resepi bihun goreng tomyam

Resepi Bihun Goreng Tomyam adalah antara menu hidangan yang digemari ramai. Buktinya, setiap hari pasti ada sahaja pelanggan yang memesan menu ini, termasuk anda sekali. Jadi, daripada membeli menu ini setiap kali di restoran, kenapa anda tidak cuba memasaknya sendiri kan?

Di sini kami kongsikan 3 resepi Bihun Goreng Tomyam yang mudah dan lazat untuk anda cuba di rumah. Teruskan membaca ya!

Resepi 1

Bahan-bahan:

  • Bihun – 400g atau sepaket
  • Minyak – 3 sudu besar
  • Bawang putih dicincang – 5 ulas
  • Bawang merah dicincang – 5 biji
  • Tauco – 1 sudu besar
  • Pes tom yam – 2 sudu besar
  • Udang kering dipotong kasar – 3 sudu besar
  • Fillet ayam dihiris nipis dan diperap dalam sedikit kicap – 100g
  • Kek ikan dipotong nipis – 1 keping
  • Tofu keras yang telah digoreng – 1 keping
  • Tauge – 100g
  • Kucai yang dipotong beberapa bahagian – 100g
  • Lobak kecil dipotong nipis – 1 batang
  • Daun limau purut dicincang – 5 helai
  • Serai dicincang – 2 batang
  • Bunga kantan dicincang – 1 kuntum
  • Air panas – 2 cawan
  • Limau nipis – 5 biji

Perasa

  • Garam – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 sudu kecil
  • Stok ayam – 1 kiub

Cara-cara memasak:

Bihun goreng:

  1. Goreng goreng bawang putih dan bawang merah hingga harum.
  2. Tambahkan ayam dan kek ikan.
  3. Tambahkan serai, daun limau purut dan bunga kantan, teruskan goreng.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan semula kualli, tambah minyak dan goreng udang kering hingga keemasan.
  6. Masukkan taucu dan pes tomyam. Goreng hingga naik bau.
  7. Masukkan air dan didihkan.
  8. Masukkan juga gula, garam dan kiub ayam stok.
  9. Masukkan bihun yang telah digoreng tadi (tanpa ayam dan kek ikan) dan gaul rata.
  10. Dorong bihun ke sisi kuali. Masukkan tauge dan lobak ke sisi yang kosong dan masak selama seminit. Lepas seminit, gaul dengan bihun.
  11. Sekali lagi dorong bihun ke satu sisi, masukkan daun bawang. Tutup daun bawang dengan bihun selama kira-kira satu minit. Kemudian gaul rata.
  12. Masukkan ayam goreng dan kek ikan tadi dan gaul rata.
  13. Masukkan tofu yang telah digoreng dan tambah perasa jika perlu. Siap!

Resepi 2

Bahan-bahan:

  • Bihun yang telah dilembutkan dan dikeringkan – 200g
  • Tauge – 100g
  • Kubis cina yang telah dipotong – 200g
  • Bawang besar dihiris memanjang – 1 biji
  • Daun limau purut – 5 helai
  • Serai dipotong 2 inci – 2 batang
  • Udang bersaiz medium – 9 ekor
  • Bawang putih dicincang halus – 2 ulas
  • Minyak masak – 2 sudu besar
  • Pes tomyam – 3 ke 4 sudu besar

Perasa (campurkan semua bahan dalam satu mangkuk)

  • Kicap ringan – 1 sudu besar
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Garam – secukupnya
  • Gula perang – 1/4 sudu kecil
  • Air – 2 sudu besar

Hiasan

  • Ketumbar dipotong panjang – 3 tangkai
  • Daun bawang dipotong 1 inci – 2 helai

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang putih, pes tomyam, daun limau purut dan serai sehingga naik bau.
  2. Tambahkan bawang besar dan udang. Masukkan kubis bila udang menjadi putih. Masukkan juga separuh perasa.
  3. Masukkan bihun, lebih perasa, sedikit air dan tumis rata. Tambahkan air jika terlalu kering.
  4. Masukkan lagi perasa jika perlu.
  5. Teruskan goreng hingga bihun menyerap semua bahan dan jadi agak kering.
  6. Masukkan ketumbar dan daun bawang dan gaul rata. Angkat dari kuali.
  7. Hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar. Siap! 

Resepi 3

*Hidangan untuk 4 orang

Bahan-bahan:

  • Bihun yang telah dilembutkan – 1/8 bungkus
  • Udang – 15 ekor
  • Sotong kecil – 2 ekor
  • Tomyam pes – 2 sudu teh
  • Bawang merah saiz sederhana yang dihiris – 1 biji
  • Daun limau purut – 5 ke 6 helai
  • Lada burung dihiris – 6 biji
  • Bunga kubis dipotong kecil – 1/4 kuntum
  • Minyak masak – 1/4 cawan
  • Garam – secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan 5 sudu besar dan tumis bawang dan udang selama 3 minit.
  2. Masukkan sotong dan masak selama 2 minit.
  3. Tambahkan pes tomyam, bunga kubis, bihun dan garam. Gaul sebati.
  4. Masukkan limau purut dan lada burung. Gaul sebati. Siap!

Akhir sekali,

Mudah bukan resepi yang kami telah kongsikan. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.huangkitchen.com/tom-yam-fried-bee-hoon/

https://www.bakewithpaws.com/2019/03/tomyam-fried-bee-hoon.html

https://cookeatshare.com/recipes/tom-yam-fried-mee-hoon-744616?servings=1&units=us

Tagged: