Pilihan Bio Makeup Removers

Bio Removers diformulasikan khas kepada anda yang kerap mengenakan solekan tebal, tipis dan membuang kotoran yang melekat pada muka tanpa menyebabkan iritasi dan kegatalan.

Selain itu, kulit anda terasa segar selepas dibersihkan kerana tiada lagi saki baki makeup yang tertinggal pada muka.

Jika anda nak tahu, pertumbuhan jerawat, whiteheads, blackheads adalah berpunca daripada tidak membasuh solekan dengan betul dan teliti.

Bio-Water Jelly Makeup Remover

Pencuci makeup ini mengandungi 60% Air Bio Miracle dan diperkaya dengan Bio Energy Fluid untuk menghilangkan solek dan kekotoran secara berkesan sambil melembapkan kulit.

Proses penyingkiran solekan yang lembut tanpa menarik kulit yang halus. Tekstur agar-agar halus dapat disapu dengan lembut pada kulit, melindungi kulit daripada pergerakan pembersihan yang keras.

Ia mudah dibilas tanpa meninggalkan kesan yang melekit atau berminyak pada kulit. Bebas paraben dan pewarna. Menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Bio-Water Micellar Water

Jika anda mempunyai kulit sensitif dan memerlukan bahan kandungan yang tidak mengiritasi kulit, anda boleh menggunakan Bio-Water Micellar Water.

Teksturnya adalah cair seakan-akan air tetapi mampu menanggalkan sisa makeup dengan baik.

PM 2.5 (Particulate Matter 2.5) adalah zarah bersaiz mikro berbahaya dari persekitaran yang mudah terperangkap dan menyumbat liang.

Zarah-zarah ini mampu menyebabkan keradangan jerawat, dehidrasi yang boleh menyebabkan kehilangan keanjalan & ketegangan pada kulit.

Dengan formula anti pencemaran PM 2.5, Bio-Water Micellar Water berkesan membersihkan pencemaran alam sekitar dan menyekatnya dari kulit.

Selain itu, ia dapat menghilangkan solekan dan kekotoran daripada makeup kalis air dengan lembut, menjadikan kulit anda segar dan terhidrat. Bebas dari wangian, alkohol, minyak mineral dan pewarna sebab itulah ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. Selamat mencuba!

Bio-Renew Cleansing Milk

Bio-Renew Cleansing Milk disuntikkan dengan Bio Energy Complex untuk membantu meremajakan dan menyegarkan kulit selepas pembersihan. Ia secara berkesan dan menyeluruh menghilangkan semua kesan solek dan kekotoran tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.

Tekstur ringan dan lembut dengan Royal Jelly untuk menyuburkan kulit semasa membersihkan, menjadikan kulit lembut dan licin selepas mencuci. Formula lembut untuk kawasan muka dan leher. Cara menggunakannya mudah sahaja iaitu letakkan cecair di atas kapas kemudian bersihkan secara lembut pada bahagian muka terutama mata, bibir dan kawasan yang sukar dicapai.

Summary
3 Pilihan Bio Makeup Removers
Article Name
3 Pilihan Bio Makeup Removers
Description
Bio Remover diformulasikan khas kepada anda yang kerap mengenakan solekan tebal, tipis dan membuang kotoran yang melekat pada muka tanpa menyebabkan iritasi dan kegatalan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: