Rak kasut adalah tempat untuk menyimpan kasut agar kelihatan lebih kemas dan mengelakkan bau hapak yang teruk. Namun begitu, kebiasaannya, rak kasut yang dijual di kedai-kedai perabot agak mahal. Oleh itu, anda boleh cipta DIY rak kasut anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan terpakai pada kos yang lebih rendah dan menjimatkan.

1. DIY dari paip pvc

Paip pvc adalah paip yang sering digunakan pada paip perkhidmatan, paip, agihan, paip cuci, dan paip limpah. Namun, paip pvc ini juga boleh dijadikan bahan rak kasut kerana ia tidak berkarat, ringan, dan kos yang murah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beberapa batang paip PVC saiz besar
  • Paku 

Cara-cara pembinaan rak kasut:

  1. Paip PVC perlu dipotong mengikut saiz sepasang kasut.
  2. Pakukan paip PVC ke dinding.
  3. Anda boleh menyusun paip PVC di dinding mengikut kreativiti anda masing-masing sama ada susunan memanjang ataupun bentuk yang lain seperti corak sarang lebah.

2. DIY daripada bakul

Bakul-bakul yang tidak digunakan lebih baik tidak dibuang, kerana ia juga boleh dijadikan rak kasut.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu menyediakan beberapa buah bakul yang mempunyai warna dan saiz yang sama.
  2. Pastikan bakul yang anda gunakan dapat disusun bertingkat di atas satu sama lain.
  3. Susun bakul mengikut ketinggian yang sesuai.
  4. Kemudian, bakul-bakul tersebut perlu diikat menggunakan cable tie dengan kemas supaya tidak terjatuh.
  5. Hujung cable tie yang terkeluar boleh dipotong supaya rak kasut anda lebih kemas dan cantik.

3. DIY menggunakan botol plastik

Setiap rumah pasti memiliki botol air plastik yang bersaiz 1.5 liter. Selepas meminum air, anda boleh mengitar semula botol-botol plastik dengan menjadikannya rak kasut.

Langkah-langkah membuat rak kasut:

  1. Buangkan label botol, basuh botol dengan bersih dan keringkan.
  2. Terlebih dahulu, anda harus mengukur panjang kasut yang akan disimpan ke dalam botol, kemudian barulah anda boleh memotong bahagian atas botol.
  3. Untuk menjadikan rak kasut lebih menarik, anda boleh menghias botol menggunakan pewarana atau hiasan seperti manik, reben, tali, dan sebagainya.

Sumber:

https://ms.designluxpro.com/divany/delaem-polku-dlya-obuvi-svoimi-rukami/

Summary
3 Idea DIY Rak Kasut Yang Menarik dan Jimat
Article Name
3 Idea DIY Rak Kasut Yang Menarik dan Jimat
Description
Rak kasut adalah tempat untuk menyimpan kasut agar menjadi lebih kemas dan mengelakkan bau hapak yang teruk. Namun, kebiasaan rak kasut yang dijual di mana-mana kedai perabot agak mahal. Oleh itu, anda boleh menghasilkan rak kasut anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan terpakai pada kos yang lebih rendah dan menjimatkan.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: