ayam gepuk

Menu ayam gepuk sememangnya kegemaran bagi ramai rakyat malaysia yang sukakan pedas. Sebut sahaja ayam gepuk, terus kecur air liur!

Ayam gepuk ini sebenarnya berasal dari negara jiran kita, Indonesia. Ia adalah hidangan yang sangat popular di Indonesia. Kini, ia juga semakin popular di Malaysia!

Secara ringkasnya, hidangan ini menyajikan ayam dengan sambal istimewa. Terdapat resepi-resepi tertentu untuk membuat ayam gepuk ini.

Sekiranya anda sedang membaca artikel ini, sudah pasti anda sedang mencari resepi ayam gepuk kan?

Tahniah kerana anda berada di tempat yang betul. Di sini kami kongsikan 3 resepi ayam gepuk untuk anda cuba.

RESEPI AYAM GEPUK PERTAMA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong kepada 4 ketul

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Bawang putih – 3 ke 4 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Biji ketumbar – 1 sudu besar
  • Jintan manis – 1 sudu besar
  • Jintan putih – 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit – 1/2 sudu kecil
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan sambal:

  • Cili padi hijau – 7 ke 15 biji
  • Cili besar – 2 biji
  • Limau kasturi
  • Garam
  • Gula
  • Kacang tanah

Bahan-bahan tambahan:

Cara-cara penyediaan ayam gepuk:

  1. Kisar semua bahan perapan ayam dan gaul pada ayam.
  2. Rebus ayam separuh masak dan biar semalaman.
  3. Goreng ayam hingga garing.

Cara-cara penyediaan sambal:

  1. Goreng cili padi hijau dan cili besar hingga layu, kemudian tumbuk.
  2. Tambah perahan limau kasturi, gula dan garam ikut suka anda.
  3. Goreng kacang tanah.
  4. Kisar kacang tanah bersama 2 sudu kecil gula.
  5. Tambah kacang kisar pada cili yang telah ditumbuk tadi.

Cara-cara penyediaan bahan tambahan:

  1. Potong tempe dan tauhu ikut saiz yang anda suka.
  2. Rendam dalam air rebusan ayam dan tambah air rebusan dengan tepung gandum dan tepung jagung.
  3. Goreng hingga garing.
  4. Hidang ayam gepuk dengan nasi, sambil, ulaman, tempe dan tauhu.

RESEPI AYAM GEPUK KEDUA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong 12 ketul

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Biji ketumbar – 1 sudu besar
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Jintan putih – 1 sudu kecil
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang besar – 1 biji
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
  • Tauhu dipotong dua – 3 biji
  • Tempe dipotong tebal – 1 bungkus
  • Tepung gandum – 1 sudu besar

Bahan-bahan sambal:

  • Cili padi merah – 20 biji
  • Cili padi hijau – 10 biji
  • Cili besar – 2 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Minyak masak – 5 sudu besar
  • Gula – 2 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Limau kasturi – 2 biji
  • Kacang tanah digoreng dan dikisar – 1/2 cawan
  • Ulaman
  • Timun – 1 biji
  • Kubis cameron – 1/4
  • Kacang panjang – 5 batang

Cara-cara penyediaan ayam gepuk:

  1. Kisar semua bahan perapan. Salut ayam dengan bahan yang telah dikisar bersama garam dan kunyit.
  2. Reneh ayam hingga masak dengan anggaran masa 30 minit. Angkat ayam. Penyekkan ayam.
  3. Salut tempe dan tauhu dengan tepung gandum dan goreng hingga garing dalam minyak ayam tadi. Angkat tempe dan tauhu jika dah masak.

Cara-cara penyediaan sambal:

  1. Potong kasar semua bahan sambal dan goreng hingga layu. Angkat dari kuali. Kemudian biar sejuk.
  2. Tambah kacang pada bahan yang telah digoreng dan kisar. Masukkan juga gula, garam dan perahan limau ikut suka anda.

RESEPI AYAM GEPUK KETIGA

Bahan-bahan utama:

  • 500gm ayam – dipotong 4 ketul
  • Air secukupnya – untuk rebus ayam
  • Serbuk krim fibercreme (dilarut dlm 200ml air) – 2 sudu makan

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Bawang putih – 7 ulas
  • Kunyit – 3 batang
  • Halia – 1 ketul
  • Bawang merah – 3 biji
  • Kemiri – 1 biji
  • Ketumbar – 1 sudu teh
  • Garam – 2 ke 3 sudu teh

Bahan-bahan sambal:

  • Cili merah panjang – 10 biji
  • Cili hijau – 5 biji
  • Cili padi – 15 biji
  • Belacan – 1 sudu teh
  • Kacang tanah digoreng – 10 butir
  • Bawang putih –  7 ulas
  • Bawang merah – 3 biji
  • Minyak panas – 4 sudu makan
  • Garam, gula – secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam dan larutan fibrecreme dalam air yang mendidih. Angkat setelah ayam masak dan larutan telah meresap.
  2. Goreng ayam hingga kekuningan.
  3. Tumbuk kasar semua bahan sambal dan tambah gula dan garam ikut suka anda.
  4. Tambah minyak panas pada sambal dan gaul rata.
  5. Penyekkan ayam goreng dan hidang bersama nasi dan sambal.

Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan rancangan anda untuk memasak ayam gepuk. Selamat mencuba ya!

Sumber:

https://masterresipi.netlify.app/976-resipi-untuk-masak-ayam-gepuk-yang-enak-dan-sedap.html

https://www.resepkekinian.com/recipe/lezatnya-ayam-gepuk-sambal-pedasss-sekali-coba-bikin-gagal-move-on/

https://my-resepi.com/resepi-nasi-ayam-gepuk-ala-ala-pak-gembus/

Summary
3 Resepi Ayam Gepuk Untuk Anda Cuba!
Article Name
3 Resepi Ayam Gepuk Untuk Anda Cuba!
Description
Menu ayam gepuk sememangnya kegemaran bagi ramai rakyat malaysia yang sukakan pedas. Sebut sahaja ayam gepuk, terus kecur air liur!
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: