surat berhenti kerja

Surat berhenti kerja adalah surat rasmi yang wajib diberikan kepada majikan. Berhenti kerja adalah satu keputusan yang dilakukan atas dua sebab, sama ada untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik atau telah mendapat tawaran pekerjaan yang sesuai dengan minat kita.

Surat berhenti kerja adalah penting, kerana ia menandakan notis anda untuk meninggalkan pekerjaan dan untuk memastikan anda mendapat bayaran gaji anda.

Hanya untuk perkongsian tambahan, andai kata anda diberhentikan kerja oleh majikan, anda boleh menuntut elaun tunai kerana anda sebagai pekerja terlindung di bawah Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP.

Pekerja yang hilang pekerjaan hanya layak untuk menerima RM600 dalam tempoh masa tiga bulan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman web PERKESO.

Antara Sebab Untuk Berhenti Kerja

1. Berhenti Kerja Kerana Konflik

Konflik ditempat kerja sebenarnya suatu benda yang normal. Jika, ini lah sebabnya anda ingin berhenti, mungkin anda boleh pertimbangkan kembali keputusan anda itu kerana perkara yang sama mungkin akan berlaku di tepat yang baru.

2. Berhenti Kerja Kerana Tidak Gembira

Adakah anda berhenti kerja kerana tidak gembira dengan kerja atau sesuatu telah berlaku dalam hidup anda ? Jika jawapan anda yang kedua, atasi dahulu punca sebenar yang menyebabkan anda tidak gembira. Kerana, jika anda berhenti pada waktu sekarang, mungkin perkara lebih buruk akan berlaku, sebaliknya, ambil lah cuti tanpa gaji dan tenangkan minda anda.

Salinan Surat Perjanjian Sebelum Berhenti Kerja

Sebelum anda membuat keputusan untuk berhenti kerja, pastikan anda telah merujuk terma-terma kontrak yang telah ditandatangani. Ini untuk mengelakkan anda melanggar peraturan dan boleh disaman. Selain itu, buatkan salinan surat perjanjian surat tawaran tersebut yang telah ditandatangani oleh HR

Ianya sangat penting untuk membuat salinan surat tersebut kerana ia mempunyai maklumat dan butiran penting seperti gaji, waktu kerja, shift, cuti bekerja, cuti tahunan, tempoh notis yang perlu diberikan dan lain-lain. Jika anda tidak mempunyai salinan tersebut, anda boleh minta kepada HR.

Sekiranya pihak majikan tidak memberikan sebarang surat semasa anda bekerja dengan mereka, jadi cara untuk berhenti adalah dengan terus berbincang dengan HR sendiri, Jangan risau, tiada siapa boleh menghalang niat anda untuk berhenti, tetapi sebagai tanda penghormatan, berikanlah notis berhenti dengan waktu yang sesuai.

Surat Berhenti Kerja Versi Bahasa Melayu

Dalam artikel ini kami hanya akan kongsikan contoh surat berhenti kerja dalam format Bahasa Melayu. Namun jika anda lebih selesa untuk menulis surat berhenti kerja anda dalam Bahasa Inggeris, anda boleh rujuk di sini.

Contoh #1 Surat Rasmi Berhenti Kerja 24 Jam

Contoh pertama ialah surat berhenti kerja dengan notis berhenti 24 jam. Namun dinasihatkan supaya anda menyemak semula surat tawaran kerja, di mana notis berhenti 24 jam dibenarkan, jika tidak penalti boleh dikenakan.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh: <Tarikh Surat Ditulis>

Pengurus,
<
Nama Syarikat>
<
Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas,

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya akan meletak jawatan berkuatkuasa <Tarikh Berhenti Kerja>

  • Untuk makluman pihak Tuan, sebab mengapa saya meletak jawatan adalah kerana saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  • Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, ilmu, kepercayaan dan pengalaman sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini.
  • Justeru saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

….………………………………………

<Nama Pekerja>

<Nombor Pekerja>

<Alamat Pekerja>

<Nombor Telefon Pekerja>

Contoh #2 Surat Rasmi Berhenti Kerja Serta Merta

Contoh kedua ialah surat rasmi untuk berhenti kerja serta merta. Pekerja yang memberi notis berhenti serta-merta adalah mereka yang mempunyai masalah dengan orang dalaman syarikat. Jika berhenti adalah solusi terkahir untuk masalah yang dihadapi di tempat kerja, jadi surat berhenti kerja dengan notis serta-merta adalah pilihan terbaik.  

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh: <Tarikh Surat Ditulis>

Pengurus,
<
Nama Syarikat>
<
Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas,

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya akan meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

  • Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah memberi saya peluang untuk mencari pengalaman di sini.
  • Justeru saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

….………………………………………

<Nama Pekerja>

<Nombor Pekerja>

<Alamat Pekerja>

<Nombor Telefon Pekerja>

Contoh #3 Surat Berhenti Kerja Notis Sebulan yang Ringkas

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja dengan notis sebulan awal atau tempoh 30 hari. Semak semula surat tawaran pekerjaan, sama ada notis 30 hari dibenarkan ataupun tidak. Tulis surat seringkas mungkin.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh: <Tarikh Surat Ditulis>

Pengurus,
<
Nama Syarikat>
<
Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas,

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa saya akan meletak jawatan berkuatkuasa <Tarikh Berhenti Kerja>

  • Untuk makluman pihak Tuan, sebab mengapa saya meletak jawatan adalah kerana saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  • Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, ilmu, kepercayaan dan pengalaman sepanjang tempoh saya berkhidmat di sini.

Justeru saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

….………………………………………

<Nama Pekerja>

<Nombor Pekerja>

<Alamat Pekerja>

<Nombor Telefon Pekerja>

Contoh-contoh surat ini hanyalah sebagai asas kepada surat anda, ia boleh diubah jika anda mempunyai alasan lain yang tersendiri dan sesuai mengikut keadaan semasa. Harapnya contoh-contoh ini dapat membantu anda dalam merangka surat anda sendiri.

SUMBER:

https://therohani.com/contoh-surat-berhenti-kerja/

https://contoh.my/contoh-surat-berhenti-kerja

Summary
3 contoh surat berhenti kerja
Article Name
3 contoh surat berhenti kerja
Description
Surat berhenti kerja adalah surat rasmi yang wajib diberikan kepada majikan. Berhenti kerja adalah satu keputusan yang dilakukan atas dua sebab, sama ada untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik atau telah mendapat tawaran pekerjaan yang sesuai dengan minat kita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: