resepi buah melaka

Buah melaka atau onde-onde merupakan antara kuih muih yang tidak asing lagi di Malaysia. Resepi buah melaka ini selalunya hadir dalam pelbagai variasi termasuk warna dan rasa bergantung kepada bahan yang dicampur bersama dalam resepi.

Persamaan setiap resepi buah melaka adalah hadirnya gula melaka ditengah kuih ini. Gabungan mantap antara salutan parutan kelapa yang segar di luar serta manis gula melaka di dalam menjadi faktor utama kuih ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Senang saja sebenarnya cara membuat buah melaka ni. Tak leceh atau renyah pun. Jom, kami kongsikan untuk anda 3 resepi buah melaka yang sedap, lembut, dan kenyal untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

RESEPI BUAH MELAKA PELANGI

Resipi Buah Melaka Warna Warni

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung pulut
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
  • Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

Kaedah penyediaan:

  1. Campurkan tepung pulut, garam dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit sambal uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
  5. Masukkan gula melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
  7. Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
  8. Gaulkan dengan kelapa.
  9. Lakukan cara yang sama sehingga habis.
  10. Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.

RESEPI BUAH MELAKA UBI KELEDEK

Bahan-bahan:

  • 3 biji ubi keledek
  • 1 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 1/2 biji kelapa putih (diparut)
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan (diikat)
  • 2 cawan tepung pulut
  • Garam secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Setelah empuk, toskan dan lecek sehingga halus.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan biar didih bersama daun pandan bagi menaikkan lagi aroma.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan tersebut.
  5. Uli serta bentukkan adunan tersebut menjadi bulat. Kemudian, masukkan gula melaka ke dalam adunan tadi dan bentukkan bulat seperti bebola kecil.
  6. Setelah air mendidih, masukkan beberapa biji bebola adunan tadi dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.
  7. Bila ia timbul, menandakan onde-onde sudah masak. Akhir sekali, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

RESEPI BUAH MELAKA KELEDEK UNGU

Resipi Kuih buah melaka keledek ungu..#MAHN oleh Sarmila Sharif - Cookpad

Bahan-bahan:

  • 1 cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilenyek halus
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air
  • 1 ketul gula melaka.diracik halus
  • 1/2 biji kelapa parut putih

Kaedah penyediaan:

  1. Satukan keledek ungu dan tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
  2. Ambil sedikit doh dan bentukkannya bulat. Tekan dibahagian tengah doh dan letakkan sedikit gula melaka yang telah diracik halus. Bulatkan kembali doh dengan kemas.
  3. Masukkan doh kedalam air yang mendidih.
  4. Angkat doh yang telah terapung. Lalu golekkan kedalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Sedia untuk dihidangkan.

Kuih buah melaka ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan minum petang malah sangat sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi. Maka tidak hairanlah sekiranya  banyak kedai yang menyajikan sarapan pagi menjual kuih muih ini walaupun bentuknya bulat kecil namun rasa manis dari gula melaka cukup untuk memberikan ‘wow factor’.

Resepi yang mana satu menarik perhatian anda? Jom cuba kesemua resepi di atas. Kemudian kongsikan gambar di media sosial supaya dapat berkongsi resepi ini dengan lebih ramai orang.

Sumber:

1) https://www.rasa.my/buah-melaka-kuih-paling-mudah-buat-sedap/

2) https://cookpad.com/my/recipes/8468314-kuih-buah-melaka-keledek-ungumahn

3) https://www.mstar.com.my/xpose/resipi/2019/11/12/onde-onde-ubi-keledek

Summary
3 Resepi Buah Melaka Yang Enak Dan Ketagih
Article Name
3 Resepi Buah Melaka Yang Enak Dan Ketagih
Description
Buah melaka atau onde-onde merupakan antara kuih muih yang tidak asing lagi di Malaysia. Resepi buah melaka ini selalunya hadir dalam pelbagai variasi termasuk warna dan rasa bergantung kepada bahan yang dicampur bersama dalam resepi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: