surat tidak hadir ke sekolah

Surat tidak hadir ke sekolah adalah perkara yang wajib perlu tahu lebih-lebih lagi kepada ibu, bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah. Kehadiran anak-anak ke sekolah adalah perkara yang penting dan ia akan direkod oleh pihak pentadbiran sekolah. Surat ini sangat penting supaya guru kelas tahu apa yang berlaku dan anak anda tidak akan dianggap sebagai ponteng sekolah.

Untuk pengetahuan umum semua, pihak pentadbiran sekolah akan memerlukan makluman bertulis dalam bentuk surat rasmi sebagai rekod. Selain daripada itu, alasan yang diberikan hendaklah kukuh dan munasabah untuk diterima oleh pihak sekolah agar rekod kehadiran keseluruhan pelajar akan berada dalam keadaaan baik.

Yakni, jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau urusan peribadi keluarga sehingga menyebabkan ketidakhadiran ke sekolah, anda sepatutnya bertanggungjawab untuk menulis surat sebagai pengesahan dan rekod kepada pihak pentadbiran sekolah atau guru kelas masing-masing.

Di bawah adalah 3 contoh surat tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan seperti sakit, deman dan urusan peribadi keluarga yang tidak dapat dielakkan sebagai rujukan anda semua.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah Atas Alasan Munasabah

Berikut adalah perkongsian berkaitan contoh-contoh surat kke sekolah untuk rujukan ibu, bapa atau penjaga. Untuk pengetahuan semua, anda perlu memastikan perkara berikut semasa menulis surat rasmi kepada pihak sekolah.

  • Surat hendaklah ditulis mengikut format surat rasmi
  • Surat juga sebaiknya ditulis dengan ringkas tetapi memberikan informasi yang tepat dan maklumat yang perlu sahaja
  • Alasan untuk ketidakhadiran ke sekolah hendaklah kukuh dan munasabah juga boleh diterima oleh pihak sekolah.

CONTOH 1 – SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA SAKIT

Unit 6-5, Blok A,

Flat Melawati, Ayer Keroh,

75350, Melaka.

Guru kelas 5 cerdik,

SK Ayer Keroh,

Jalan Durian Tunggal 1,

75350, Melaka.                                                                                                                          5 Januari 2020

Tuan,

PERKARA : MAKLUMAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Inbi Bin Yacob bapa kepada Yusri Bin Inbi pelajar 5 Cerdik ingin memaklumkan pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana mengalami sakit…….. pada tarikh…………… bersamaan hari ……………..

2. Oleh itu, saya ingin memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Saya akan pastikan anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa setelah mendapat kesembuhan sepenuhnya.

3. Jika pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan anak saya, Yusri Bin Inbi, pihak tuan atau sekolah boleh menghubungi saya di talian bernombor ………….

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan akan saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………………….

(Inbi bin Yacob)

CONTOH 2 – SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH ATAS URUSAN KELUARGA

Contoh dibawah berkaitan ketidakhadiran ke sekolah atas urusan keluarga seperti kematian atau sebagainya.

No. 25, Jalan Gembira 2/3,

Taman Seri Cempedak,

Nilai, Negeri Sembilan.

Guru kelas ………………………..,

SK Seri Chempedak,

Nilai, Negeri Sembilan.                                                                                                            5 Februaru 2020

Tuan/Puan,

FATIMAH BINTI AHMAD : MAKLUMAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh/hari) kerana terdapat urusan keluarga.

3. Urusan tersebut tidak dapat dielakkan kerana anak saya tiada kenderaan untuk ke sekolah dan penjaga di rumah. Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan kerana tidak dapat memaklumkan dengan lebih awal kerana ia berlaku secare tetiba dan bersifatkan peribadi.

4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

—————————–

(Ahmad bin Suzuki)

(012-3880088)

CONTOH 3 – SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH AKIBAT COVID-19

Nama Ibu/Bapa atau Penjaga Pelajar

Alamat rumah

Guru Besar, (Tarikh)

(up : Guru Kelas………)

Tuan/Puan

Permohonan Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Kerana Bimbang Penularan COVID-19

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya……….. bernombor kad pengenalan…………..yang merupakan ibu/bapa/penjaga kepada………….yang berada di kelas ……..

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak/jagaan saya untuk hadir ke sekolah kerana kebimbangan dengan penularan wabak COVID-19. Tambahan lagi, terdapat kes positif yang berdekatan dengan kawasan persekolahan.

4. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak/jagaan saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah. Segala kerja dan tugasan sekolah yang diberikan kepada anak saya akan saya pastikan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan serta pihak sekolah akan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………….

(Nama ibu/bapa/penjaga)

Sekian sahaja perkongsian 3 contoh umum surat tidak hadir ke sekolah (sakit, urusan keluarga dan sebagainya). Bolehlah anda gunakan surat-surat di atas sebagai rujukan anda sekiranya anak-anak anda tidak dapat hadir ke sekolah atas pelbagai sebab, lebih-lebih lagi pada musim wabak pandemik ini di mana macam-macam perkara boleh berlaku di luar jangkaan.

Diharapkan ia akan memberi serba sedikit manfaat buat semua ibu bapa dalam memastikan urusan persekolahan anak-anak.

Sumber :

https://www.irujukan.my/surat-tidak-hadir-ke-sekolah

https://www.portalmalaysia.com/surat-tidak-hadir-ke-sekolah/

Summary
3 Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah
Article Name
3 Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah
Description
Surat tidak hadir ke sekolah adalah perkara yang wajib perlu tahu lebih-lebih lagi kepada ibu, bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah. Kehadiran anak-anak ke sekolah adalah perkara yang penting dan ia akan direkod oleh pihak pentadbiran sekolah. Surat ini sangat penting supaya guru kelas tahu apa yang berlaku dan anak anda tidak akan dianggap sebagai ponteng sekolah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: