ayam ungkep

Ayam ungkep adalah satu resepi kegemaran ramai. Sebut sahaja ayam ungkep, pasti semua akan berselera.

Anda mencari resepi untuk memasak ayam ungkep? Disini kami kongsikan 3 resepi ayam ungkep yang mudah dah sedap untuk anda cuba. Masakan ini sangat sesuai dihidangkan pada keluarga tersayang mahupun untuk sesuatu acara istimewa seperti majlis perkahwinan.

Resepi 1

Bahan-bahan:

  • Ketumbar – 1 sudu kecil
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Jintan putih – 1 sudu kecil
  • Bawang merah – 80 g
  • Bawang putih – 4 ulas – dikupas  
  • Bahagian putih serai – 4 tangkai – dipotong separuh
  • Lengkuas segar – 10 g – dikupas
  • Kunyit segar – 20 g – dikupas
  • Halia segar – 20 g – dikupas
  • Cili hijau – 40 g – dipangkas, dibakar (pilihan) dan dipotong dua
  • Air – 50 ml
  • Garam – 1-2 sudu kecil atau secukup rasa
  • Ayam segar, dengan tulang dan kulit – 1000 ke 1200 g – dipotong hingga 8-12 keping
  • daun kunyit – 1 helai – dihiris halus untuk hiasan (pilihan)

Cara-cara memasak:

Menggunakan thermomix

  1. Gaulkan biji ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Panggang kering selama 3 min pada suhu 100c dan kelajuan 1, kemudian kisar selama 30 saat pada kelajuan 8.
  2. Tambahkan bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit, halia dan cili. Kemudian kisar selama 30 saat pada kelajuan 10. Titiskan sedikit air di penutup thermomix untuk mudah campuran diadun.
  3. Tambah garam dan ayam dan masak selama 15 min pada suhu 100c dengan mod ‘reverse spoon’.
  4. Gaulkan ayam dengan rempah agar sebati. Jika anda inginkan, boleh tambah separih daun kunyit dan masak lagi sekejap selama 3 minit pada suhu varoma dan mod “reverse spoon’.
  5. Biarkan hidangan selama 2-3 minit. Hias dengan daun kunyit. Hidang.

Resepi 2

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1kg – dipotong ke 10 ke 12 ketul
  • Serai – 1 batang –  diketuk
  • Air – 1-2 cawan
  • Asam keping – 1 ke 2 keping
  • Sedikit minyak
  • Halia – 2 ke 3 cm – dikisar
  • Kunyit hidup – Lebih kurang 3cm – dikisar
  • Cili padi – 12 ke 17 biji atau ikut cita rasa sendiri – dikisar
  • Bawang merah – 10 ke12 biji – ditumbuk
  • Bawang putih – 5 ke 6 ulas – ditumbuk
  • Biji ketumbar – 1 sudu kecil – ditumbuk
  • Jintan manis – 1 sudu kecil – ditumbuk
  • Jintan putih – 1 sudu kecil – ditumbuk

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis serai hingga wangi. Masukkan semua bahan yang telah dikisar dan ditumbuk. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul hingga ayam masak.
  4. Tambah air sedikit-sedikit dan kacau beberapa kali supaya ayam tidak hangus.
  5. Tambahkan perasa – garam, gula atau perasa pilihan.
  6. Masak hingga kuah sedikit kering dan ayam lembut. Angkat.
  7. Boleh juga angkat tanpa biarkan kuah kering jika anda sukakannya begitu.

Resepi 3

Bahan-bahan:

  • halia – 1 inci –  dihiris dan dikisar halus
  • ketumbar – 1 genggam – dikisar halus
  • serbuk kunyit – 1 sudu besar – dikisar halus
  • bawang putih – 4 ke 5 ulas – dikisar halus
  • bawang merah – 1 biji – dihiris tebal dan dikisar halus
  • daun cekur – 4 ke 5 helai – dikisar halus
  • kelapa parut – 1 mangkuk – telah disangai, kuantiti dalam segenggam dan dikisar halus
  • daun limau purut – 4 helai
  • serai – 3 batang – dipotong kecil
  • ayam – dipotong kepada 5 ke 6 ketul
  • tomato – 1 biji – dipotong 4
  • air – 1 cawan

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan 1 senduk kecil minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar halus dan tumis. Gaul dan biar seminit.
  3. Tambah serai dan limau. Gaul dan biar 2 minit.
  4. Masukkan dan gaul rata ayam dan tomato.
  5. Tambah air dan gaul rata.
  6. Tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan kuah sedikit kering. Angkat.

Ketiga-tiga resepi yang kami kongsikan ini amat mudah tetapi sangat sedap. Tunggu apa lagi? Selamat mencuba!

SUMBER:

https://resepichenom.com

https://my.thermomixrecipes.com

https://sedapfood.com/

Tagged: