gula
  • 250ml santan
  • 1 liter air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 daun pandan diikat

Cara penyediaan:

1. Mula-mula basuh gandum mutiara sebanyak 3 kali. Kemudian, rendam sekurang-kurangnya 4 jam, lebih baik semalaman.

2. Dalam periuk bersaiz sederhana, masukkan air sebanyak 1 liter dan daun pandan yang diikat. Hidupkan api dan biarkan sehingga ia mendidih.

3. Selepas itu, masukkan pula mutiara gandum yang telah siap direndam. Tuangkan ke dalam periuk tadi dan didihkan semula selama 5 minit. Biarkan sehingga mendidih selama 30 minit, atau hingga mutiara gandum lembut.

4. Masukkan santan atau susu, gula dan garam. Ini terpulang kepada anda mahu perasakan dengan dengan santan atau susu.

5. Kemudian, didihkan semula. Pastikan kesemua bahan telah dimasak dengan baik sebelum menutup api.

6. Angkat dan siap untuk dihidang.

2. Resepi Bubur Gandum dengan Sagu

Resipi Bubur Gandum Bersagu oleh Gyna Elenna - Cookpad

Untuk menjadikan bubur gandum lebih lazat, apa kata anda meletakkan sagu sebagai pembuka selera.

Dengan warnanya yang boleh dipelbagaikan secara tidak langsung menjadikan bubur gandum lebih berseri dan sedap mata memandang. Hanya tinggal untuk menjamahnya sahaja.

Rata-rata masyarakat di Malaysia menggemari resepi bubur gandum dengan sagu. Ia sesuai dihidangkan untuk semua jenis golongan usia dari muda sehingga yang tua.

Bahan-bahan:

  • 200 g gandum mutiara (direndam semalaman)
  • Air kosong 2 liter
  • 60 g sagu kecil
  • 1 sudu kecil garam
  • 140 g gula kelapa
  • 30 g gula
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml santan pekat

Cara penyediaan:

1. Mula-mula anda perlu didihkan 2 liter air di dalam periuk. Kemudian, terus masukkan gandum mutiara yang telah direndam.  

2. Selepas kira-kira 20 minit, anda perlu mendidihkan sekali lagi tetapi kali ini dengan api yang perlahan. Biarkan dan tutup periuk. Masak selama 1 jam.

3. Seterusnya, anda perlu memasak sagu sehingga sagu menjadi jernih.

4. Pastikan gandum mutiara telah lembut setelah dimasak selama 1 jam di atas api.

5. Kemudian, masukkan garam, gula dan daun pandan, terus kacau di atas api sederhana sehingga gula kelapa larut dengan baik.

6. Masukkan sagu dan santan pekat, gaul rata. Pastikan anda sentiasa mengacau supaya santan dapat larut dengan baik tanpa pecah.

7. Seterusnya, didihkan sekali lagi dan biarkan sehingga masak dengan baik. Kemudian, tutup api dan biarkan bubur dibiarkan selama kira-kira 10 minit.

8. Siap untuk dimakan.

3. Bubur Gandum dengan Jagung

Bubur jagung: manfaat dan kemudaratan kepada kesihatan manusia

Pernahkah anda mencuba resepi bubur gandum dengan jagung? Jika belum, anda boleh cuba mencampurkan bubur gandum dengan jagung menjadikan bubur gandum akan rasa lebih berlemak manis.

Dengan rasa manis yang datang daripada jagung melengkapkan rasa yang seimbang. Cubalah, pasti anda tidak menyesal!

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan gandum (dicuci dan direbus sehingga kembang).
  • 1 cawan jagung (dicuci dan dihiris isinya kemudian di masukkan ke dalam mangkuk)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 100 ml santan
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam
  • 2.5 liter air

Cara penyediaan:

1. Mula-mula isikan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan gandum dan jagung yang telah dikeringkan. Didihkan kesemua bahan dengan api yang besar selama 20 minit.

2. Perlahankan api, masukkan daun pandan ke dalam periuk tadi dan rebus perlahan selama 1 jam atau sehingga biji gandum dan jagung dimasak dan berkembang dengan baik.

3. Kemudian, tuangkan air tambahan. Disarankan menggunakan air panas yang dididihkan terlebih dahulu.

4. Masukkan gula dan biarkan mendidih sebentar.

5. Akhir sekali, masukkan santan dan terus kacau. Perasakan dengan sedikit garam.

6. Hidangkan panas-panas.

Haa, macam mana? Senang bukan? Gandum sememangnya makanan sangat sihat. Sekiranya dimasak dengan betul, bubur akan menjadi sangat beraroma. Ini menjadikan ia hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Selain itu, ia juga mudah dipraktikkan oleh mereka yang baru hendak belajar membuat hidangan pencuci mulut. Jadi, selamat mencuba!

Sumber:

https://simplybeautifulhealthyliving.blogspot.com/2013/09/sweet-fragrant-wheat-and-corn-porridge.html

https://www.mykeuken.com/2016/03/sweet-wheat-porridge-bubur-gandum.html?m=1

https://mykitchen101en.com/sweet-wheat-porridge-with-coconut-milk-bubur-gandum/

Summary
3 Resepi Bubur Gandum Yang Enak!
Article Name
3 Resepi Bubur Gandum Yang Enak!
Description
Bubur gandum adalah pencuci mulut yang kaya dan berkrim yang diperbuat daripada gandum mutiara (atau biji gandum).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: